ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
________________________________________________________________________________
Rujukan: ___________
Tarikh: __ Januari 2012
Kepada Semua Ibu Bapa/ Penjaga
Murid Tahun 1 dan 2
Tuan/ Puan,
MAKLUMAN TENTANG PELAKSANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Dengan hormtanya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi UPSR melalui Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2011. Pada tahun 2012, pelaksanaan PBS akan melibatkan
murid Tahun 1 dan Tahun 2.
3.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, dikendalikan oleh
pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).
4.

Komponen PBS terdiri daripada:
Pentaksiran Sekolah
(Bermula dari Tahun 1 hingga 6)

AKADEMIK

Pentaksiran Pusat
(Bermula dari Tahun 4 hingga 6)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum

(Bermula dari Tahun 4 hingga 6)
BUKAN
AKADEMIK

Pentaksiran Psikometrik

(Bermula dari Tahun 1 hingga 6)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,
diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru yang
melibatkan semua mata pelajaran.
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod
dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang
ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat
sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan
melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan
kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat
sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,
sikap dan personaliti murid.
5.
Dengan pelaksanaan PBS maka tidak ada lagi laporan pencapaian atau kemajuan prestasi
murid dalam bentuk markah, gred dan ranking (kedudukan dalam kelas). Sebaliknya melalui
Pentaksiran Sekolah pelaporan prestasi adalah merujuk kepada Standard Prestasi berasaskan
band yang akan menyatakan apa yang murid tahu, faham dan boleh buat. Berikut adalah kerangka
Standard Prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah:
BAN
D
6
5
4
3
2
1

STANDARD
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Tahu, Faham dan Boleh Buat
Tahu dan Faham
Tahu

6.
Sehubungan dengan itu, kehadiran murid ke sekolah amat penting agar proses pentaksiran
ini dapat dijalankan dengan lancar semasa pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan
kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum akan dapat
memberi nilai tambah dalam pencapaian prestasi murid.
7.
Kerjasama dan komitmen Tuan/ Puan amatlah diharapkan bagi membantu pihak sekolah
menjayakan PBS dengan sentiasa memberi dorongan dan memantau kehadiran dan
perkembangan pelajaran anak Tuan/ Puan.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

_________________________
(
)
Guru Besar
SK/SJK(C)/SJK(T)________________________
s.k. Fail

More Related Content

Surat m

  • 1. ________________________________________________________________________________ Rujukan: ___________ Tarikh: __ Januari 2012 Kepada Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 1 dan 2 Tuan/ Puan, MAKLUMAN TENTANG PELAKSANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Dengan hormtanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi UPSR melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2011. Pada tahun 2012, pelaksanaan PBS akan melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2. 3. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 4. Komponen PBS terdiri daripada: Pentaksiran Sekolah (Bermula dari Tahun 1 hingga 6) AKADEMIK Pentaksiran Pusat (Bermula dari Tahun 4 hingga 6) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (Bermula dari Tahun 4 hingga 6) BUKAN AKADEMIK Pentaksiran Psikometrik (Bermula dari Tahun 1 hingga 6) Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru yang melibatkan semua mata pelajaran. Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum. Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
  • 2. 5. Dengan pelaksanaan PBS maka tidak ada lagi laporan pencapaian atau kemajuan prestasi murid dalam bentuk markah, gred dan ranking (kedudukan dalam kelas). Sebaliknya melalui Pentaksiran Sekolah pelaporan prestasi adalah merujuk kepada Standard Prestasi berasaskan band yang akan menyatakan apa yang murid tahu, faham dan boleh buat. Berikut adalah kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah: BAN D 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu 6. Sehubungan dengan itu, kehadiran murid ke sekolah amat penting agar proses pentaksiran ini dapat dijalankan dengan lancar semasa pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum akan dapat memberi nilai tambah dalam pencapaian prestasi murid. 7. Kerjasama dan komitmen Tuan/ Puan amatlah diharapkan bagi membantu pihak sekolah menjayakan PBS dengan sentiasa memberi dorongan dan memantau kehadiran dan perkembangan pelajaran anak Tuan/ Puan. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, _________________________ ( ) Guru Besar SK/SJK(C)/SJK(T)________________________ s.k. Fail