Sukatan PBSM Tahun 5 memberi tumpuan kepada topik pertolongan cemas untuk kanak-kanak muda. Ia meliputi prinsip dan cara memberi pertolongan cemas, jenis kecederaan dan rawatannya seperti luka, bebat, balutan, pitam dan patah tulang. Sukatan ini juga mengajar tentang gigitan haiwan dan cara menggunakan alat dalam peti pertolongan cemas serta teknik bantuan hidup asas seperti CPR
1 of 31
Downloaded 114 times
More Related Content
Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adama
1. SUKATAN PBSM THN 5
Bil
1
Topik
Pertolongan
Cemas
Muda
(junior)
Sukatan Pelajaran
Tahap/ Masa
1.Pertolongan Cemas
Mudah
a. Perinsip Pertolongan
cemas.
b. Cara mendapat bantuan
ambulans/cara-cara
mudah membawa
pesakit.
c. Menamakan jenis-jenis
kecederaan yang
berlaku di sekolah dan
cara mengelakkannya.
2.Luka-luka
a. Jenis ,punca tanda dan
pengurusan.
3.Bebat dan balutan mudah
a. Jenis balutan
b. Kegunaan balutan
4.Pitam
a.Punca,, tanda alamat dan
pengurusan
5. Patah
Tahun 5 dan
berasaskan 12
perjumpaan (1
jam setiap kali)
1
Penilaian
/Pemberian
1.Lulus ujian-ujian
teori dan praktikal
yang dikendalikan
oleh guru jurulatih
BSMM
2 Kegiatan
diperakui oleh
guru pemimpin
BSMM sekolah
dalam laporan
dan ulasan kad
kemajuan
Catatan
Rujukan
(Panduan untuk guru)
1. Buku
pertolongan
cemas
kemasyarakatan
2. Bulan Sabit
Merah dan
Negaraku.
3. Pertolongan
Cemas untuk
kanak-kanak
CEPAT oleh
Dorling
Kindersley
Tayangan video
2. a. Punca,, tanda alamat dan
pengurusan
6.Gigitan
a.Tebuan, kala lipan dan ular
7.Isi Peti/beg pertolongan
cemas
a.Mengenal isi kandungan peti
pertolongan cemas
b.Cara menggunakan alat-alat
tersebut
8.Bantuan Hidup Asas
a.Pengenalan
b.Demonstrasi CPR
Pertolongan cemas adalah pertolongan awal atau serta-merta yang diberi kepada orang yang sakit atau
cedera (pesakit) sebelum dibawa ke hospital.
Objektif Pertolongan Cemas
1. Untuk mengelakkan kecederaan dari menjadi lebih teruk.
2. Untuk menyelamatkan nyawa.
3. Mengurangkan kesakitan / memberi kelegaan.
2
3. Cara mendapat bantuan ambulans
1. Dail 999 .
2. Perkenalkan diri, alamat tempat kejadian dan jenis kemalangan.
Cara-cara Mudah Membawa Pesakit
1. Usungan menopang.
2. Usungan menarik.
3. Usungan menggendong di belakang.
4. Usungan mendukung
5. Usungan kerusi
6. Usungan empat tangan
3
5. Luka-luka Dan Pendarahan
Definisi Luka
Belah (cedera, lecet, pecah) pada kulit disebabkan terkena pisau atau benda tajam.
Terpotong, tercalar dan terbakar digolongkan dalam luka.
Jenis Jenis Luka
Luka Terbuka
-
Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
-
Kecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat
pendarahan yang keluar ke kulit.
5
6. Luka Tertutup
- Kecederaan pada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar.
- Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.
6
7. Luka Terhiris
Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca.
Luka jenis ini menyebabkan darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong.
Luka Terkoyak
Disebabkan kulit terkoyak akibat cakaran atau kawat duri
Aliran darah kurang berbanding luka terbelah
7
8. Saluran pembuluh yang terkoyak lebih cepat bercantum
Luka ini boleh meyebabkan jangkitan kuman daripada punca luka
Luka Tusukan
Disebabkan kulit ditusuk benda tajam
Mengakibatkan luka dalaman yang serius
Mudah terdedah kepada jangkitan kuman
8
9. Luka Tertutup
Luka yang berlaku dalam badan atau di bawah kulit
Tidak berlaku pendarahan luaran
Kelihatan tanda luaran seperti lebam atau darah yang terkumpul di bawah kulit
Tanda Jangkitan Kuman
1. Suhu di tempat cedera panas dan berwarna kemerahan
2. Rasa sakit di keliling luka
3. Terdapat jalur merah dari luka
4. Bengkak dan demam atau menggigil
9
10. Rawatan luka
Semasa merawat luka pastikan sarung tangan dipakai.
