1. SOALAN LAZIM BERKAITAN PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET KPM
1. Apakah projek 1BestariNet?
Projek 1BestariNet adalah projek bagi menyediakan prasarana teknologi kepada Sistem
Pendidikan di Malaysia. Ia merupakan penambahbaikan kepada Schoolnet dengan
menekankan aspek perkhidmatan, end to end solution dengan komponen utama adalah
capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah dan bertujuan untuk
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi 10,000 sekolah.
2. Apakah 1BestariNet Integrated Receiver System (1BRIS)?
Bagi memastikan perkhidmatan 1Bestarinet dicapai di sekolah dengan tahap capaian
99.9 %, pihak KPM telah memberi kebenaran kepda pembekal 1BestariNet untuk
menyediaka infrastruktur 1BRIS. 1BRIS ini merupakan struktur telekomunikasi bagi
menyediakan liputan tanpa wayar dengan teknologi 4G Wimax untuk membekalkan
capaian ke sekolah-sekolah berhampiran.
3. Kenapa struktur 1BRIS perlu dipasang di sekolah-sekolah yang terlibat?
Pemasangan struktur 1BRIS (Base Station) diperlukan bagi menyediakan perkhidmatan
1BestariNet khususnya bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai infrastruktur
liputan 4G. Pemasangan 1BRIS ini adalah untuk menyediakan infrastruktur komunikasi
bagi sekolah menerima capaian internet di seluruh Negara. Ia perlu dipasang bagi
menjamin capaian 99.9% dan kestabilan rangkaian. Sekolah-sekolah yang telah
dikenalpasti sahaja yang akan dipasang dengan 1BRIS.
4. Apakah kriteria yang diperlukan bagi pemasangan struktur 1BRIS di sekolah?
Pemasangan 1BRIS adalah bergantung kepada capaian rangkaian internet 4G YES di
kawasan sekolah. Sekiranya tiada liputan rangkaian internet, struktur 1BRIS akan
dipasang dengan mengikut garis panduan yang di sediakan. Antara kriteria berkenaan
adalah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, persetujuan KPM atau JPN atau PPD
atau sekolah, mempunyai ruang tanah yang mencukupi, aspek keselamatan, pengurusan
dan penyelenggaraan.
5. Apakah jenis struktur 1BRIS yang akan dipasang di sekolah terlibat?
Jenis struktur pemasangan 1BRIS adalah bergantung kepada kawasan persekitaran
geografi sekolah serta cadangan selepas dibuat lawatan tinjaun tapak di sekolah.
Bagaimanapun hanya 3 jenis struktur dibenarkan iaitu jenis Monopole, Rooftop dan
Watertank bergantung kepada kesesuaian, keselamatan dan kekuatan signal yang
diterima.
2. 6. Adakah pemasangan struktur 1BestariNet (1BRIS) mengundang bahaya?
Setiap peralatan yang digunakan dalam pemasangan struktur 1BRIS adalah mengikut
spesifikasi dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak SKMM dan agensi lain seperti
SIRIM. Kelulusan pihak PBT adalah diperlukan sebelum pemasangan dibuat. Sebarang
perubahan tapak adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis dari pihak sekolah
dan pihak PBT.
7. Bagaimana dengan kesan radiasi disebabkan oleh pemasangan 1BRIS?
Hasil daripada ujian Radio Frekuensi (RF) yang dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia
menunjukkan bahawa:-
i) Purata tahap radiasi yang dihasilkan daripada 100kHz 3GHz frekuensi adalah
didapati di antara 0.02Watts/cm2 hingga 1.68Watts/cm2 (0.29V/m and
2.47V/m).
ii) Ini menunjukkan tahap radiasi yang dihasilkan adalah 0.17% iaitu 595x lebih
rendah daripada had yang ditetapkan oleh SKMM dan 0.03% iaitu 2976x lebih
rendah daripada had yang ditetapkan untuk pekerja yang berhadapan dengan
peralatan ini.
8. Apakah Customer Premise Equipment (CPE)?
CPE adalah peralatan khas yang dipasang oleh Kontraktor di lokasi yang telah
dipersetujui bagi tujuan sambungan kepada rangkaian 1BestariNet merangkumi Yes
Zoom dan Yes Dongles. Peralatan ini disediakan oleh Kontraktor dengan syarat:
i) Hakmilik peralatan CPE akan kekal di bawah nama Kontraktor
ii) Kontraktor boleh menyediakan tahap keselamatan bagi melindungi peralatan
CPE contohnya seperti menyediakan atau diletakkan di rak yang selamat,
menyediakan pelekat peralatan ini tidak boleh ditutup, menyediakan lightning
arrester untuk melindungi peralatan bagi kawasan yang sering mengalami kilat
atau apa-apa sahja garis panduan bagi memastikan CPE berfungsi, dikawal,
dijaga dan diawasi sepenuhnya dengan selamat oleh pengguna.
iii) Semua urusan, penyelenggaraan dan/atau pengendalian peralatan CPE yang
siap dipasang adalah khusus di bawah tanggungan Kontraktor dan bukannya
oleh mana-mana pihak ketiga atau pihak yang tidak diizinkan/dibenarkan oleh
Kontraktor.
