Syair ini menceritakan tentang seorang raja yang memerintah negeri Kembayat dengan adil dan bijak. Akan tetapi, suatu hari datanglah seekor burung geroda raksasa yang menyerang negeri tersebut dan menyebabkan kehancuran. Rakyat menjadi panik dan melarikan diri. Sang raja pun bingung dengan kegaduhan yang terjadi.
1 of 10
Download to read offline
More Related Content
Syair bidasari maksud
1. CIKGU SHAMSUL BIN PONIJAN
SMK SEG HWA (CF)
SEGAMAT, JOHOR.
SYAIR BIDASARI :
MAKSUD SYAIR
3. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
MAKSUD Syair ini tentang seorang raja yang
memerintah Negeri Kembayat. Cerita ini
ditulis oleh seorang rakyat yang miskin
supaya dapat dijadikan pengajaran.
Fakir = miskin
riwayat = kisah
tamsil = pengajaran
hikayat = cerita
4. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
MAKSUD Raja yang menjadi pemerintah di negeri ini
ialah seorang yang tangkas, cekap dan
bijak. Beliau juga seorang raja yang mulia
dan bersikap adil kepada semua orang.
ngadil = adil
akas = tangkas
bahari = elok / baik
bestari = bijak
5. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
MAKSUD Semua orang kagum akan kemakmuran
negeri tersebut kerana hebat dan tidak
mengalami masalah. Namun, tiada sesiapa
yang tahu pada masa hadapan.
6. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
MAKSUD Sultan yang bijaksana bertambah berseri
apabila menempuh alam perkahwinan.
Selang beberapa bulan, permaisuri pun
hamil.
hamil = mengandung
7. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
MAKSUD Setelah beberapa tahun memerintah
dengan aman dan bahagia, datang dugaan
melanda sehingga baginda terpaksa
meninggalkan negeri.
8. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa..
MAKSUD Pada suatu hari muncul dari langit seekor
burung geroda yang amat besar dan kuat.
Burung tersebut memusnahkan negeri
menjadi rosak binasa.
unggas = burung
9. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
MAKSUD Geroda melakukan serangan dengan suara
yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat
dalam keadaan huru-hara. Mereka
melarikan diri ke tempat lain untuk
menyelamatkan diri.
bahana = bunyi kuat
gundah gulana = sedih
10. SYAIR BIDASARI
RANGKAP 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
MAKSUD Baginda sedang mengadakan
perbincangan, terkejut mendengar bunyi
bising seperti sedang berlaku peperangan.
Baginda dengan garang bertanya apakah
yang sedang terjadi.
gempar = riuh rendah