Dokumen menjelaskan empat jenis gerhana matahari - separa, cincin, penuh, dan cincin - dan bagaimana kedudukan relatif Bumi, Bulan, dan Matahari menyebabkan setiap jenis. Gerhana terjadi ketika Bulan berada di antara Bumi dan Matahari, menciptakan bayang umbra dan penumbra di Bumi. Orang dalam umbra akan melihat gerhana penuh, sementara mereka dalam penumbra akan melihat gerh
8. Kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari semasa kejadian Gerhana Matahari Bumi Bulan Matahari
9. Bayang akan terbentuk apabila sesuatu objek berada di hadapan satu sumber cahaya. Contohnya sewaktu kita berada di bawah sinaran lampu jalan raya. Apabila diamati pada bayang tersebut, terdapat dua jenis bayang terbentuk; satu bayang gelap yang digelar umbra, dan satu bayang separa gelap yang digelar penumbra. Konsep yang sama berlaku apabila bulan melintasi di hadapan matahari (rujuk rajah di sebelah). Kelihatan lokasi di bumi yang termasuk dalam bayang umbra dan ada yang termasuk dalam bayang penumbra. Sesiapa yang berada dalam bayang umbra akan melihat gerhana matahari penuh berlaku dan sesiapa yang berada dalam bayang penumbra, mereka akan melihat gerhana matahari separa sahaja.
10. Konsepnya mudah sahaja. Sesiapa yang berada dalam bayang umbra, maka akan dapat melihat gerhana matahari penuh. Manakala sesiapa yang berada dalam bayang penumbra akan melihat gerhana matahari separa. Mengikut rajah di sebelah, kedudukan bulan-matahari ketika gerhana matahari cincin ialah bulan berada lebih dekat dengan matahari yang menyebabkan bayang umbra terhasil dan difokus kepada satu titik yang tidak sampai ke permukaan bumi. Titik fokus umbra ini akan membentuk satu bayang baru iaitu bayang antumbra. Sesiapa yang berada dalam bayang antumbra akan melihat gerhana matahari cincin.