1. Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
memupuk perpaduan dan kepentingannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang
etnik dan keturunan. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan
prinsip-prinsip jitu untuk perpaduan. Namun hakikatnya, tahap perpaduan kita sampai di mana?
Peristiwa 13 Mei memaparkan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi. Dalam
usaha membendung masalah ini kerajaan menyedari bahawa negara memerlukan satu
ideologi untuk terus bersatu.
Rukun Negara menjadi platform membimbing masyarakat ke arah perpaduan kerana
tanpa perpaduan di manakah letaknya nilai jati diri kita? Bukan setakat itu sahaja, masyarakat
Malaysia hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan yang perlu disemai sejak kecil kerana
amalan ini membuktikan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum akan menghasilkan
natijah yang berkesan. Hal ini juga menunjukkan sikap keterbukaan menjadi kunci kejayaan
pergaulan dan perpaduan. Di sini, masyarakat pelbagai kaum boleh mengenali antara satu
sama lain dengan lebih rapat lagi. Ibu bapa juga memainkan peranan besar dalam membentuk
sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Lagipun ke mana tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi. Hal ini kerana segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwariskan kepada
generasi akan datang. Oleh itu, ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak
tidak terhad kepada amalan sikap keterbukaan tetapi juga kepada soal adab, asuhan
keagamaan dan pembentukan jati diri. Anak-anak juga perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni
yang universal.
Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda
melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan
sebagai satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung
dengan Sabah dan Sarawak. Melalui Dasar Ekonomi Baru pula, satu lagi usaha untuk
mewujudkan kerjasama agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara kaum. Terkini,
Program Latihan Khidmat Negara yang menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu merapatkan
hubungan dan menjalin perpaduan serta menambah kemesraan antara kaum.
1
2. Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar-bandar besar
serta tidak prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap isu perpaduan tidak
mendatangkan sebarang faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh . Selain itu, sikap
tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan
dendam yang berpanjangan. Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama
malah membantah segala program yang dilaksanakan oleh kerajaan .
Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan. Jika rakyat tidak boleh
bersikap terbuka, dan sentiasa berprasangka , pasti semua yang kita banggakan terhadap diri
kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu akan musnah akhirnya. Oleh itu, demi
tanah tumpah darah , kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai
contoh kepada generasi akan datang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Perpaduan: Di manakah Penghujungnya,
oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri
Mstar Online, Februari, 2012)
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata prinsip-prinsip jitu [ 2 markah ]
(ii) Beberapa masalah dikenal pasti melambatkan pencapaian perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
Nyatakan masalah-masalah tersebut. [ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak
sekolah
Untuk membentuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar?
3
4. Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ibu tidak lagi cergas pada waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan
batang pisang. Tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia apa saja
ujian atau cabaran pada siang hari.
Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak
henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama,
menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah
hingga terkobak rata-rata.
Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang
membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja.
Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak
yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.
Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada
Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu
menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak
ketitir.
Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada
bapa yang telah jadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga
diserahkan bulat-bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi
bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.
“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita,
awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”
Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing
hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk
tebing.
(Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah ibu “aku” benar-benar marah kepada bapanya selepas air Ceper bah?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, wajarkah ibu “aku” menjerit dan memarahi bapa “aku”?
Berikan tiga alasan anda. [3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain
keseluruhan cerpen. [3 markah]
3
5. Soalan 2( c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Setelah mandi, Awang Sulung masuk ke petak jubungnya bersalin pakaian pusaka tua
warisan daripada bondanya. Kemudian ia pun mengenakan keris dan pedang yang sakti, lalu
berjalan keluar.
Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkuk rombeng geliung
panjang itu dengan besi. Awang Sulung pun berseru,” Hai ketua lanun Si Helang Laut, Si
Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak di awan-awan dan bergantung di angin
lalu, ambillah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jadikan dia penghalau ayam, penyapu rumah atau
penggaru belakangmu!”
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang
Sulung,” Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada
diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang
ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud mencangkuk rombeng geliung panjang.
[ 2 markah ]
(ii) Apakah yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah dia selesai mandi?
[ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun tersebut gementar mendengar
suara Awang Sulung?
Berikan tiga alasan. [ 3 markah ]
4
6. Soalan 2 (d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
HARGA REMAJA
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.
Rahman Shaari
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
(i) Berikan maksud rangkap terakhir sajak tersebut. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah remaja perlu mempunyai matlamat hidup yang
jelas? [4 markah]
(iii) Berikan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak di atas. [3 markah]
5
7. Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i. Merebus
ii. Menjerang
iii. Mengukus
iv. Memanggang
v. Menggoreng
vi. Menguli [ 6 markah]
(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa
berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan
alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak
berfaedah.
[ 6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku
oleh polis trafik.
(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak
bimbang akan keselamatannya.
(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam
setengah.
[6 markah]
6
8. (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Kedua angkatan tentera itu mencapai kata sepakat bagi menetapkan latihan secara
bersama-sama.
(ii) Kakak menjerang air sebelum merebus nasi bagi hidangan makan tengah hari nanti.
(iii) Tomato sos digunakan dalam masakan itu untuk menambah keharuman rasanya.
[ 6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
[8 markah]
7
9. (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Kedua angkatan tentera itu mencapai kata sepakat bagi menetapkan latihan secara
bersama-sama.
(ii) Kakak menjerang air sebelum merebus nasi bagi hidangan makan tengah hari nanti.
(iii) Tomato sos digunakan dalam masakan itu untuk menambah keharuman rasanya.
[ 6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
[8 markah]
7