際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
SYAIR
DAN
GURINDAM
Syair dan- gurindam
ASAL USUL SYAIR
 Syair dikatakan diambil daripada perkataan
shir yang bermaksud puisi atau sajak dalam
bahasa Arab
 Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi
 Dalam konteks masyarakat Melayu,syair
bukanlah puisi atau sajak kerana ianya
mempunyai unsur yang tersendiri
 Merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu
 Berkemungkinan berasal daripada puisi
Melayu- Indonesia yang asli
 Syair Melayu dicipta oleh Hamzah Fansuri
beracuankan puisi Arab- Parsi - Syed Naquib
al-Attas
APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI
SYAIR?
 merupakan sejenis puisi berlagu
 berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke
Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.
 diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu
Klasik
 A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan
puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi
namanya telah ditukar
 telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka
 kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan
tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh
 Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal
daripada perkataan "syir" yang membawa
maksud perasaan serta pengenalan dengan
pancaindera yang selalunya membangkitkan
pelbagai perasaan dan pengalaman serta
mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
 Syair disampaikan dalam bentuk rangkap
 Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang
khusus
 dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu
lama.
 Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita
dan pengajaran dan digunakan juga dalam
kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.
CIRI-CIRI SYAIR
 terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi
sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2
atau 3 rangkap).
 syair tidak mempunyai pembayang maksud
(berbeza dengan pantun).
 Tergolong dalam jenis puisi kata (word verse)
 bilangan perkataan dalam setiap baris adalah
sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam
satu baris.
 Memakai skema rima a-a-a-a, rima akhir tidak
rima dalaman
 Dalam suatu baris ,terdapat suatu hentian
(pause) kerana itu adanya kolon sepertimana
dalam sebaris pantun
 setiap baris dalam syair mempunyai makna
yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.
 Seluruh empat baris merupakan satu kesatuan
idea; ertinya tidak terbahagi dua kepada
sampiran dan mkasud sepertimana seuntai
pantun
 Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkaprangkap lain untuk membina suatu idea yang
lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya.
 Syair perlu dilagukan untuk membentuk
nyanyian
 syair mengungkapkan pengajaran dan
pemberitaan
 maka lagu memberikan ciri, rasa, dinamika,
asal-usul, dan kebersamaan
CONTOH- CONTOH KARYA SYAIR
 Syair Bidasari
Sebuah syair romantis yang mengisahkan tentang
Bidasari yang rupawan menjadi mangsa cemburu
Permaisuri Indrapura.
 Syair surat al-qiyamah
Disalin pada tahun 1306H. [1888M.]
Sebuah syair berbentuk keagamaan yang
menceritakan tentang keadaan hari kiamat, nikmat
di syurga dan seksa di neraka.
 Syair Siti Zubaidah
Sebuah syair bercorak romantis yang mengisahkan
tentang kesetiaan, ketabahan dan keberanian
seorang wanita bernama Siti Zubaidah yang telah
berusaha sedaya upaya untuk menjejaki dan
membebaskan suaminya yang di dalam tawanan.
 Syair Sultan Abdul Muluk
Disalin oleh Morset Subinder Malun Rabflis di
Kampung Lebach (?), Kolombo, [Sri Lanka]. Kitab
asal ditulis oleh Raja Ali Haji. Menceritakan
bagaimana Sultan Abdul Muluk yang ditawan oleh
Sultan Hindustan diselamatkan oleh isterinya, Siti
Rafiah
 Syair Pertuanan Alif
Disalin oleh Muhammad Yusuf pada hari Jumaat,
bulan Rabiulakhir. Sebuah syair berbentuk
keagamaan yang antara lainnya membicarakan
mengenai makrifat Islam
 Syair Burung Merpati
Sebuah syair yang menerangkan mengenai ilmu
tauhid, merangkumi rukun iman dan amalanamalan yang perlu dilakukan. Penerangan
dilakukan melalui perbualan pelbagai jenis
burung.
CONTOH SYAIR
Syair dan- gurindam
DEFINISI GURINDAM
 Puisi lama yang terdiri daripada dua
baris ayat atau kalimat.
 Dalam baris pertama tersimpul fikiran
yang berupa soalan.
 Dalam baris kedua pula termuat
jawapan atau ketegasan bagi baris
pertama tadi.
 Tiap-tiap baris terpancar suatu fikiran
yang lengkap
DEFINISI ;

MENURUT ZABA 1962,ILMU MENGARANG MELAYU.

