Strategi mempertingkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan di
1. Dorongan dan Semangat
Kerja Berpasukan di Kalangan
Pekerja
Oleh Mohd Hanafiah Omar
Ketua Penolong Pendaftar UKM
2. Dorongan
Perkara yang memulakan dan mengekalkan minat pekerja
dalam melakukan sesuatu tindakan atau usaha.
Dorongan/motivasi perlu dilihat dalam konteks berikut;
* Mempertingkatkan kualiti dan produktiviti,
* Mempertingkatkan daya tahan dan daya saing
organisasi,
* Mempertingkatkan imej/citra/nama baik organisasi,
* Mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada dan
menambahkan pelanggan baru,
* Memenuhi kehendak dan melebihi jangkaan pihak-pihak
yang berkepentingan ( stakeholders )
3. Perkhidmatan yang berkualiti
dan cemerlang di sesebuah
organisasi sangat diperlukan
oleh pelanggan dan pihak- pihak
yang berkepentingan
(stakeholders) lebih-lebih lagi
dalam era globalisasi.
4. Modal insan yang berkualiti dan
produktif berupaya
menyumbang kepada
perkhidmatan yang berkualiti
dan mendorong kepada
kecemerlangan organisasi.
Pengurus dan pekerja yang
berupaya membina perpaduan
dan persefahaman dapat
menjamin perkhidmatan
dan/produk yang bermutu tinggi.
6. Pemimpin dan pengurusan tertinggi
sesebuah organisasi bertanggungjawab:
Menetap visi dan misi.
Menggubal dasar.
Memberikan halatuju organisasi.
Membina imej dan budaya korporat
yang dinamik.
Memastikan visi, misi, dasar dan
halatuju dapat difahami oleh semua
warga organisasi.
7. Kepimpinan menerusi teladan (leadership by
example)
Mengadaptasi falsafah dan pendekatan baru
Pemimpin transformational
Organisasi Pembelajaran (learning
organization)
Kepelbagaian kemahiran (multi skilling)
Urustadbir yang baik (good governans)
8. Sistem nilai yang perlu disemai dalam
sanubari pengurus dan pekerja
termasuklah:
Kepentingan bekerja dalam satu pasukan.
Mengamalkan budaya kualiti.
Mengutamakan kecemerlangan.
Mementingkan pelanggan.
9. Penerapan nilai-nilai moral dan murni
dalam memberikan perkhidmatan.
Menghayati prinsip pembelajaran seumur
hidup ( long life learning).
Menerapkan budaya/prinsip melakukan
penambahbaikan kualiti secara berterusan.
10. Pucuk pimpinan dan pengurusan atasan juga
bertanggungjawab:
Melakukan perubahan terhadap
pembawaan/gaya kepimpinan supaya tidak
terikat kepada status quo/gaya konvensional
yang statik.
Berusaha keluar daripada zon selesa yang boleh
merugikan organisasi.
11. Gaya Pengurusan
Pengurusan secara penyertaan dan
kemanusiaan atau participative management :
Pengurusan yang mementingkan pekerja tanpa
mengira kedudukan sebagai manusia yang
mempunyai perasaan, kehendak, cita-cita,
minat, motivasi, harga diri serta potensi yang
boleh dipupuk dan dikembangkan untuk
bersama-bersama memberikan sumbangan
terhadap kecemerlangan organisasi (Sprow M,
1984).
12. Prinsip empowerment:
Memindahkan autonomi dan tanggungjawab yang
berkaitan kerja daripada pengurus kepada pekerja
atas dasar hormat menghormati dan percaya
mempercayai.
