1. 1
Marks: 1
Akhir-akhir ini isu yang melibatkan salah laku guru semakin berleluasa dan ini boleh
menjejaskan imej profesion tersebut pada pandangan umum. Manakah yang berikut
merupakan matlamat utama Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan
2002)?
Choose one answer.
A. Menjaga imej penjawat awam
B. Penjawat awam melaksanakan tugas dengan cekap
C. Menjamin keberkesanan organisasi
D. Meningkatkan ketenteraman awam
Question 2
Marks: 1
Akta Pendidikan 1996 adalah satu perundangan pendidikan yang lengkap, kemas kini dan
bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi perubahan pendidikan abad ke 21.
Apakah misi utama Akta Pendidikan 1996 ini?
Choose one answer.
A. Menyediakan pengajaran yang cekap melibatkan perbelanjaan awam
B. Menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia
C. Mewajibkan pendidikan hingga ke sekolah menengah
D. Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Sabah
dan Sarawak
Question 3
Marks: 1
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Kaji dan pilih cadangan yang terbaik bagi menangani isu kepelbagaian budaya dan jurang
antara kaum di Malaysia.
Choose one answer.
A. Menghantar guru daripada bandar mengajar di pedalaman agar mereka dapat membuka
minda murid-murid terhadap kepelbagaian budaya
B. Melatih anak-anak tempatan bagi memastikan mereka mengajar di tempat asal mereka
supaya tidak tertekan dengan konflik budaya
2. C. Meningkatkan kompetensi guru dalam melaksanakan pengajaran yang mesra budaya
D. Menambah bilangan murid dari pedalaman ke sekolah berasrama penuh supaya dapat
mendekatkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar
Question 4
Marks: 1
Seorang pegawai telah melaporkan bahawa seorang kakitangan kerajaan telah menerima
hadiah daripada seorang individu yang ada kaitan secara langsung dengan tugas rasmi
pegawai tersebut atas jasa perkhidmatan beliau.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh anda sebagai pihak berkuasa tatatertib
terhadap kakitangan tersebut?
Choose one answer.
A. Melucutkan hak emolumen bulan pegawai
B. Meminta semula hadiah berkenaan
C. Mengizinkan pegawai tersebut menyimpan dengan amaran
D. Memberikan amaran
Question 5
Marks: 1
Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan?
Choose one answer.
A. Memberi peluang kepada semua murid untuk mendapatkan pakaian seragam sekolah
yang sama
B. Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap murid memperoleh kejayaan pendidikan
C. Memperuntukkan biasiswa kepada pelajar yang layak dan mempunyai potensi
kecemerlangan diri
D. Membuka peluang kepada guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi
Question 6
Marks: 1
Kesan globalisasi dalam pendidikan adalah seperti berikut :
Choose one answer.
A. Menghasilkan modal insan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran global
B. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantaraan dalam pendidikan
C. Pewujudan persaingan antara institusi pendidikan semata-mata untuk meningkatkan
mutu pendidikan
3. D. Perkongsian ilmu dan penemuan penyelidikan di dalam negara berkenaan bidang
pendidikan
Question 7
Marks: 1
Apakah kedudukan bahasa kebangsaan menurut Akta Pendidikan 1996?
Choose one answer.
A. Dikecualikan di semua sekolah Sabah dan Sarawak
B. Bahasa pengantar utama di semua sekolah
C. Wajib dalam semua urusan rasmi kerajaan
D. Mata pelajaran wajib di semua sekolah dan institusi pendidikan
Question 8
Marks: 1
Seksyen 21 dan 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan kuasa kepada X untuk menubuh
dan menyenggara tadika. Dengan adanya peruntukan kuasa ini membolehkan murid dari
keluarga kurang berada mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas pendidikan
peringkat rendah.
(Akta Pendidikan 1996)
X dalam seksyen di atas merujuk kepada
Choose one answer.
A. Exco Pelajaran Negeri
B. Menteri Pelajaran
C. Ketua Pengarah Pelajaran
D. Pengarah Pelajaran
Question 9
Marks: 1
Mengikut Perintah Am, peraturan 4A (Gangguan Seksual) menjelaskan bahawa seseorang
penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain.
Semua pernyataan berikut merujuk pada gangguan seksual kecuali
Choose one answer.
A. perbuatan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan orang lain
B. terhad terhadap perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja
C. perlakuan secara lisan dan bertulis
D. keadaan yang menyebabkan seseorang yang waras tersinggung
Question 10
4. Marks: 1
Kadar gejala sosial dalam kalangan murid boleh diturunkan jika guru menekankan strategi
Choose one answer.