Perkataan gurindam itu daripada
bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil.
Ertinya biasa difahamkan
rangkap yang telah menjadi bidalan atau
sebutan biasa pada orang ramai, ataupun,
sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan
berpadanan dengan tempatnya.
KESIMPULAN DEFINISI
Gurindam terdiri daripada dua baris ayat
yang rima akhirnya sama. Dalam kedua-dua
baris ayat itu tersimpul satu fikiran lengkap
berupa nasihat.
 Istilah gurindam sebagai istilah teknis :
 puisi dimulakan oleh Raja Ali Haji.
karyanya Gurindam Dua Belas,1846.
BEZA SYAIR & GURINDAM
MENURUT RAJA ALI HAJI :

Adalah beza antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan
pula: bermula erti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang
serupa dua berpasang pada akhirnya dan tiada berkehendak
pada sempurna perkataan pada satu-satu pasangannya,
bersalahan dengan gurindam. Adapun erti gurindam itu perkataan
yang bersajak juga pada akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Jadilah seperti
sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi
seperti jawab.
Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam :
Bermula inilah rupanya syair :
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah-gulana
Barangkali gurindam tiada kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini :
Persimpangan yang indah-indah
Iaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang teratur
CIRI-CIRI GURINDAM
1. Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris
dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau
maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap
berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai syarat dan baris kedua dikenali sebagai
jawab. Baris pertama syarat menyatakan sesuatu fikiran atau
peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau
menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama
tadi.
c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
CIRI-CIRI GURINDAM
MENURUT ZABA (1962).

 Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya
membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkan
ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa
dan menyuka-nyukakn hati.
 Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam
dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu
seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna
yang cantik.
 Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka
dan terkadang perasaan bermain-main dan jenaka.
 Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti
syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan
pembayang maksud.
 Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun
semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah
bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut
orang ramai.
JENIS GURINDAM




Gurindam mengandungi dua baris ayat atau
lebih bagi serangkap.
Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran
dan nasihat.
Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis:
i. Gurindam serangkap dua baris
ii. Gurindam serangkap empat baris
iii. Gurindam bebas
i.

Gurindam serangkap dua baris

 Berbentuk asli
 Baris pertama menjadi buah fikiran kepada
buah fikiran seterusnya dalam baris kedua.
 Nasihat yang baik dan indah terbentuk
daripada irama akhir sama.
 Contoh gurindam serangkap dua baris:
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
ii.





Gurindam serangkap empat baris

Empat baris kalimat atau ayat
Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak tetap.
Rima akhir seperti puisi pantun abab
Isinya tentang nasihat
 Contoh gurindam serangkap empat baris:
Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.
Jangan takut dan gentar,
Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
iii. Gurindam bebas
 Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad
 Persamaan rima akhir tidak dipentingkan
 Isinya tetap mempunyai nasihat
 Contoh gurindam bebas:
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
CONTOH GURINDAM

