2. -Beliau adalah Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn
al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin
al-Razi.Keturunannya kepada Abu Bakar As-
Siddiq(r.a).Gelarannya adalah Fakhruddin Ar-Razi atau
ibnu Khatib ar-Ray.
-Beliau lahir dibandar Raiy,Iran (di negeri Ajam ) sebuah
daerah berdekatan dengan Tehran pada tahun 544H.
Bapanya merupakan seorang khatib di Raiy dan ulama
besar di Bandar tersebut serta mempunyai kedudukan
yang tinggi.
3. Pendidikan
- Imam Fakhruddin ar-Razi mempelajari ilmu dari ayahnya, Al-
Imam Dhiya ad-Din Khatib ar-Ray sahabat Imam Bughawi
oleh sebab itu,Imam Fakhruddin ar-Razi di gelar sebagai ibnu
Khatib ar-Ray, di nisbah kepada nama ayahnnya.Selepas
itu,beliau belajar dengan sebagian ulama di kota ar-
Ray,antaranya beliau mempelajari ilmu Hikmah, Kalam dan
Fiqh dengan Majdidin Al-Jaili seorang yang amat terkenal
pada zamannya,dikatakan beliau mengutip ilmu dengan
MajdiDin mengambil masa yang sangat lama sehingga tidak
terdapat pada zamannya yang lebih hebat dari beliau, dan
beliau sangatlah dimuliakan orang ramai sehinggalah
pemerintah.
4. Imam Fakhruddin ar-Razi mahir dalam bidang ilmu fiqh , ilmu-ilmu
bahasa dan sastera, ilmu mantik (logik), dan ilmu mazhab-mazhab
Kalam (aliran pemikiran dan Akidah), termasuk seorang yang pakar
di zamannya pada ilmu perubatan dan ilmu hikmah.
Beliau mempunyai lebih kurang tiga ratus murid yang sentiasa
bersedia mengambil ilmu dari beliau dalam bidang Tafsir, Fiqh,
Kalam, Perubatan, Usul Fiqh, dan lainnya. Apabila beliau duduk
untuk memberikan pengajian, beliau di kelilingi oleh kelompok
murid-murid beliau yang paling tua seperti Zainuddin Al-Kassyi,
Al-Qutb Al-Masri, Shihabuddin Al-Naisaburi, kemudian di
kelilingi oleh murid-murid beliau yang sederhana sedikit martabat
mereka (nisbah ilmu dan kefahaman), dan apabila di tanya satu
soalan maka di jawab oleh murid muridnya, kalau soalan itu adalah
soalan yang sukar, maka di jawab oleh murid-muridnya yang tertua,
maka jika soalan itu terlalu sukar maka beliau sendiri yang akan
menjawabnya. Imam Fakhruddin Ar-Razi punya kedudukan yang
tinggi di sisi ulama Usul Fiqh, sehingga apalila mereka mengambil
pandangan beliau mereka berkata; berkata Imam atau disisi Imam
apabila mereka berkata disisi Imam atau berkata Imam tanpa
menyebut siapa namanya selepasnya maka yang dimaksudkan ialah
Imam Fakhruddin Ar-Razi .
5. 1. Salman ibn Nasir ibn Imron ibn Muhammad ibn Ismail ibn
Ishaq ibn Zaid ibn Ziyad ibn Maimun ibn Mahran, Abu al-
Qasim al-Anshari, salah seorang murid imam al-Haramain.
2. Abd al-Malik bin Abdullah ibn Yusuf ibn Abdullah ibn Yusuf
ibn Muhammad, yang terkenal dengan nama Imam al-
Haramain Dliyauddin abu al-Maali al-Juwaini.
3. Ibrahim ibn Muhammad ibn ibrahim ibn mahran, al-Imam
Ruknuddin Abu Ishak al-Isfirayani, seorang pakar teologi dan
hukum islam dari Khurasan.
4. Abu al-Husain Muhammad ibn Muhammad ibn
Abdurrahman ibn As-Said al-Bahili.
5. Ali ibn Ismail ibn Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah
ibn Musa ibn Bilal ibn Abu Bard ibn Abu Musa, seorang teolog
yang terkenal dengan nama as-Syaikh Abu al-Hasan al-Asyari
al-Bashri.
6. 1. Abd al-Hamid ibn Isa ibn Umrawiyah ibn Yusuf ibn Khalil ibn
Abdullah, ibn Yusuf. Ia adalah seorang ulama ahli fiqh dan teologi
Islam (Mutakallimin). Nama kebesarannya adalah al-allamah
Syamsuddin atau abu Muhammad Muhammad al-Khasrushahi.
2. Zaki ibn al-Hasan ibn Umar, yang terkenal dengan nama Abu
Ahmad al-Biliqani. Ia adalah seorang ahli fiqh, teologi, ahli usul dan
muhaqqiq (ahli manuskrip).
3. Ibrahim ibn Abdul Wahhab ibn Ali, nama sebutan lainnya adalah
Imaduddin, Abu al-Maali atau al-Anshary al-Khuzraji al-Zanjani.