Balut luka dengan menggunakan kain yang bersih.
Rawatan Luka Kecil
Pastikan tangan anda bersih sebelum merawat
Cuci luka untuk mengelakkan jangkitan
Keringkan luka dengan kapas
Sapu luka dengan iodin
Balut luka dengan pembalut
10
11. Rawatan Luka Parah
1. Periksa luka untuk pastikan tiada objek terbenam
2. Angkat anggota pesakit yang cedera di atas paras jantung untuk menghentikan pendarahan
3. Cuci luka
4. Tutup luka dengan kain gauze
5. Balut luka untuk mengelakkan jangkitan
6. Hantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut
Bebat, Balut Dan Anduh
Anduh Tiga Segi
Kain berukuran 1 meter persegi dipotong mengikut pepenjurunya untuk mendapatkan dua helai anduh tiga segi.
Kain anduh tiga segi boleh digunakan dalam pelbagai cara.
-Digunakan untuk menyokong lengan yang cedera
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas bahagian kecederaan yang besar,
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas luka yang kecil.
-Digunakan sebagai pelapik untuk mengawal pendarahan.
11
12. Balutan
Balutan ialah kain yang digunakan untuk mengemas pembebatan pada luka, memberi tekanan pada luka
supaya menahan pendarahan.
12
14. Pitam
Definisi pitam
Hilang tahap kesedaran diri seketika kerana bekalan darah ke otak tidak mencukupi.
Tanda-tanda pitam
1. Mangsa kelihatan pucat
2. Nafas pendek dan cepat (nadi cepat)
3. Gelap mata, berpeluh sejuk dan melekit
4. Pening-pening dan rasa berpusing
5. Loya dan muntah-muntah
6. Jatuh dan pitam
14
15. Apa yang harus dilakukan
1.Baringkan pesakit
2. Tinggikan kaki pesakit
3. Longgarkan pakaian yang ketat
4. Berikan pengudaraan / kipas mangsa
5. Tentukan tahap kesedaran mangsa
Pastikan
tahap kesedaran mangsa
1. Tidak bernafas
Beri bantuan pemulihan pernafasan
2. Bernafas
Letakan mangsa dalam kedudukan pemulihan
3. Tiada denyutan nadi
Beri bantuan CPR
15
16. Bantuan pernafasan
1. Pastikan saluran udara mangsa terbuka
2. Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa dan dua jari di bawah dagu
3. Kemudian dongakkan kepala mangsa
angkat dagu dongak kepala
4. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk
5. Pastikan hidung mangsa tertutup rapat bagi menghalang udara keluar
16
17. 6. Buka mulut mangsa
7. Tarik nafas dan rapatkan bibir pada mulut mangsa
8. Hembus dua kali ke dalam mulut mangsa sehingga dadanya naik
9. Pastikan kepala dan dagu mangsa didongakkan ke atas
10. Ulang sehingga mangsa sedar
Hembus udara ke dalam mulut mangsa
11. Lihat, dengar dan rasa jika ada tanda- tanda pergerakan mangsa
12.Jika tiada pergerakan, dail ambulans untuk menghantar mangsa ke hospital.
Lihat dengar rasa
17
18. Kedudukan pemulihan
1. Melutut berdekatan mangsa
2. Alihkan kepala mangsa ke arah kamu dengan mendongaknya ke belakang.
3. Halakan dagu ke atas supaya mangsa dapat bernafas dengan baik.
4. Letakkan sebelah tangan mangsa di bawah punggungnya dan lengan yang sebelah lagi di atas dada sebelum
memusingkan badan mangsa.
