際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
BAB 1 
PENGENALAN KAJIAN 
1.1 Pengenalan 
Pendefinisian mengenai peruntukan sosial adalah sesuatu yang amat sukar. Kesukaran ini mengakibatkan saya mengambil beberapa definisi yang berkaitan dengan peruntukan sosial (social budgeting). Menurut International Labour Organization (ILO) peruntukan bukanlah satu fahaman yang klasik. Peruntukan adalah institusi atau kerajaan yang meliputi keseluruhan atau sesetengah bahagian daripada pendapatan dan perbelanjaan. Peruntukan dalam kontek sosial ini meliputi perbelanjaan dan pendapatan sosial (diperuntukan untuk meliputi perbelanjaan sosial) pelbagai institusi, begitu juga dengan kerajaan dan sektor swasta. Menurut ILO juga, peruntukan sosial setiap negara itu berbeza bergantung kepada sistem perlindungan sosial dan juga sekumpulan manfaat yang ditawarkan. Menurut Schiaro-campo (2007), peruntukan ini dilihat sebagai ^a purely technical assemblage of words and number to be left to bureaucrats and a few politicians ̄. Secara realitinya peruntukan ini adalah perkara utama dalam dasar sosial dan prospek pembangunan dalam setiap negara. 
Perkara yang amat penting dalam membicarakan mengenai peruntukan sosial adalah mengenai amalan prinsip peruntukan yang digunakan oleh perancang program sosial. Prinsip ini melibatkan bagaimana pembahagian peruntukan sosial itu dilakukan. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami apa yang dilakukan oleh perancang program sosial awam, prinsip-prinsip yang digunakan serta bagaimanakah proses yang dilakukan dalam setiap peruntukan yang dilakukan ke atas program. Jonas Hinnfors (2008) menyatakan terdapat pelbagai teori yang berkaitan
dengan pembangunan polisi di setiap negara. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti apakah proses yang terlibat dalam perancangan program sosial yang terlibat. 
Model kontemporari proses belanjawan atau peruntukan (budgetary) mengenalpasti bahawa autoriti peruntukan dibahagikan kepada pelbagai pelaku atau aktor yang mana kepentingan (interest) dan matlamat (goal) selalunya tidak serasi atau tidak sesuai (Harvey J. Tucker, 2010). Kebanyakan dasar sosial bergantung kepada belanjawan awam untuk untuk diimplimentasi. Dalam sektor awam susunan dasar selalunya mengamalkan atau mengandungi komitmen sumber masa hadapan termasuklah guru, pekerja sosial, sekolah, bantuan dan pencen persaraan dan elaun mobiliti yang secara langsung atau tidak langsung adalah peruntukan awam.1 
1.2 Permasalahan Kajian 
Kajian mengenai prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam terdapat banyak isu yang kontroversi. Isu tersebut termasuklah percanggahan pendapat tentang peranan teknik dalam perancangan sosial, baik buruknya profesionalisme dan penyertaan ramai serta nilai dan andaian ideologi yang terdapat dalam kajian mengenai perancangan sosial. Kontroversi utama yang berkaitan bukan sahaja dengan perancangan, tetapi dengan perancangan secara umumnya, melibatkan ciri perancangan itu sendiri. Terdapat definisi yang mengatakan bahawa proses perancangan tidak ada bezanya dengan pembuatan keputusan pada umumnya, dan ada pula yang mengatakan bahawa perancangan adalah satu tugas yang persis yang melibatkan tahap kemahiran yang tinggi dan pegetahuan yang terperinci teknik perancangan sosial. 
1 Walker, A., (1982), memperkatakan mengenai peruntukan social dari kontek dasar social yang mengikut fahamannya peruntukan sosial merupakan satu perkara yang menentukan dasar sosial.
Satu lagi isu yang sering diperkatakan dalam perancangan ialah penyertaan ramai dalam perancangan merupakan salah satu antara perbahasan yang membangkitkan sudut pandangan yang berunsur nilai dan ideologi. Hal ini kerana, perancangan sosial itu bersifat ideologi kerana melibatkan kepercayaan tentang cara yang terbaik mengatur masyarakat dan mengatasi penyakit sosial. Namun begitu, sesetengah pihak ada yang menolak pandangan ini dan sebaliknya berhujah bahawa dengan mengalihkan tanggungjawab membuat keputusan kepada mereka yang memegang kuasa politik, perancangan sosial merupakan aktiviti yang neutral dari segi politik (Midgley & Piachaud, 1995). Pandangan mengenai perancangan sosial ini memisahkan aktiviti teknikal dan aktiviti politik serta menghujahkan bahawa perancang tidak membuat keputusan tetapi menyediakan peluang bagi ahli politik untuk membuat pilihan yang rasional antara alternatif yang berlainan. 
1.3 Persoalan Kajian 
Persoalan kajian meliputi pelbagai soalan yang wujud untuk mencari dan memahami amalan prinsip peruntukan dalam perancangan program sosial awam. Antara persoalan yang meliputi kajian ini adalah: 
1. Apakah prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam. 
2. Apakah asas utama peruntukan sosial dalam perancangan progran sosial awam. 
3. Bagaimanakah prinsip ini digunakan dalam perancangan program sosial awam. 
4. Bagaimanakah proses yang berlaku dalam peruntukan program sosial awam.
1.4 Objektif Kajian 
1. Mengenal pasti prinsip yang digunakan dalam peruntukan sosial dalam perancangan program sosial awam. 
2. Mengetahui asas utama peruntukan sosial dalam perancangan program sosial awam. 
3. Mengetahui prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam. 
4. Memahami proses atau teknik yang terlibat dalam peruntukan sosial bagi program sosial awam.

