Ringkasan: Nabi Muhammad SAW bersabda tentang proses keluarnya roh dari tubuh seseorang ketika ajalnya tiba, dimulai dari ujung kaki hingga kerongkong. Bagi orang beriman, malaikat Jibril akan menunjukkan syurga sehingga ia lupa pada sekeliling, sedangkan bagi munafik akan ditunjukkan neraka sehingga tak melihat sekeliling karena takut.
12. Apabila telah sampai ajal seseorang itu
maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai ke
lutut..
13. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik
roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar.
14. Datang lagi satu kumpulan malaikat
yang lain masuk dan menarik rohnya
dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar.
15. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.
16. Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail A.S.
17. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan
menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
WASSALAM
Editor By :
Rosmadi B. Johari @ Abdul Rasid