13. Nilai-Nilai
Nilai-Nilai
Kualiti dan
Kualiti dan
Nilai-Nilai Nilai-Nilai
Nilai-Nilai
Nilai-Nilai Produktivit
Produktivit
Agama Profesionalisme
Profesionalisme
Agama ii
NILAI-NILAI MURNI
NILAI-NILAI MURNI
Nilai-Nilai
Nilai-Nilai
Nilai-Nilai
Nilai-Nilai Kepimpina
Kepimpina Nilai-
Nilai-
Mengutamaka
Mengutamaka nn Nilai
Nilai
n Pelanggan
n Pelanggan Peribadi
Peribadi
15. Faedah Kerja Berpasukan
MengikutJuran (1993), antara
kebaikan dan manfaat kerja
berpasukan kepada pekerja
termasuklah:
Mempertingkatkan motivasi, perasaan
girang dan minat terhadap kerja,
Memberikan keyakinan diri pekerja
tentang potensi dan kebolehan
mereka,
16. Menanam semangat dan sikap gigih
serta tekun di kalangan pekerja untuk
mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan dan kualiti
keluaran/barangan,
Menyemai perasaan kekitaan dan
keupayaan di kalangan pekerja,
Mendorong dan membantu
memperkembangkan sikap ingin
bekerjasama dan saling bantu
membantu di kalangan pekerja,
17. Menanam perasaan saling percaya
mempercayai dan hormat menghormati
di kalangan pekerja
Membantu mewujudkan kemajuan dan
perkembangan diri pekerja, sama ada
dari segi kepimpinan, kerjaya, harga,
diri, bakat mahupun potensi,
Membantu melahirkan pekerja yang
sentiasa berfikir, sentiasa ingin belajar
dan ingin mengetahui sesuatu perkara
yang baru,
18. Membantu melahirkan pekerja yang kreatif,
proaktif, dinamik, inovatif, berkualiti dan
produktif,
Menjadikan diri pekerja lebih berguna,
lebih bermanfaat dan dihargai,
Memupuk kebolehan berkomunikasi,
kemahiran mengurus dan kemahiran
memimpin di kalangan pekerja,
19. Melahirkan perasaan bangga dan minat untuk
meneroka idea-idea baru dan kesediaan
menerima perubahan di kalangan pekerja,
Melahirkan pekerja yang berkebolehan dalam
menyelesaikan masalah secara kolektif dan
sistematik terutama perkara-perkara yang
membabitkan kerja mereka sendiri,
Mengasah bakat dan potensi pekerja,
20. Menggalakkan pekerja supaya berusaha
memperbaiki sistem dan cara bekerja dari
semasa ke semasa,
Mempertingkatkan kesedaran berkhidmat
dan memberi kepuasan pekerja,
Melahirkan pekerja yang lebih komited,
bertanggungjawab, dinamik dan dedikasi,
21. Memberi peluang dan kesempatan kepada
pekerja menyertai proses membuat
keputusan terutama perkara-perkara yang
membabitkan kepentingan dan tugas-tugas
harian mereka,
Melahirkan golongan pekerja yang
sentiasa mementingkan budaya kerja dan
hasil kerja yang berkualiti untuk memenuhi
keperluan, kepuasan dan jangkaan
pelanggan,
Melahirkan golongan pekerja yang
bersikap dan berfikiran proaktif,
berwawasan, bertimbangrasa, sabar, rajin
dan komited untuk memajukan diri sendiri
dan organisasi.
22. Kebaikan dan manfaat kerja berpasukan
kepada pihak pengurusan dan organisasi
termasuklah:
Mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan
saling hormat menghormati di antara pekerja dan
pihak pengurusan,
Mewujudkan semangat bekerja secara
berkumpulan atau berpasukan di kalangan
pekerja yang menguntungkan pihak pengurusan
dan organisasi,
23. Mempertingkatkan daya tahan, daya saing dan
daya juang atau survival organisasi,
Pihak pengurusan berupaya memupuk dan
mencapai matlamat learning organization, iaitu
mencipta satu suasana dan persekitaran kondusif
dalam organisasi, di mana pekerja sentiasa
digalakkan terus belajar dan sentiasa
mementingkan imaginasi, kreativiti dan
mengembangkan potensi diri demi perubahan
dan kecemerlangan organisasi,
24. Memperbaiki proses dan tahap komunikasi serta
persefahaman di antara pihak pengurusan dan
pekerja,
Mempertingkatkan kualiti dan produktiviti
organisasi,
Mempertingkatkan citra dan nama baik
organisasi,
25. Memupuk semangat kekitaan dan semangat
kepunyaan di kalangan pekerja yang
menguntungkan organisasi,
Membolehkan pihak pengurusan
memimpin pekerja dan tidak semata-mata
menguruskan pekerja mereka sebagaimana
pendekatan tradisional,
Memupuk dan menyuburkan konsep
pengurusan secara penyertaan dan
kemanusiaan dalam organisasi,
26. .