More Related Content

Social Budgeting

  • 1. BAB 1 PENGENALAN KAJIAN 1.1 Pengenalan Pendefinisian mengenai peruntukan sosial adalah sesuatu yang amat sukar. Kesukaran ini mengakibatkan saya mengambil beberapa definisi yang berkaitan dengan peruntukan sosial (social budgeting). Menurut International Labour Organization (ILO) peruntukan bukanlah satu fahaman yang klasik. Peruntukan adalah institusi atau kerajaan yang meliputi keseluruhan atau sesetengah bahagian daripada pendapatan dan perbelanjaan. Peruntukan dalam kontek sosial ini meliputi perbelanjaan dan pendapatan sosial (diperuntukan untuk meliputi perbelanjaan sosial) pelbagai institusi, begitu juga dengan kerajaan dan sektor swasta. Menurut ILO juga, peruntukan sosial setiap negara itu berbeza bergantung kepada sistem perlindungan sosial dan juga sekumpulan manfaat yang ditawarkan. Menurut Schiaro-campo (2007), peruntukan ini dilihat sebagai ^a purely technical assemblage of words and number to be left to bureaucrats and a few politicians ̄. Secara realitinya peruntukan ini adalah perkara utama dalam dasar sosial dan prospek pembangunan dalam setiap negara. Perkara yang amat penting dalam membicarakan mengenai peruntukan sosial adalah mengenai amalan prinsip peruntukan yang digunakan oleh perancang program sosial. Prinsip ini melibatkan bagaimana pembahagian peruntukan sosial itu dilakukan. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami apa yang dilakukan oleh perancang program sosial awam, prinsip-prinsip yang digunakan serta bagaimanakah proses yang dilakukan dalam setiap peruntukan yang dilakukan ke atas program. Jonas Hinnfors (2008) menyatakan terdapat pelbagai teori yang berkaitan
  • 2. dengan pembangunan polisi di setiap negara. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti apakah proses yang terlibat dalam perancangan program sosial yang terlibat. Model kontemporari proses belanjawan atau peruntukan (budgetary) mengenalpasti bahawa autoriti peruntukan dibahagikan kepada pelbagai pelaku atau aktor yang mana kepentingan (interest) dan matlamat (goal) selalunya tidak serasi atau tidak sesuai (Harvey J. Tucker, 2010). Kebanyakan dasar sosial bergantung kepada belanjawan awam untuk untuk diimplimentasi. Dalam sektor awam susunan dasar selalunya mengamalkan atau mengandungi komitmen sumber masa hadapan termasuklah guru, pekerja sosial, sekolah, bantuan dan pencen persaraan dan elaun mobiliti yang secara langsung atau tidak langsung adalah peruntukan awam.1 1.2 Permasalahan Kajian Kajian mengenai prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam terdapat banyak isu yang kontroversi. Isu tersebut termasuklah percanggahan pendapat tentang peranan teknik dalam perancangan sosial, baik buruknya profesionalisme dan penyertaan ramai serta nilai dan andaian ideologi yang terdapat dalam kajian mengenai perancangan sosial. Kontroversi utama yang berkaitan bukan sahaja dengan perancangan, tetapi dengan perancangan secara umumnya, melibatkan ciri perancangan itu sendiri. Terdapat definisi yang mengatakan bahawa proses perancangan tidak ada bezanya dengan pembuatan keputusan pada umumnya, dan ada pula yang mengatakan bahawa perancangan adalah satu tugas yang persis yang melibatkan tahap kemahiran yang tinggi dan pegetahuan yang terperinci teknik perancangan sosial. 1 Walker, A., (1982), memperkatakan mengenai peruntukan social dari kontek dasar social yang mengikut fahamannya peruntukan sosial merupakan satu perkara yang menentukan dasar sosial.
  • 3. Satu lagi isu yang sering diperkatakan dalam perancangan ialah penyertaan ramai dalam perancangan merupakan salah satu antara perbahasan yang membangkitkan sudut pandangan yang berunsur nilai dan ideologi. Hal ini kerana, perancangan sosial itu bersifat ideologi kerana melibatkan kepercayaan tentang cara yang terbaik mengatur masyarakat dan mengatasi penyakit sosial. Namun begitu, sesetengah pihak ada yang menolak pandangan ini dan sebaliknya berhujah bahawa dengan mengalihkan tanggungjawab membuat keputusan kepada mereka yang memegang kuasa politik, perancangan sosial merupakan aktiviti yang neutral dari segi politik (Midgley & Piachaud, 1995). Pandangan mengenai perancangan sosial ini memisahkan aktiviti teknikal dan aktiviti politik serta menghujahkan bahawa perancang tidak membuat keputusan tetapi menyediakan peluang bagi ahli politik untuk membuat pilihan yang rasional antara alternatif yang berlainan. 1.3 Persoalan Kajian Persoalan kajian meliputi pelbagai soalan yang wujud untuk mencari dan memahami amalan prinsip peruntukan dalam perancangan program sosial awam. Antara persoalan yang meliputi kajian ini adalah: 1. Apakah prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam. 2. Apakah asas utama peruntukan sosial dalam perancangan progran sosial awam. 3. Bagaimanakah prinsip ini digunakan dalam perancangan program sosial awam. 4. Bagaimanakah proses yang berlaku dalam peruntukan program sosial awam.
  • 4. 1.4 Objektif Kajian 1. Mengenal pasti prinsip yang digunakan dalam peruntukan sosial dalam perancangan program sosial awam. 2. Mengetahui asas utama peruntukan sosial dalam perancangan program sosial awam. 3. Mengetahui prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam. 4. Memahami proses atau teknik yang terlibat dalam peruntukan sosial bagi program sosial awam.