4. RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu
cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
5. FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
iv
6. Kata Pengantar
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan
akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta
Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,dan
menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada
abad 21.
Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai
murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat
berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika
tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan
murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan
cabaran dalam kehidupan.
Kajian Tempatan ialah mata pelajaran yang diajar di Tahap II di peringkat
sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara
Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang demokratik,
penyayang, progresif dan sejahtera. Kajian Tempatan menjadi pendukung
utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid. Kandungan
Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
ini merangkumi tiga ruang liput iaitu ruang liput pertama menekankan
interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat, ruang liput kedua
mengesahkan identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal murid dan
ruang liput ketiga memperihalkan tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi
dan kejayaan negara Malaysia.
Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran,
masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
v
7. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
PENDAHULUAN
Kurikulum Kajian Tempatan yang terangkum dalam bidang
kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan
demokrasi, penyayang, progresif,sejahtera serta bersemangat
patriotik.
Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
kurikulum Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu
dan beramal, harmonis serta berketrampilan. Mata pelajaran ini juga
bersesuaian dengan struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
( KBSR ).
Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang membicarakan
dan mengkaji tentang interaksi manusia dengan manusia dan
manusia dengan alam persekitarannya melalui aktiviti kemahiran
belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial.
Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap II bagi mengukuhkan
lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai
yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran
lain di Tahap I terutama mata pelajaran bahasa.
Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk
memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan
mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah
1
8. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi
menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya
tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber terutamanya
penggunaan teknologi maklumat digalakkan bagi melatih murid
menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi .
Melalui mata pelajaran ini juga, sejak di peringkat sekolah rendah
lagi, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran untuk
menangani cabaran akibat arus globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat serta mempunyai wawasan merancang masa depan,
mempunyai ketahanan diri yang kental dan bersemangat patriotik
bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara.
Mata pelajaran ini menjadi pendukung utama bagi memupuk
semangat patriotik di kalangan murid agar berbangga menjadi rakyat
Malaysia yang cinta akan tanah air dan sanggup berkorban demi
mempertahankan bangsa dan negara serta sentiasa mensyukuri
nikmat Tuhan.
2
9. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
MATLAMAT
Kurikulum Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia
pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai
rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu,
demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.
OBJEKTIF
Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah membolehkan murid :
1. mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak
sebagai anggota dalam keluarga dan masyarakat ;
2. memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan
negara ;
3. mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan
negara ;
4. memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan
masyarakat setempat dan negara ;
5. mencintai dan menghargai alam sekitar ;
6. mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka
dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan
pembangunan ;
3
10. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
7. memahami dan menghargai sejarah negara ;
8. menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran
berfikir;
9. menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat
patriotik; dan
10. mensyukuri segala nikmat Tuhan.
ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan ini mengandungi program
pembelajaran untuk tiga tahun mulai Tahun 4 hingga Tahun 6.
Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut tiga ruang liput seperti
yang berikut:
Pertama : Keluarga, rumah, jiran dan sekolah.
Kedua : Kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan,
bahagian dan negeri.
Ketiga : Negara kita.
Kajian menerusi ruang liput ini dapat memberi pengetahuan dan
pemahaman kepada murid tentang persekitarannya yang dekat
sebelum menjangkau ke kawasan yang lebih jauh.
Ruang liput pertama iaitu keluarga, rumah, jiran dan sekolah
menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat serta
amalan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat.
4
11. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
Ruang liput kedua menyedarkan murid tentang identiti dan
keistimewaan kawasan tempat tinggal, mukim, daerah /
jajahan, bahagian dan negeri supaya mereka cinta dan bangga
dengan persekitaran dan negeri mereka.
Ruang liput ketiga pula memberi pendedahan kepada murid tentang
sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ini akan
menimbulkan kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan
bangsa dan negara Malaysia. Pengalaman pembelajaran yang
diperoleh melalui ruang liput tersebut dapat membentuk
warganegara yang bersemangat patriotik dan berbangga sebagai
rakyat Malaysia.
Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik atau bidang
pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang
perlu dikaji oleh murid. Setiap topik mengandungi subtopik - subtopik
yang menentukan skop kajian . Topik-topik dibahagikan kepada
Tahun 4, 5 dan 6 seperti yang berikut :
Tahun 4 - Topik 1 hingga 4
Tahun 5 - Topik 5 hingga 8
Tahun 6 - Topik 9 hingga 12
5
12. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
Topik 1 hingga 4 untuk Tahun 4 bertujuan mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran murid bagi memahami dan menghargai
perihal setempat yang merangkumi ruang liput keluarga, rumah, jiran,
sekolah, kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan, bahagian
dan negeri. Melalui topik 5 hingga 8, murid Tahun 5 diperkenalkan
pula tentang latar belakang dan identiti negaranya supaya mereka
cinta dan bangga kepada negara. Seterusnya melalui topik 9 hingga
12, murid Tahun 6 dapat menghargai keperibadian bangsa dan
mempunyai semangat patriotik ke arah pembinaan bangsa dan
negara.