Periksa keadaan mangsa
5. Angkat kaki mangsa yang jauh ke atas kaki yang hampir dengan kamu
6. Bengkokkan kaki yang di atas
supaya lutut mangsa berada 90 darjah pada pinggul
7. Sepanjang pergerakan ini, pastikan saluran udara tidak terhalang
18
19. Kedudukan pemulihan
8. Angkat tangan mangsa yang berhampiran dengan lutut kamu ke arah muka.
9. Betulkan kedudukan dagu supaya laluan udara tidak terhalang.
10. Duduk dengan mangsa dan periksa pernafasan serta nadi
11. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan
Teknik kedudukan pemulihan
19
21. Patah tulang
Tulang yang retak atau pecah di sebut patah. Apabila kita merasa ragu, kecederaan itu mestilah diberi bantuan
sepertimana bantuan kecemasan rawatan untuk patah.
Punca-punca Patah
1. Hentakan yang tepat dan kuat boleh menyebabkan tempat yang menerima hentakan itu patah.
2. Hentakan sipi juga boleh menyebabkan kepatahan contohnya jatuh.
Jenis-jenis Patah
1. Patah tertutup : tulang patah di dalam, kulit tidak cedera.
2. Patah terbuka : tulang yang patah akan menonjol keluar di permukaan kulit.
3. Patah rebung : sebahagian dari tulang itu patah. Ini berlaku apabila tulang kanak-kanak yang mudah dan baru
membesar itu cedera tetapi tidak patah langsung. Ia mungkin terbengkok seperti ranting muda.
4. Patah melarat : patah tulang yang mengakibatkan organ sekelilingnya rosak, seperti paru-paru yang rosak
disebabkan patah tulang rusuk.
21
22. Tanda-tanda patah
1. Sakit di tempat yang patah atau berhampiran dengannya.
2. Bengkak dan lebam.
3. Tidak boleh mengerakkan bahagian anggota yang cedera.
4. Perubahan bentuk jika dibandingkan antara anggota yang cedera dengan anggota yang tidak cedera.
5. Terdapat tanda-tanda renjatan
Cara-cara merawat
1. Ampu atau sokong bahagian yang cedera supaya ia tidak bergerak.
2. Tutup bahagian yang luka dengan kain bebat suci hama.
3. Sokong anggota yang cedera supaya ia selesa.
4. Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
5. Menyokong bahagian yang patah
22
23. Gigitan dan sengatan
Kecederaan yang disebabkan oleh gigitan atau sengatan serangga atau haiwan yang berbisa seperti lebah, tebuan,
ular, ikan dan sebagainya.
Cara-cara merawat
Baringkan mangsa dan tenangkannya.
Beritahu mangsa supaya tidak menggerakkan bahagian badan yang kena gigitan untuk mengelakkan racun
daripada merebak.
Jangan hisap bisa ular, sebaliknya ikat bahagian atas daripada tempat yang terkena gigitan supaya bisa tidak
merebak ke jantung.
Hantar mangsa ke hospital dengan segera.
23
25. Sengatan lebah dan tebuan
1. Cabut sengat itu dengan berhati-hati menggunakan penyepit, pin atau jarum yang telah dibasmi kuman.
2. Gunakan air sabun untuk membasuh dan buat tuaman / demahan sejuk.
3. Jika bilangan serangga yang menyengat banyak, hantar mangsa ke hospital dengan segera.
Obor-obor
1. Bawa mangsa ke pantai
2. Tanggalkan kesan-kesan obor-obor dengan pasir dan air.
3. Jika mangsa sukar bernafas, dapatkan bantuan hospital.
Peti pertolongan cemas
Isi kandungan.
Calamine lotion ( ubat alahan gatal)
Povidone iodine (cecair antiseptik)
- Pembasmi kuman
T-Eusol lotion (ubat cuci)
Acriflavine (ubat luka)
Plaster pembalut luka
Kain Ghauze (kain kasa)
25
29. Bantuan CPR
1. Baringkan mangsa ditempat selamat
2. Gunakan jari tengah dan jari telunjuk untuk mencari tulang rusuk paling bawah pada tubuh mangsa.
3. Letakkan jari tengah pada titik pertemuan di antara tulang dada dan jari telunjuk pada tulang dada mangsa.
29
30. 4.
Letakkan tapak tangan yang sebelah lagi pada tulang dada mangsa dan sorongkan ke bawah sehingga
bertemu
jari telunjuk.
5.Tekan pada titik tersebut
6 .Tekan menggunakan pangkal tapak tangan sambil menaikkan jejari ke atas
30
31. 7. Melutut di sisi mangsa
8. Luruskan tangan dan tekan tulang dada secara menegak.
9. Tekan dada sebanyak 5 kali
10. Beri bantuan pernafasan
31