1. Bagi Sunat Ha'aat meninggalkannya tidak memerlukan sujud sahwi. Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry
(1/200) bahawa Sunat Ha'aat ialah semua perbuatan atau perkataan yang bukan Rukun dan bukan
惡 惺 惷惡 愕 悋 惶 悋悸 悖惘 惡 惡 惘 愕 惡
Sunat Ab'aadh (
.) 悧悸 悖惡 惺惡 惷惡Disini disenaraikan diantara beberapa bentuk sunat Ha'aat dari buku
Fiqh Al-Islami (1/683) :-
1. Mengangkat kedua tangan semasa Takbir Al-Ihram
2. Melafazkan Takbir selepas Imam mengucapnya
3. Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri
4. Melihat kearah tempat sujud
5. Doa Istiftah atau Iftitah
6. Memohon perlindungan Allah dari syaitan (Al-Isti'azah)
7. Membaca 'Amin' selepas Imam membaca Al-Fatihah
8. Menjarakkan kedua-dua tapak kaki, Syafie :- satu jengkal, Hanafi :- jarak 4 jari
9. Membaca surah selepas Al-Fatihah
10. Takbir semasa Ruku', sujud dan bangun darinya, dan semasa qiam.
11. Tasmii' dan Tahmiid :- Sami'Allah dan Rabbana lakal hamdu.
12. Meletakan kedua lutut, kemudian kedua-dua tangan, kemudian wajah ketika sujud
13. Doa antara 2 sujud
14. Duduk Istiraahah
15. Do'a selepas selawat keatas Nabi di Tashahud Akhir
16. Khusyuk semasa membaca zikir-zikir solat
Status sunat Ha'aat ini pada Imam mazhab masih sunat hukumnya. Ia tidak membatalkan solat.
Tetapi bila dinilai bahawa Solat mendekatkan diri seseorang kepada Allah swt, maka janganlah kita
mengambil ringan akan perkara berikut, lebih-lebih lagi meninggalkan sunat-sunat Ha'aat didalam
Solat Fardu.Sunat-Sunat ini yang akan membentuk kesempurnaan dan kekhusyukan solat, kerana
apabila seseorang itu bersolat, ia sebenarnya bermunajaat kepada Allah swt sebagaimana Hadith
Nabi saw:
2. Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Fiqh Al-Islami, 679), bahawa sunat-sunat Solat ini jika sengaja
ditinggalkan pun tidak membatalkan solat. Sunat Solat menurut Mazhab Syafie terbahagi kepada 2 :
iaitu - Ab'aadh ( )悖惡 惺悋惷dan Hai'aat (.) 悧悋惠
Sunat Ab'aadh ialah apabila meninggalkannya diganti dengan sujud sahwi dan terdapat 8 perkara :-
Membaca Tashahud Awal, duduknya, selawat keatas Nabi selepasnya, selawat keatas kaum keluarga
Muhammad pada Tashahud Akhir, Qunut didalam Solat Subuh dan Solat Witir pada pertengahan
Ramadhan, Berdiri untuk Qunut, Selawat keatas Nabi didalam Qunut, dan selawat keatas kaum
keluarga Nabi selepas Qunut. (Fiqh Islami, 680).
Jenis-jenis sunat abadh:
1) Tasyahhud awal.
2) Duduk ketika tasyahhud awal.
3) Selawat dalam keadaan duduk pada tasyahhud awal.
4) Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. dalam keadaan duduk.
5) Qunut.
6) Berdiri ketika membaca qunut.
7) Salam ke atas Nabi s.a.w. dalam qunut.
8) Berdiri ketika membaca salam ke atas Nabi s.a.w. dalam qunut.
9) Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. ketika qunut.
10) Selawat ke atas sahabat Nabi s.a.w. ketika qunut.
3. Perkara sunat yang dituntut dan diberi pahala apabila melakukannya. Jika tertinggal,
solatnya tidak batal. Perkara haiat ialah :
1. Mengangkat tangan ke telinga ketika takbiratul ihram dalam keadaan tapak tangan
mengadap Qiblat dan ibu jari bertentangan dengan cuping telinga.
2. Meletakkan tapak tangan kanan di atas tangan kiri
3. Membaca doa iftitah.
4. Membaca ta'awwuz ( ) sebelum membaca al-Fatihah
5. Diam sebentar sebentar sebelum dan selepas membaca al-Fatihah
6. Membaca "amin" ( )悋selepas membaca al-Fatihah
7. Membaca mana-mana ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
8. Mengucap takbir ketika hendak rukuk.
9. Membaca ketika berdiri selepas rukuk
10. Membaca tasbih ketika rukuk
11. Membaca tasbih ketika sujud
12. Membaca doa ketika duduk antara dua sujud
13. Berpaling muka kanan ketika memberi salam pertama dan ke kiri ketika memberi
salam ke dua.