2. Sejak kebelakangan ini,kemalangan jalan raya semakin meningkat,
terutamanya menjelang musim perayaan.Oleh itu, sebagai pemandu yang
bertanggungjawab.
Sebagai pemandu, kita harus mengubah sikap sendiri semasa memandu di
jalan raya. Kita perlu peka dan berhati-hati. Semasa kita hendak belok ke kanan,
kita perlu member isyarat belok demi mengesan kepada pemandu yang lain. Kita
juga perlu memastikan kejelasan cermin. Selain itu, kita juga perlu bertimbang rasa
dan bersabar untuk memberi laluan walaupun jalan raya agak sibuk dan sesak.
Di samping itu, kita harus sentiasa menjaga kebersihan kenderaan.
Penyelenggaran kenderaan perlu sentiasa dibuat untuk memastikan kenderaan
selamat digunakan. Keadaan ini dapat mengurangkan kemalangan di jalan raya.
Kesimpulannya, kita harus menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan
raya demi menjamin kehidupan yang sejahtera.