Dokumen ini memberikan panduan mengenai kertas Bahasa Melayu UPSR yang terdiri daripada kertas Pemahaman dan Penulisan. Kertas Pemahaman mengandungi 40 soalan objektif manakala kertas Penulisan terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A (membina ayat), Bahagian B (menulis karangan), dan Bahagian C (mengulas petikan). Panduan ini memberi tips mengenai penjawaban setiap bahagian untuk mendapatkan markah yang tinggi
1 of 7
Download to read offline
More Related Content
Soalan bahagian a wajib dijawab oleh setiap calon upsr
1. BAHAGIAN A
Soalan Bahagian A wajib dijawab oleh setiap calon UPSR, dalam bahagian ini memperuntukkan 10
markah diberikan. Calon dikehendaki membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi. Ayat yang
lengkap dan gramatis akan mendapat 10 markah. Pembinaan ayat yang gramatis mestilah mempunyai
isi atau aktiviti berpandukan gambar yang diberi, siapa atau watak dalam gambar, dimana aktiviti itu
2. diadakan, dan kenapa aktiviti itu dijalankan. Jika calon boleh memuatkan semua maklumat tersebut
calon semestinya akan dapat membentuk ayat yang gramatis.
BAHAGIAN B
3. Calon mesti menjawab satu soalan karangan daripada tiga soalan yang diberi, pemilihan soalan bagi
menjawab soalan karangan ini adalah penting agar calon dapat mengembangkan soalan tersebut agar ia
dapat menghasilkan sebuah karangan yang baik dan mampu mendapat skor yang tinggi.Bahagian ini
memperuntukkan 30 markah.
Tips Menulis Karangan
Tiga langkah utama
1. Persediaan - Memilih dan menganalisis tajuk karangan dan skopnya.
- Menentukan pembacaan sasaran
- Menentukan maklumat atau isi
2. Penyusunan - Menyediakan rangka karangan
- Mengembangkan isi penting dalam rangka karangan menjadi perenggan
3. Penyemakan - Menyemak keseluruhan format karangan
- Menyemak isi - mengesan isi yang tertinggal, tidak tepat, atau yang perlu ditambah
- menyemak aspek bahasa - kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan perkataan dan
struktur ayat.
Contoh rangka karangan keperihalan.
Soalan - Kamu telah mengunjungi pasar malam di tempat kamu bersama-sama dengan ibu kamu.
Perihalkan suasana di pasar malam tersebut.
4. Pendahuluan :
setiap hari Ahad - pasar malam di tempat saya - berkunjung bersama-sama ibu
Cadangan Isi :
a) 5.00 petang - 10.00 malam - banyak peniaga - pelbagai barangan
b) Sesak dengan pengunjung - berhimpit - himpit - riuh -rendah
c) Membeli pelbagai barang - harga lebih murah
d) Tiga jam membeli-belah - amat penat - berpatah balik - membeli mihun
Penutup :
Ketika meninggalkan pasar malam - masih banyak pengunjung - keletihan
6. Bahagian C merupakan ' killer', kerana ramai calon yang tidak mampu mendapat tinggi dalam bahagian
ini. Ini kerana ramai calon yang tidak mampu menguasai berkaitan dengan ayat-ayat yang
mengandungi nilai-nilai murni dalam petikan juga cara menjawab soalan yang berbeza-beza. Bahagian
ulasan ini memperuntukkan 20 markah.
Dalam bahagian ini apa yang calon perlu tahu ialah apakah nilai murni yang terdapat dalam petikan.
Untuk mendapatkan nilai murni tersebut calon mestilah faham akan setiap baris ayat dalam petikan
kerana dalam ayat tersebutlah terselitnya nilai-nilai murni dan calon hendaklah menjelmakan nilai
tersebut. Setelah ayat itu dapat dicari nilainya, serta jelmakan ia, maka calon perlulah mengulas petikan
ini dalam satu perenggan. Apa yang calon perlu tahu, untuk membentuk ulasan yang baik setiap ayat
perlu ada kata kunci pengajaran, nilai murni, huraian serta contoh dan disambung dengan penanda
wacana. Penggunaan penanda wacana adalah penting agar ulasan calon itu lebih gramatis.
7. Subjek Bahasa Melayu mempunyai dua kertas iaitu kertas Pemahaman dan kertas Penulisan.
Kertas Pemahaman mempunyai 40 soalan yang terdiri daripada soalan objektif.
Kertas Penulisan pula mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian A ( Memindahkan Maklumat), Bahagian B
(penulisan karangan) dan Bahagian C ( Mengulas Petikan).
Dalam Bahagian Pemahaman calon diberikan 40 soalan, dibawah merupakan contoh soalan pemahaman
( kertas 1) UPSR. Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan berikut .