1. SOALAN E-ESEI PERDAGANGAN
Soalan 1
A. Hierarki keperluan Maslow terdiri daripada 3 tahap. Huraikan ketiga-tiga tahap tersebut. [9
markah]
B. Ladang teh The Highlands menghasilkan teh berkualiti berjenama Juwita di tanah Tinggi Cameron.
Pekerjanya terdiri daripada buruh ladang, penyelia kilang dan pekerja pengeluaran. Daun teh dipetik
setiap hari, digredkan dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk teh di kilang yang dibina di kawasan
tersebut
Terangkan dengan contoh, pengkhususan yang terlibat dalam situasi di atas. [9 markah]
C. Huraikan 3 masalah dalam sistem barter. [7
markah]
Soalan 2
A. Terangkan maksud perdagangan. [5 markah]
B. Terangkan maksud perniagaan. [5 markah]
C. Malaysia Krim Ais ialah sebuah syarikat baru yang mengeluar dan mengedarkan ais krim berjenama
Topper di Tanjung Tuan. Terangkan bagaimana bank, pergudangan, promosi, dan komunikasi dapat
membantu menjayakan perniagaan tersebut.
[15 markah]
Soalan 3
A. Apakah yang dimaksudkan dengan jualan kredit? [10 markah]
B. En.Samy ingin membeli sebuah peti televisyen. Terangkan kepadanya kebaikan-kebaikan membeli
dengan cara yang berikut:
i. Bayaran tunai
ii. Sewa beli
iii. Bayaran tertunda [15 markah]
Soalan 4
Terangkan secara ringkas berkaitan perkara di bawah:
A. Kedai Sejaras [9 markah]
B. Gedung Aneka Jabatan [8 markah]
C. Mesin Peruncitan Automatik [8 markah]
Soalan 5
a) Terangkan maksud sistem barter ( 5 markah )
b) Huraikan kelemahan sistem barter ( 8 markah )
c) Terangkan bagaimana bantuan perniagaan dapat membantu :
i) Seorang pengilang yang hendak memperkenalkan keluaran
barunya di pasaran. ( 3 markah )
ii) Seorang petani yang hendak menghantar sayur-sayuran
ke pasar berhampiran. ( 3 markah )
iii) Seorang pengeluar kasut yang menghasilkan kasut berlebihan. ( 3 markah )
iv) Pengurus sebuah pasar raya yang mengkhuatiri wangnya
2. dicuri oleh pekerjanya. ( 3 markah )
Soalan 6
Baca kes di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut.
Encik Raz pernah bekerja sebagai pengurus kilang perabot yang menghasilkan pelbagai jenis perabot
daripada kayu getah dan rotan. Sebagai pengurus beliau dibayar gaji sebanyak
RM8 500 sebulan. Setelah bekerja 15 tahun, pada tahun 2000 beliau meletakkan jawatan untuk memulakan
perniagaannya sendiri.
Bermodalkan wang sebanyak RM350 000 iaitu hasil simpanan gajinya selama 25 tahun bekerja,
beliau menyewa sebuah kilang perabot berdekatan dengan bandar Gerik, Perak. Beliau bercadang untuk
menghasilkan perabot bermutu tinggi bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Kawasan hutan
belantara sekitar bandar Gerik adalah kaya dengan sumber hutan seperti rotan dan balak. Beliau menggaji
seramai 5 orang pekerja untuk mencari dan membawa rotan ke kilang.
Pekerja kilang terdiri daripada 10 orang yang berpengalaman dan pernah bekerja bersama En. Raz
dahulu. Mereka menghasilkan pelbagai jenis perabot rotan dengan menggunakan beberapa buah mesin yang
diubahsuai oleh seorang penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hasil perabot ini
terdiri daripada pelbagai corak dan bermutu tinggi. En. Raz memberi nama jenama ’KAINE’ untuk pasaran
antarabangsa, bagi membezakan hasil perabot untuk pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa. Selain
perabot, En. Raz juga menghasilkan pelbagai barangan hiasan rotan yang unik. Barangan perhiasan ini
menjadi daya tarikan para ejen yang berebut-rebut untuk mendapatkan hak eksklusif sebagai pengedar.
Barangan perhiasan ini berjaya diedarkan ke pasaran tempatan melalui seorang ejen yang menjamin
keuntungan sehingga 50%. Pada tahun 2004, En. Raz berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM500 000
dan beliau membayar cukai pendapatan hampir RM55 000 setahun.