A. mengundang penceramah luar untuk ciri ceramah tentang kesalahan murid dan
hukuman yang sepadan
B. melaksanakan pelbagai program untuk menerapkan nilai-nilai murni
C. menghukum murid yang melakukan kesalahan
D. menyerahkan murid yang melakukan kesalahan berat kepada pihak polis
Question 11
Marks: 1
Cabaran bagi guru dalam merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan dalam
kalangan murid di dalam bilik darjah adalah
Choose one answer.
A. Menyeimbangkan penglibatan pelajar mengikut gender di dalam bilik darjah
B. Menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk semua pelajar
C. Meningkatkan taraf pendidikan guru-guru sehingga ke tahap ijazah
D. Mewajibkan pendidikan asas untuk semua kanak-kanak
Question 12
Marks: 1
Akta Pendidikan 1996 menjadikan status Bahasa Kebangsaan sebagai
I. Bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
II. Bahasa kebangsaan dan komunikasi di jabatan kerajaan
III. Mata pelajaran wajib di semua sekolah dan institut pendidikan
IV. Mata pelajaran pilihan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil
Choose one answer.
A. III dan IV
B. I dan III
C. I dan II
D. I dan IV
Question 13
Marks: 1
5. Guru perlu mewujudkan bilik darjah mesra budaya untuk menangani cabaran kepelbagaian
budaya. Antara berikut, nyatakan tindakan yang paling sesuai digunakan oleh guru?
I. Menggalakkan murid bercakap dalam bahasa kumpulan etnik
dalam bilik darjah
II. Menggunakan bahan pengajaran yang mewakili setiap kumpulan etnik
dalam bilik darjah
III. Memberi peluang murid mengumpul maklumat tentang kepelbagaian
budaya dalam kalangan murid
IV. Mengelompokkan kumpulan etnik berlainan dalam kumpulan kerja
berpasukan untuk mengeratkan hubungan
Choose one answer.
A. I, III dan IV
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II dan IV
Question 14
Marks: 1
Manakah antara berikut merupakan kesan positif globalisasi dalam pendidikan?
Choose one answer.
A. Ketidakadilan dalam perkongsian antara negara
B. Bergantung kepada cita rasa global dari segi tenaga buruh
C. Berdaya saing dalam kalangan pelajar
D. Peluang menindas negara yang lebih lemah
Question 15
Marks: 1
Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum. Antara aktiviti berikut, yang manakah menjurus ke arah pencapaian
integrasi nasional dalam kalangan pelajar?
Choose one answer.
A. Menyertai kempen gotong-royong di surau sekolah
B. Menyertai semua aktiviti dalam latihan khidmat negara
C. Mengibarkan jalur gemilang setiap tahun semasa Hari Kebangsaan
D. Mengadakan rumah terbuka untuk kaum-kaum terbesar di negara ini
Question 16
Marks: 1
6. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia, dan kita mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.
Choose one answer.
A. Mewujudkan integrasi nasional
B. Membina sebuah negara maju
C. Membina negara berteknologi maklumat
D. Membina masyarakat penyayang
Question 17
Marks: 1
Kawalan tatatertib merupakan alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan
pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah
pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan.
Antara matlamat kawalan tatatertib ialah
Choose one answer.
A. Supaya pegawai awam sentiasa menjaga imej diri dan keluarga
B. Meletakkan peningkatan potensi dan kepentingan diri dalam pengurusan organisasi
C. Meletakkan kepentingan diri melebihi daripada kepentingan awam
D. Pegawai awam perlu melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan
bertanggungjawab
Question 18
Marks: 1
Manakah antara berikut merupakan faedah yang diperoleh melalui teknologi maklumat
dan komunikasi?
Choose one answer.
A. Dapat membudayakan ciri-ciri kesederhanaan, kepekaan terhadap orang lain, toleransi
dan berakomodasi dalam kalangan pelajar
B. Memberi peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik serta
perkongsian bahan akademik
C. Dapat membina negara bangsa
D. Menanam semangat patriotisme serta memupuk perpaduan
Question 19
Marks: 1
Tonggak pendidikan UNESCO terdiri daripada empat tonggak dan antaranya ialah
7. Choose one answer.
A. Menguasai kemahiran (learning to do)
B. Konsep kebersamaan (togetherness)
C. Pewujudan satu bangsa (one nationality)
D. Perasaan kekitaan (sense of belonging)
Question 20
Marks: 1
Konsep kepelbagaian budaya perlu difahami supaya dapat mewujudkan perpaduan dalam
kepelbagaian dan persamaan untuk semua rakyat Malaysia.
Antara langkah yang diambil dalam sistem pendidikan ke arah membina negara bangsa
Malaysia adalah
Choose one answer.
A. Memupuk murid menghayati prinsip Rukun Negara
B. Memperkembang kemahiran dalam sistem pendidikan
C. Memupuk budaya sekolah berdasar kumpulan etnik minoriti di sekolah
D. Memperkembang potensi individu secara menyeluruh