4. Ibrahim ibn Muhammad al-Sulami al- Maghrabi adalah seorang
hakim yang terkenal di wilayah pinggiran Mesir.
5. Ahmad ibn Khalil ibn Saadah ibn Jafar ibn Isa al-Mihlabi. Ia
adalah ketua hakim yang terkenal dengan nama Syamsuddin, Abu al-
Abbas atau al-Khubi.
7. Karya Imam Fakhruddin Ar-Razi terbahagi kepada tiga
bahagian,iaitu karya bahasa Arab yang di siapkan
sepenuhnya oleh beliau, karya berbahasa arab yang di
sempurnakan oleh orang sesudah beliau, dan karya beliau
yang di tulis dalam bahasa Parsi.
adapun karya beliau dalam bahasa arab yang
dihasilkankan beliau ialah :
8. 1- Kitab Tafsir Al-Kabir,(inilah Kitab Imam Fakhruddin ar-Razi
yang paling terkenal, kitab ini disempurnakan cetakannya
syarikat percetakan Mesir, yang di cetak sebanyak 32 juzuk)
2- Kitab Tafsir Al-Fatihah.
3. Kitab Tafsir As-Shaghir (dengan judul asrar Al-Tanzil wa
Anwar Tawil)
4. Kitab Nihayah Al-Ukul
5. Kitab Al-Mahshul fi Ilmi Usul Fiqh
6. Kitab Al-Mabahasul Masyriqiyah
7. Kitab Lubab Al-Isyarat
8. Kitab Al-Matholib Al-Aliyah fi Hikmah
9. Kitab Al-Mualim fi Ushul Fiqh
10. Kitab Al-Mualim fi Ushul Ad-Din
9. Karya beliau dalam bahasa arab yang belum sempat
disiapkan beliau sebelum beliau meninggal dunia,
1. Kitab Syarh Saqth Al-Zundi
2. Kitab Kulliyat Al-Qanun
3. Kitab Syarh Wajiz Al-Ghazali
4. Kitab fi Ibthal Al-Qiyas
5. Kitab Syarh Nahji Al-Balaghah
6. Kitab Al-Jami Al-Kabir fi Thibb
7. Kitab Syarh Al-Mufashol lil Zamakhsyari
8. Kitab At-Tasyrih Minal Rasi ila Al-Halqi
12. Nama Kitab
Kitab Tafsir yang berjudul Mafatih al-Ghaib ini dikenali juga sebagai
Tafsir al-Kabir.
Terdapat perselisihan berkaitan dengan penjenamaannya atau judul yang
diberikan oleh beliau. Ini kerana ada sebahagian ulama menamakannya
sebagai Mafatih al-Ghaib dan ada pula yang menamakan sebagai Tafsir
al-Kabir.
Tidak ditemui sebarang petunjuk yang menyatakan nama judul sebenar
kitab tersebut bahkan tidak disebut juga di dalam mukadimahnya
dengan nama judul tertentu bagi kitabnya.
Kesimpulannya,boleh diguna pakai kedua judul tersebut.
Halaman Kitab
Mengandungi 32 jilid dalam kitab sekarang yang setiap satunya
mencapai purata 250 halaman. 250 X 32 jilid = kurang lebih 8,000
halaman.
13. Kandungan Kitab
Dalam tafsir ini, ia mempunyai dua bahagian iaitu:
1- Tafsir bi al-Rayi menurut logika
2- Tafsir bi al-Matsur berpandukan nas
Menggunakan metode tahlili bi al-rayi iaitu menjelaskan seluruh
ayat al-Quran.
a. Mengutamakan penyebutan hubungan antara surah-surah Alquran
dan ayat-ayatnya satu sama lain dan menjelaskan hikmah-hikmah
yang terdapat dalam urutan-urutan Alquran : yang diturunkan dari
(Tuhan) yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji (QS Fushshilat :
42)
b. Sering menyimpang ke pembahasan tentang ilmu matematik,
falsafah, biologi dan yang lainnya.
14. c. Meletakkan banyak pendapat para ahli ilmu kalam dan
menolaknya -mengikuti metode ahli sunnah dan para
pengikutnya- ia selalu mengerahkan segala kemampuannya
untuk menentang pemikiran orang-orang Mutazilah dan
melemahkan dalil-dalil mereka.
d. Kalau ia menemui sebuah ayat hukum, maka ia selalu
menyebutkan semua madzhab fuqaha. Akan tetapi, ia lebih
cenderung kepada mazhab Syafii yang merupakan
pegangannya dalam ibadah dan muamalat.
e. Tambahan,al Razi meletakkan masalah tentang ilmu usul, al-
balaghah, al-nahwu dan yang lainnya, sekalipun masalah ini
dibahas tidak secara panjang lebar sebagaimana halnya
pembahasan ilmu biologi, matematik dan falsafah.
15. Qiraat dia turut membentangkan jajaran ayat berkait dengan
Qiraat yang pelbagai. Bahkan beliau turut mengeluarkan maknanya
menurut bacaan Qiraat tersebut berlandaskan ilmu bahasa Arab dan
pakar nahu.