A. Jelaskan 3 bidang pengeluaran yang terlibat dengan memberi contoh yang sesuai.
[6 markah]
B. Apakah ciri-ciri usahawan yang ada pada Encik Raz? [7 markah]
C. Apakah sumbangan Encik Raz kepada masyarakat dan negara? [12 markah]
Soalan 7
Baca kes di bawah dengan teliti.
Syarikat Najuha Sdn. Bhd menguruskan eksport perabot jati dari Malaysia ke Singapura, Australia,
Dan Jepun. Syarikat ini telah dimiliki oleh En Lokman yang telah mengusahakannya selama 4 tahun.
Pejabat Syarikat Najuha Sdn Bhd terletak di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor. Ia dilengkapi
dengan telefon, mesin faksimili dan internet untuk memudahkan En Lokman menghubungi pembekal dan
pelanggannya di dalam dan luar negara.
Syarikat Najuha Sdn Bhd menyimpan perabot yang ditempah di dalam sebuah gudang yang terletak
di pasir gudang sebelum di eksport melalui jalan laut dengan menggunakan kapal. En Lokman telah membeli
insurans bagi menghadapi risiko kecurian, kerosakan dan kebakaran atas perabot yang di eksport ke luar
negara.
Syarikat Najuha Sdn Bhd menggunakan perkhidnatan sebuah bank perdagangan yang menyediakan
kemudahan kredit berdokumen dan mendiskaunkan bil perintah bayar. Baru-baru ini permintaan perabot
Syarikat Najuha Sdn Bhd agak merosot disebabkan menghadapi persaingan daripada perabot jati Indonesia.
Ini menyebabkan En Lokman mengambil keputusan untuk mengadakan promosi besar-besaran di Malaysia.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
3. A. Kenalpasti bantuan perniagaan yang digunakan oleh Syarikat Najuha
Sdn Bhd. Huraikan setiap bantuan perniagaan tersebut. [18 markah]
B. Apakah kesan yang mungkin berlaku kepada Syarikat Najuha
Sdn Bhd atas promosi yang dilakukan oleh En Lokman. [7 markah]
Soalan 8
Baca kes di bawah dengan teliti.
En.Leman bekerja di Syarikat ATAB, perniagaan yang menjual pelbagai jenis kasut dan barang-
barang lain yang berkaitan seperti stokin, tali kasut, penggilap kasut dan sebagainya.
En.Leman rajin bekerja dan mempunyai banyak idea untuk mengembangkan perniagaan dan
menghias kedai, namun idea beliau mungkin tidak dapat diaplikasikan. Hal ini kerana, Syarikat ATAB harus
mempunyai imej yang sama dengan cawangan yang lain iaitu hiasan dalaman yang sama, menjual barang
yang sama, serta mengadakan promosi serentak dengan cawangan-cawangan yang lain. Semua tindakan dan
kawalan adalah atas arahan ibu pejabat dan hal ini membuatkan En.Leman rasa begitu terkongkong dan
tertekan.
Setiap hari En.Leman perlu mengawasi stok masuk dan keluar dan membuat pesanan ke ibu pejabat
untuk stok yang tidak mencukupi. Apabila stok baru sampai, stok ini terpaksa direkod dan disusun segera.
Stok barang dibekalkan terus oleh pengilang. En.Leman juga terpaksa menguruskan pekerja dan membuat
laporan perjalanan perniagaan kepada ibu pejabat.
En.Leman rajin bekerja, namun sekuat manapun beliau bekerja, beliau masih menerima gaji yang
tetap dan tidak akan mendapat apa-apa agihan dari untung yang diperoleh perniagaan. En.Leman juga
mempunyai banyak idea kreatif yang mana jika digunakan, beliau pasti dapat mengembangkan dan
meningkatkan jualan. Namun, setiap gerak-gerinya dikawal oleh ibu pejabat yang turut mengawasi semua
cawangan-cawangan lain Syarikat ATAB.
Setelah beberapa tahun bekerja, En.Leman dapat mengumpul sedikit wang. Oleh kerana tidak tahan
lagi bekerja untuk orang lain, En.Leman berhasrat untuk menubuhkan perniagaannya sendiri.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
A. Pada pendapat anda, apakah jenis perniagaan Syarikat ATAB? [3 markah]
B. Senaraikan ciri-ciri perniagaan jenis ini. [8 markah]
C. Apakah jawatan yang disandang oleh En.Leman? Apakah tugas-
tugas yang dilaksanakannya? [4 markah]
D. Apakah kelebihan dan kekurangan perniagaan jenis ini? [10 markah]