3. 9. Apakah kaedah pengagihan Yes Zoom dan Yes Dongles ke lokasi tapak pengguna?
Bilangan default peralatan CPE bagi setiap lokasi tapak pengguna ialah seperti berikut:-
i) Tiga (3) unit Yes Zoom utama dan satu (1) unit Yes Zoom simpanan.
ii) 5, 10, 15 atau 20 unit dongles - bergantung kepada garis panduan yang telah
diedarkan iaitu berdasarkan kepada bilangan guru, saiz bilik darjah, struktur
fizikal sekolah, saiz pengguna dan struktur teknologi internet sedia ada .
10. Berapakah capaian lebar jalur (bandwitdh) yang dibekalkan melalui projek
1BestariNet?
i) Saiz jalur lebar adalah antara 4 Mbps dan burstable hingga 20Mbps
Menyediakan kemudahan capaian 1BestariNet ke seluruh kawasan PKG dan
sekolah sama ada menggunakan sambungan infrastruktur LAN sedia ada atau
kaedah lain dan hendaklah merangkumi seluruh kawasan sekolah khusunya
bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal komputer, pusat sumber
dan pusat akses sekolah. Capaian juga meliputi kawasan asrama bagi sekolah
berasrama.
ii) Saiz jalur lebar adalah antara 2 Mbps dan burstable hingga 4Mbps untuk sekolah
yang menggunakan teknologi VSAT sedia ada. Menyediakan kemudahan capaian
1BestariNet ke seluruh kawasan sekolah sama ada menggunakan sambungan
infrastruktur LAN sedia ada atau kaedah lain dan hendaklah merangkumi
seluruh kawasan sekolah khusunya bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru,
makmal komputer, pusat sumber dan pusat akses sekolah. Capaian juga meliputi
kawasan asrama bagi sekolah berasrama
iii) Saiz jalur lebar asas (baseline bandwidth) 50Mbps untuk Bahagian Teknogi
Pendidikan (BTP).
11. Mengapa terdapat sesetengah sekolah tidak mempunyai akses internet 4G?
Kemudahan capaian akses ini dibangunkan secara berperingkat mulai Disember 2011
dan semua sekolah rendah serta menengah dibawah kerajaan dijangka menerima akses
Internet 4G dan VLE pada April 2013.
12. Bagaimanakah tahap ketersediaan perkhidmatan rangkaian 1BestariNet kepada
pengguna?
Tahap ketersediaan perkhidmatan rangkaian sebanyak 99.9% perlu dibekalkan kepada
pengguna bagi perkhidmatan seperti berikut:-
i) bagi perkhidmatan lebar jalur yang disediakan.
4. ii) bagi perkhidmatan pengurusan dan penyenggaraan rangkaian setempat yang
disediakan
iii) bagi perkhidmatan pengurusan perubahan dan sokongan ICT di sekolah-sekolah
yang disediakan.
iv) bagi perkhidmatan penyediaan perkakasan dan aplikasi pemantauan bagi
perkhidmatan 1BestariNet yang disediakan.
13. Apakah FROG VLE?
FROG adalah satu platform VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog VLE berfungsi
sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
14. Apa itu Teknologi Cloud?
Teknologi cloud ialah penggunaan teknologi komputer (pengkomputeran) berasaskan
internet di mana perkhidmatan perkongsian sumber, aplikasi perisian, penyimpanan
data, capaian dan pengurusan data boleh digunakan secara talian oleh pengguna.
Antara teknologi cloud yang sering digunakan adalah seperti Amazon dan Google.
15. Adakah saya perlu menginstall aplikasi perisian di dalam perisian Google
Chrome?
Tidak, setiap aplikasi perisian berada di dalam cloud dan memudahkan pengguna
mengurus dan menyelenggara perisian.
16. Bolehkah saya mengakses VLE dari rumah? Bagaimana?
Pengguna boleh mengakses VLE melalui mana-mana komputer yang mempunyai
kemudahan internet dengan menggunakan URL VLE yang diterima pada browser Google
Chrome. Pengguna hanya boleh mengakses VLE tersebut sekiranya pengguna
mempunyai akaun VLE yang disahkan dan kata laluan bagi akses pengguna kepada VLE.
17. Apakah Google Chromebook?
Google Chromebook merupakan komputer peribadi yang menggunakan Google Chrome
OS sebagai sistem pengoperasian. Ia merupakan sistem operasi berasaskan
perkomputeran awan daripada Google, yang menggunakan pelbagai perkara daripada
pelayar web popular mereka, Chrome.