More Related Content

Syair dan- gurindam

  • 3. ASAL USUL SYAIR Syair dikatakan diambil daripada perkataan shir yang bermaksud puisi atau sajak dalam bahasa Arab Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi Dalam konteks masyarakat Melayu,syair bukanlah puisi atau sajak kerana ianya mempunyai unsur yang tersendiri Merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu
  • 4. Berkemungkinan berasal daripada puisi Melayu- Indonesia yang asli Syair Melayu dicipta oleh Hamzah Fansuri beracuankan puisi Arab- Parsi - Syed Naquib al-Attas
  • 5. APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI SYAIR? merupakan sejenis puisi berlagu berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar
  • 6. telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
  • 7. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.
  • 8. CIRI-CIRI SYAIR terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun). Tergolong dalam jenis puisi kata (word verse) bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
  • 9. Memakai skema rima a-a-a-a, rima akhir tidak rima dalaman Dalam suatu baris ,terdapat suatu hentian (pause) kerana itu adanya kolon sepertimana dalam sebaris pantun setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Seluruh empat baris merupakan satu kesatuan idea; ertinya tidak terbahagi dua kepada sampiran dan mkasud sepertimana seuntai pantun
  • 10. Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkaprangkap lain untuk membina suatu idea yang lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya. Syair perlu dilagukan untuk membentuk nyanyian syair mengungkapkan pengajaran dan pemberitaan maka lagu memberikan ciri, rasa, dinamika, asal-usul, dan kebersamaan
  • 11. CONTOH- CONTOH KARYA SYAIR Syair Bidasari Sebuah syair romantis yang mengisahkan tentang Bidasari yang rupawan menjadi mangsa cemburu Permaisuri Indrapura. Syair surat al-qiyamah Disalin pada tahun 1306H. [1888M.] Sebuah syair berbentuk keagamaan yang menceritakan tentang keadaan hari kiamat, nikmat di syurga dan seksa di neraka.
  • 12. Syair Siti Zubaidah Sebuah syair bercorak romantis yang mengisahkan tentang kesetiaan, ketabahan dan keberanian seorang wanita bernama Siti Zubaidah yang telah berusaha sedaya upaya untuk menjejaki dan membebaskan suaminya yang di dalam tawanan. Syair Sultan Abdul Muluk Disalin oleh Morset Subinder Malun Rabflis di Kampung Lebach (?), Kolombo, [Sri Lanka]. Kitab asal ditulis oleh Raja Ali Haji. Menceritakan bagaimana Sultan Abdul Muluk yang ditawan oleh Sultan Hindustan diselamatkan oleh isterinya, Siti Rafiah
  • 13. Syair Pertuanan Alif Disalin oleh Muhammad Yusuf pada hari Jumaat, bulan Rabiulakhir. Sebuah syair berbentuk keagamaan yang antara lainnya membicarakan mengenai makrifat Islam Syair Burung Merpati Sebuah syair yang menerangkan mengenai ilmu tauhid, merangkumi rukun iman dan amalanamalan yang perlu dilakukan. Penerangan dilakukan melalui perbualan pelbagai jenis burung.
  • 16. DEFINISI GURINDAM Puisi lama yang terdiri daripada dua baris ayat atau kalimat. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. Dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Tiap-tiap baris terpancar suatu fikiran yang lengkap
  • 17. DEFINISI ; MENURUT ZABA 1962,ILMU MENGARANG MELAYU. Perkataan gurindam itu daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa difahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai, ataupun, sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya.
  • 18. KESIMPULAN DEFINISI Gurindam terdiri daripada dua baris ayat yang rima akhirnya sama. Dalam kedua-dua baris ayat itu tersimpul satu fikiran lengkap berupa nasihat. Istilah gurindam sebagai istilah teknis : puisi dimulakan oleh Raja Ali Haji. karyanya Gurindam Dua Belas,1846.
  • 19. BEZA SYAIR & GURINDAM MENURUT RAJA ALI HAJI : Adalah beza antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan pula: bermula erti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang serupa dua berpasang pada akhirnya dan tiada berkehendak pada sempurna perkataan pada satu-satu pasangannya, bersalahan dengan gurindam. Adapun erti gurindam itu perkataan yang bersajak juga pada akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.
  • 20. Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam : Bermula inilah rupanya syair : Dengarkan tuan suatu rencana Mengarang di dalam gundah-gulana Barangkali gurindam tiada kena Tuan betulkan dengan sempurna Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini : Persimpangan yang indah-indah Iaitu ilmu yang memberi faedah Aku hendak bertutur Akan gurindam yang teratur
  • 21. CIRI-CIRI GURINDAM 1. Ciri-ciri bentuk Gurindam a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Baris pertama dikenali sebagai syarat dan baris kedua dikenali sebagai jawab. Baris pertama syarat menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap. e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
  • 22. CIRI-CIRI GURINDAM MENURUT ZABA (1962). Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya membawa imbas-imbas nyanyi, serta menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-nyukakn hati. Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik. Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka dan terkadang perasaan bermain-main dan jenaka.
  • 23. Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan pembayang maksud. Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai.
  • 24. JENIS GURINDAM Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi serangkap. Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat. Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis: i. Gurindam serangkap dua baris ii. Gurindam serangkap empat baris iii. Gurindam bebas
  • 25. i. Gurindam serangkap dua baris Berbentuk asli Baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah fikiran seterusnya dalam baris kedua. Nasihat yang baik dan indah terbentuk daripada irama akhir sama.
  • 26. Contoh gurindam serangkap dua baris: Apabila banyak berkata-kata, Di situlah jalan masuk dusta. Apabila mendengar akan khabar, Menerimanya itu hendaklah sabar.
  • 27. ii. Gurindam serangkap empat baris Empat baris kalimat atau ayat Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak tetap. Rima akhir seperti puisi pantun abab Isinya tentang nasihat
  • 28. Contoh gurindam serangkap empat baris: Tiada siapa yang besar, Tiada siapa yang tinggi, Tetap sama sedasar, Tidaklah berbeza lagi. Jangan takut dan gentar, Mati hanya sekali, Jangan bertukar berkisar, Tetap di lapangan mengendali.
  • 29. iii. Gurindam bebas Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad Persamaan rima akhir tidak dipentingkan Isinya tetap mempunyai nasihat
  • 30. Contoh gurindam bebas: Pangkalnya sama dipupuk, Pucuknya sama digentis, Buahnya sama ditarik, Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni, Ke laut sama direnangkan.