6
13. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
KANDUNGAN
1. RUMAH DAN KELUARGA
1.1 Perihal Keluarga
a. Keluarga asas
b. Keluarga kembangan
c. Peranan dan tanggungjawab
d. Perubahan dalam keluarga
e. Cara hidup berkeluarga
1.2 Perihal Rumah
a. Rumah saya
b. Pembinaan rumah
c. Jenis rumah
d. Ruang dan kegunaan
e. Kemudahan asas
f . Keceriaan dan keselamatan
2. KEJIRANAN
2.1 Perihal Jiran
a. Anggota keluarga jiran
b. Latar belakang jiran
c. Cara hidup
7
14. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
2.2 Hidup Berjiran
a. Kepentingan hidup berjiran
b. Peranan dan tanggungjawab
3. SEKOLAH KITA
3.1 Perihal Sekolah
a. Lokasi
b. Sejarah
c. Identiti
d. Jawatan dan tanggungjawab
e. Peraturan dan keselamatan
f . Aktiviti
3.2 Saya dan Sekolah
a. Peranan dan tanggungjawab
b. Sumbangan murid kepada sekolah
3.3 Sekolah dan Masyarakat
a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
b. Pihak lain yang memberi sumbangan kepada sekolah
c. Khidmat sekolah kepada masyarakat
8
15. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
4. PERIHAL SETEMPAT
4.1 Latar Belakang
a. Lokasi
b. Aspek fizikal utama
c. Cuaca
4.2 Identiti Setempat
a. Sejarah dan legenda
b. Lagu, bendera, jata dan lambang
c. Tokoh dan pemimpin
d. Keistimewaan setempat
4.3 Masyarakat
a. Keturunan
b. Perayaan dan sambutan
c. Pekerjaan
4.4 Pentadbiran
a. Jawatan di pelbagai peringkat
9
16. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
4.5 Kemudahan dan Perkhidmatan Awam
a. Jenis dan kepentingan
b. Peranan dan tanggungjawab pengguna
4.6 Isu Setempat
a. Mengenal pasti masalah dan cara
mengatasinya.
5. MENGENAL NEGARA KITA
5.1 Lokasi
a. Di Asia Tenggara
b. Di dunia
5.2 Negeri-Negeri Dalam Malaysia
a. Nama negeri , ibu negeri dan bandar utama
b. Lagu, bendera jata dan lambang - lambang negeri
c. Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan Negeri
5.3 Identiti Negara
a. Lagu , bendera, jata, mercu dan
lambang lain
10
17. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
b. Struktur pentadbiran negara
c. Ketua Negara dan Ketua Kerajaan Persekutuan
6. KEINDAHAN NEGARA KITA
6.1 Ciri - Ciri Fizikal yang Istimewa
a. Bentuk muka bumi Malaysia
6.2 Bangunan dan Binaan
a. Keindahan dan keistimewaan seni bina
7. SEJARAH NEGARA KITA
7.1 Kesultanan Melayu Melaka
a. Pengasasan Melaka
b. Kegemilangan Melaka
7.2 Sejarah Awal Sabah
a. Asal usul nama Sabah
b. Pentadbiran
c. Cara hidup
11
18. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
7.3 Sejarah Awal Sarawak.
a. Asal-usul nama Sarawak
b. Pentadbiran
c. Cara hidup
7.4 Zaman Penjajahan
a. Kedatangan penjajah
b. Kesan penjajahan
c. Penentangan masyarakat tempatan
7.5 Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia
a. Semangat kebangsaan
b. Peristiwa
c. Pembentukan Malaysia
7.6 Warisan Sejarah
a. Pemeliharaan dan pemuliharaan
8. MASYARAKAT MALAYSIA
8.1 Penduduk
a. Komposisi dan taburan
b. Faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk
12
19. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
8.2 Agama dan kepercayaan
a. Kepelbagaian agama dan kepercayaan
8.3 Kebudayaan dan kesenian
a. Cara hidup
8.4 Perpaduan
a. Kegiatan sosial dan kebajikan
b. Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti
permainan, kesenian dan rekreasi
c. Sistem pendidikan
d. Undang-undang dan peraturan
9. SUMBER NEGARA
9.1 Sumber Semula Jadi
a. Jenis sumber
b. Sumber yang boleh dibaharui dan
tidak boleh dibaharui
c. Cara mendapatkan sumber
d. Kegunaan
e. Kesan kepada alam sekitar
f. Pemeliharaan dan pemuliharaan
13
20. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
9.2 Sumber Manusia
a. Jumlah penduduk
b. Tahap pendidikan
c. Tahap kesihatan
10. EKONOMI NEGARA
10.1 Kegiatan Ekonomi
a. Kegiatan ekonomi utama
b. Kawasan utama dan faktor yang
mempengaruhinya
10.2 Sumbangan Kegiatan Ekonomi
a. Pekerjaan
b. Pendapatan
c. Pembangunan
10.3 Pembangunan Ekonomi Berterusan
a. Kepentingan bekalan sumber
b. Penyelidikan dan pembangunan
14
21. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
11. PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA
11.1 Perlembagaan Negara
a. Sistem Kerajaan Persekutuan
b. Kewarganegaraan
c. Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera dan kepentingan sah kaum lain
e. Raja Berperlembagaan
f . Bahasa dan agama rasmi
11.2 Rukun Negara
a. Prinsip
b. Penghayatan
11.3 Usaha-Usaha Membangunkan Negara
a. Rancangan ekonomi
b. Rancangan sosial
15
22. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
12. KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA
12.1 Masyarakat Harmonis
a. Faktor istimewa
12.2 Kejayaan Negara
a. Kestabilan politik
b. Kemajuan ekonomi
c. Pembangunan sosial
12.3 Malaysia di Arena Antarabangsa
a. Pertubuhan yang dianggotai dan faedahnya
b. Peranan dan sumbangan
16
23. sukatan pelajaran kajian tempatan kbsr
Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu
diberi kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir
dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam
menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks. Kepelbagaian
kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan
memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha
membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan
yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup.
Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi
generasi yang celik teknologi serta dapat memanfaatkannya dengan
penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama.
17