Mewujudkan suasana harmoni dan selesa
dalam organisasi kerana pihak pengurusan dan
pekerja berupaya melaksanakan tanggungjawab
sehari-harian dalam keadaan muhibah, saling
hormat menghormati dan saling percaya
mempercayai antara satu sama lain,
Mengurangkan krisis dan konflik antara
pekerja dan pengurusan.
27. Kerja Berpasukan Mengikut
Pendekatan TQM
Usaha mempertingkatkan tahap kepuasan
hati pelanggan dan pihak-pihak yang
berkepentingan,
Usahamempertingkatkan kualiti dan
produktiviti perkhidmatan dan/produk,
Usahamempertingkatkan tahap kecekapan
dan keberkesanan sistem dan prosedur kerja,
28. Usaha mempertingkatkan prestasi
kewangan, imej dan daya saing
organisasi,
Usahamempertingkatkan persekitaran
dan suasana tempat kerja,
Usaha mempertingkatkan kompetensi
modal insan/sumber tenaga manusia,
29. Usaha mengurangkan kos dan
pembaziran, termasuk pembaziran
masa [ recycle time ], kecacatan dan
kesilapan,
Usaha melakukan penandaarasan
[ benchmarking ].
30. Perbezaan antara Organisasi
Tradisional dengan Learning
Organization
Daripada Kepada
Pekerja sebagai kos Pekerja sebagai
aset
Mengurus pekerja Memimpin pekerja
Kawalan Komitmen
31. Bersaing dengan pekerja Bekerjasama
dengan
pekerja
Pengasingan Penglibatan
Pengiktirafan individu Pengiktirafan
kumpulan
32. Stereotaip Kreatif dan
inovatif
Rahsia Berkongsi
maklumat
Bergantung kepada Fokus kepada
peraturan natijah/hasil
Reaktif Proaktif
34. Perubahan dalam gaya
komunikasi
Amalan/pendekatan komunikasi secara
top down perlu diadunkan dengan
pendekatan/amalan bottom up
Dengar idea pekerja dan manfaatkan
idea/buah fikiran yang baik
Dengar sungutan pelanggan complain
is a gift
35. Sistem pengiktirafan pekerja
Perkenalkan sistem pengiktirafan secara
berkumpulan [ team recognition ]
Raikan kejayaan pekerja secara beramai
- ramai > Ketua Jabatan perlu hadir
sama
36. Sistem Pengukuran dan Pemantauan
Ambil langkah yang sesuai untuk
memantau prestasi kumpulan
Bentuk kriteria/penilaian prestasi yang
jelas
Wujudkan sistem maklumbalas yang
sesuai dan beri peluang pasukan kerja
melakukan penambahbaikan kualiti
37. Agama Islam menggalakkan
umatnya bersatu padu, saling
bantu membantu dan bekerja
dalam satu pasukan yang
mantap - bina tali silaturrahim
Pemimpin, pengurus dan
pekerja perlu memahami dan
menghayati ajaran Islam
38. Dalam tradisi, pemikiran dan
budaya orang Melayu, nilai
kerjasama, bantu membantu
dan kerja berpasukan sangat
dititikberatkan.
Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat.
Bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh.
39. Angin barat bertiup lembut,
Bertiup pagi sampai ke
petang,
Kerja muafakat pasti
bersambut,
Nama yang baik sentiasa
ditatang.
40. Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Kerja berkumpulan membawa
untung,
UKM sentiasa dilimpahi berkat.