Hadis beliau kurang bersandarkan pada hadis dalam tafsirannya ini
hatta dalam membicarakan soal fiqh dengan menyandarkan nama para
ulama fiqh (kelainan yang dibawanya ini mungkin untuk menyekat
pengaruh ahli falsafah pada zamannya itu, jadi logik akal lebih banyak
digunakan daripada penggunaan dalil naqli yang bersandarkan al-
Quran dan hadis.
Syair kebanyakan sajak dan puisinya adalah sebagai istisyhad iaitu
dalam mengukuhkan pandangan berkaitan bahasa, sastera dan
kalimah yang sesuai dalam menghuraikannya.
Sebab penurunan atau Asbab al-Nuzul -Dalam tafsir ini cukup banyak
membicarakannya beserta sandaran atau tanpa sandaran yang
kebiasaannya disandarkan kisah tersebut kepada para sahabat dan juga
tabiin.
16. Banyak berpandukan logik akal dengan memaparkan nas-
nas yang sedikit.
Tafsir ayat sesuai dengan mushaf Usmani iaitu dari ayat
ke ayat,surah ke surah.
Mentafsirkan al Quran dengan terperinci merangkumi
pelbagai aspek perbahasan ilmu seperti ilmu
falsafah,perubatan,matematik dan sebagainya.
18. Hikmah diturunkan ayat memperlihatkan kekuasaan Allah
dari pelbagai sudut,iaitu kekuasaannya yang terlihat dari
penciptaan alam semesta,manusia,haiwan,tumbuh
tumbuhan dan penciptaan laut dan bumi.
Yang dimaksudkan dihidupkan bumi sesudah mati iaitu
dengan tumbuhnya pohon-pohon,bungaan,buah-buahan
yang diturunkan oleh langit melalui air (hujan).
¥わo居駕器器駕削わ¥わ刻¥¥刻わoわ¥わ器わ居器駕э鰹刻居 駈誌わo刻件器¥わ逸駈縁器器誌刻件刻削鰹逸器刻居駈縁鰹刻器縁o刻鰹¥
19. Mengajak supaya manusia berfikir dan merenung kembali
(kekuasaan Allah) kerana perumpamaan orang yang pekak
dan tuli adalah orang yang tidak merenung ayat-ayat
Allah.
Adapun susu yang dihasilkan (di antara kotoran dan
darah)adalah sebagai rezeki dan (susu) itu sendiri mudah
untuk diminum dan menyegarkan.
20. Asal buah buahan (tamar dan anggur)adalah halal untuk
dimakan untuk dibuat arak namun sesudah itu datang ayat
menasakhkan ayat tersebut (surah al al
maidah).Hakikatnya buah buahan (tamar dan anggur
)adalah halal dimakan selagi tidak memperolehinya
dengan cara yg bercanggah dgn syarak.
21. Lebah adalah salah satu haiwan yang diberi wahyu. Dan wahyu
tersebut berlaku sebagaimana para nabi dan bermakna khusus.
Bukan hanya karena memiliki wahyu sehingga lebah di
tasyabbuhkan dengan nabi, tetapi lebah juga diberi mujizat
yang tidak boleh dijangkau oleh akal manusia,diantaranya
adalah sarang yang berbentuk persegi enam yang unik dan luar
biasa.
Bentuk sarang yang terdiri dari lubang segi enam segi tiga
(heksegon)bertujuan menghindari celah yang berkemungkinan
dimasuki serangga. Pada permukaannya ditutup dengan lapisan
lilin yang dihasilkan dari perut lebah yang difungsikan sebagai
bahan dasar sarang. Cairan yang serupa lilin tersebut terdapat
pada perutnya dan diangkat melalui kaki-kakinya menuju mulut
yang kemudian dikunyah dan diletakkan untuk merakit lubang.
22. Dijadikan pelbagai warna (putih,kuning dan
merah) dan menjadi penawar kepada manusia.
Allah menyuruh untuk berfikir dan memerhatikan
kejadian lebah iaitu :
Lebah membina sarangnya tanpa memerlukan bantuan lain
(tidak seperti manusia).
Selain itu,lebah juga memiliki ratu(ketua) yang sangat
dipatuhi oleh seluruh rakyatnya. Mereka juga selalu
bergerak secara berkelompok,bergerombol dan memiliki
isyarat tertentu untuk memanggil kawan-kawanya seperti
alat muzik(dengungan).
Lebah merupakan pekerja keras dan merupakan pekerja
yang disiplin dan profesional.
23. Allah menciptakan manusia dengan ketentuan ajal yang
berbeza dan umur dibahagikan bertahap,iaitu 1)kanak-
kanak, 2)remaja (dewasa)dan 3)tua dan Allah jualah yang
menetapkan ajal seseorang dan manusia tidak
mengetahuinya.
¥わo居駕駈わ鰹鰹緒鰹誌駈わ鰹刻刻居縁器器器わ鰹居駕器oo種鰹駈駕o醐刻わo駈鰹居刻件削緒件器刻件器居刻緒わ削醐醐器¥わ
緒器鰹ワ