Dokumen ini berisi latihan soalan dan jawapan berdasarkan Syair Bidasari. Terdapat 8 soalan yang diajukan beserta jawaban singkat. Soalan-soalan tersebut mengenai ciri-ciri pemimpin yang baik, hikmah kejadian buruk, kebaikan bermuafakat, mengapa pemimpin menjadi teladan, bagaimana raja mempertahankan takhta, mengapa ketua perlu memiliki keistimewaan, bantuan untuk negara yang dilanda bencana, dan k
Convert to study materialsBETA
Transform any presentation into ready-made study material—select from outputs like summaries, definitions, and practice questions.
1 of 10
Download to read offline
More Related Content
SYAIR BIDASARI KBAT
1. CIKGU SHAMSUL BIN PONIJAN
SMK SEG HWA (CF)
SEGAMAT, JOHOR.
SYAIR BIDASARI
LATIHAN KBAT
3. SYAIR BIDASARI
1. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang
baik?
Pada pendapat saya, pemimpin yang baik miliki
kekuatan mental untuk mentadbir, bersifat amanah, adil,
bertanggungjawab, tegas, berakhlak mulia, berintegriti
dan berusaha menunaikan janji..
SOALAN
JAWAPAN
4. SYAIR BIDASARI
2. Pada pendapat anda, apakah hikmah disebalik kejadian
buruk yang menimpa?
Pada pendapat saya, hikmah disebalik kejadian
buruk ialah kita menyedari akan kekuasaan tuhan. Selain
itu supaya kita menilai kekurangan dan kelemahan diri
sendiri dan akhir sekali supaya kita insaf dan tidak
bersikap sombong serta ego.
SOALAN
JAWAPAN
5. SYAIR BIDASARI
3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh
daripada kebaikan bermuafakat?
Pada pendapat saya, kebaikan bermuafakat ialah
dapat menyelesaikan sesuatu masalah bersama-sama
dan mempererat hubungan silaturahim. Selain itu dapat
memperkukuhkan perpaduan antara kaum dan yang
paling penting dapat meringan dan memudahkan
sesuatu urusan.
SOALAN
JAWAPAN
6. SYAIR BIDASARI
4. Pada pendapat anda, mengapakah seorang pemimpin
sentiasa menjadi contoh kepada orang lain?
Pada pendapat saya, pemimpin sentiasa menjadi
contoh kerana dapat diikuti oleh orang bawahannya.
Selain itu mendorong pekerja bawahan menjalankan
tugas dengan penuh bertanggungjawab dan bagi
mengelakkan orang bawahan bersikap culas dan tidak
berintegriti.
SOALAN
JAWAPAN
7. SYAIR BIDASARI
5. Pada pendapat anda, bagaimanakan seseorang raja
dapat mengekalkan kedudukannya di sesebuah negara?
Pada pendapat saya, seorang raja dapat terus
kekal sebagai raja sekiranya baginda bijak mengambil
hati rakyat, mengutamakan keselamatan dan
kesejahteraan rakyat dan memerintah dengan adil dan
saksama.
SOALAN
JAWAPAN
8. SYAIR BIDASARI
6. Pada pendapat anda, mengapakah seorang ketua perlu
memiliki kehebatan atau keistimewaan?
Pada pendapat saya, seorang ketua perlu memiliki
keistimewan supaya dihormati oleh orang lain,
memudahkan urusan pentadbiran dan dapat
mengumpulkan pengaruh.
SOALAN
JAWAPAN
9. SYAIR BIDASARI
7. Pada pendapat anda, apakah bantuan yang patut
diberikan kepada negara yang dilanda bencana?
Pada pendapat saya, bantuan yang patut diberikan
kepada negara yang dilanda bencana ialah bantuan
kewangan. Selain itu menghantar pasukan penyelamat
dan perubatan. Kita juga boleh menghulurkan bantuan
uba-ubatan, makanan dan pakaian.
SOALAN
JAWAPAN
10. SYAIR BIDASARI
8. Dalam rangkap keenam dinyatakan bahawa Negeri
Kembayat telah musnah diserang geroda.
Pada pendapat anda apakah kesan daripada serangan itu?
Pada pendapat saya, akibat serangan geroda
negeri itu kucar-kacir, semua harta benda musnah,
tanaman rakyat juga rosak. Selain itu terdapat juga rakyat
yang kehilangan nyawa dan cedera parah.
SOALAN
JAWAPAN