ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
TATABAHASA
a. Bentuk Kata            b. Pembentukan Kata
   - kata tunggal            - pengimbuhan
   - kata terbitan           - penggandaan
   - kata ganda              - pemajmukan
   - kata majmuk
BENTUK KATA

Proses pembentukan kata menghasilkan
bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan,
bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.


                   Kata Tunggal

                   Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya
                   satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk
                   imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam
                   Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan
                   bentuk terbitan.

                   Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau
                   lebih suku kata. Contoh: satu suku kata - am, dan, roh, skru dua
                   suku kata - itu, ubi, aku
Berasaskan perlaksanaan tatabahasa,
                kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

a. Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu
   perkataan yang bermakna.
   Contoh : orang, gitar, pen, botol

b. Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
   sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
   Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk

c. Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
   beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk
   singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
   Contoh : berdikari – berdiri di atas kaki sendiri

  komuter - keretapi berkomputer
  kugiran - kumpulan gitar rancak
  pawagam - panggung wayang gambar
Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata
dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata
terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :

a.   Kata Terbitan Berawalan
b.   Kata Terbitan Berakhiran
c.   Kata Terbitan Berapitan
d.   Kata Terbitan Bersisipan



                                     Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang
                                     ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
                                     menyebabkan perubahan makna nahunya.
                                     Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
Imbuhan awalan       Imbuhan akhiran       Imbuhan apitan        Imbuhan sisipan
unsur imbuhan yang   unsur imbuhan yang   imbuhan yang hadir     unsur imbuhan yang
ditambahkan pada     hadir selepas kata   secara melingkungi     hadir di celahan
bahagian hadapan     dasar                kata dasar iaitu dua   kata dasar. Bentuk
kata dasar.          Contoh : imbuhan     bahagian imbuhan       ini tidak lagi
Contoh : imbuhan     '-an' dalam          yang hadir serentak    produktif dalam
'ber' dalam          'makanan'            pada awal dan akhir    pembentukan kata
'bersukan'           makan+an             perkataan              terbitan, iaitu kata
ber+sukan            imbuhan '-kan'       Contoh : imbuhan       terbitan baru tidak
                     dalam 'kembalikan'   'men……..kan'           lagi dibentuk
                     kembali+kan          dalam                  dengan imbuhan
                                          'mendebarkan'          sisipan
                                          men+debar+kan          Contoh : imbuhan
                                          imbuhan 'pe....an'     '...er...' dalam
                                          dalam 'pendidikan'-    'keruping' imbuhan
                                          pen+didik+an           '...el...' dalam
                                                                 'telunjuk'
Kata Terbitan Berawalan

Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata
adjektif terbitan. Contoh :

a. Kata Nama : pelari, perakus (imbuhan 'pe') pembawa, pembuat ('pern') suprakelas,
   supranasional ('supra')
b. Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa ('me') berjalan, berganti, berserta ('ber")
c. Kata Adjektif: terbesar, tercantik ('ter')
   secerah, setebal, senipis ('se')


                                                                 Kata Terbitan Berakhiran

Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan
sahaja. Contoh :

a. Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan ('-an') sasterawan, angkasawan ('-wan') budiman,
   seniman ('-man') peragawati, seniwati ('-wati') nasionalisme, patriotisme f-isme')
b. Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan ('-kan') duduki, turuti, berkati f-i')
Kata Terbitan Berapitan

Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata
adjektif terbitan. Contoh :

a. Kata Nama : pelaksanaan, perasaan ('pe...an') kelainan, kedukaan ('ke...an')
b. Kata Kerja : memainkan, melukakan ('me...kan') beralaskan, berlaukan ('ber...kan')
   diyakini, disirami ('di...i') dipergunakan ('diper...kan') memperdagangkan ('memper...kan')
   keselesaan ('ke...an')
c. Kata Adjektif: kemelayuan ('ke.. .an')
                                                                        Kata Terbitan Bersispan

Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan
baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam
kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan -perkataan lain kecuali dalam
beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama
terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a. Kata Nama : kelingking, telunjuk ('..el..') keruping, seruling ('..er..')
b. Kata Adjektif: kelebak, selerak ('..el..') gemilang, semerbak ('..em..')
Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata
majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah
mantap.
                                             Kata majmuk terbahagi kepada empat:
a.   Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji,
b.   Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu
c.   Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d.   Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

     Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya gambar rajah, biru
   laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang
   digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar,
b. Kata majmuk berbentuk istilah khusus. Contohnya model linear, garis pusat, mata
    pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.
c. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Contohnya kaki
   ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.
Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a. dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh : duka + cita =
   dukacita, jawatan + kuasa = jawatankuasa

b. perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya
   walaupun dan adalah. dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu
   perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang,
   temu janji, hak milik.

c. dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan
   dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh : pindah milik dipindahmilikkan tukar ganti
   ditukargantikan

e. kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum.
   Contoh : campur aduk, bercampur aduk, temu bual , ditemu bual
Kata Ganda

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata
dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti
dasarnya.
Terdapat tiga jenis kata ganda :

a)      Penggandaan penuh
        proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat
        pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh
        digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata
        nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu
        pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b)      Penggandaan separa
        proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan
        kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau
        di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.
c)      Penggandaan berentak
        proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam
        kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan
        dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i)      Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang
        mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu
        terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok,
        hina-dina

ii)     Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang
        mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.
        Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii)    Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak
        mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
        Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.
Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a. gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-
   meja, bukit-bukau

b. gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-
   kupu

c. gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula

d. gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.

e. Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.
KESIMPULAN

Perluasan kata merupakan satu cara pembentukan
kata yang dilakukan secara kreatif oleh pengguna
bahasa Melayu.

Mencerminkan budaya masyarakat pengguna bahasa
yang mempunyai kreativiti dalam mempelbagaikan
perluasan kata
BAHASA
  JIWA
BANGSA

More Related Content

Tatabahasa

  • 1. TATABAHASA a. Bentuk Kata b. Pembentukan Kata - kata tunggal - pengimbuhan - kata terbitan - penggandaan - kata ganda - pemajmukan - kata majmuk
  • 2. BENTUK KATA Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh: satu suku kata - am, dan, roh, skru dua suku kata - itu, ubi, aku
  • 3. Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis: a. Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol b. Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk c. Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh : berdikari – berdiri di atas kaki sendiri komuter - keretapi berkomputer kugiran - kumpulan gitar rancak pawagam - panggung wayang gambar
  • 4. Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan : a. Kata Terbitan Berawalan b. Kata Terbitan Berakhiran c. Kata Terbitan Berapitan d. Kata Terbitan Bersisipan Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
  • 5. Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan Imbuhan sisipan unsur imbuhan yang unsur imbuhan yang imbuhan yang hadir unsur imbuhan yang ditambahkan pada hadir selepas kata secara melingkungi hadir di celahan bahagian hadapan dasar kata dasar iaitu dua kata dasar. Bentuk kata dasar. Contoh : imbuhan bahagian imbuhan ini tidak lagi Contoh : imbuhan '-an' dalam yang hadir serentak produktif dalam 'ber' dalam 'makanan' pada awal dan akhir pembentukan kata 'bersukan' makan+an perkataan terbitan, iaitu kata ber+sukan imbuhan '-kan' Contoh : imbuhan terbitan baru tidak dalam 'kembalikan' 'men……..kan' lagi dibentuk kembali+kan dalam dengan imbuhan 'mendebarkan' sisipan men+debar+kan Contoh : imbuhan imbuhan 'pe....an' '...er...' dalam dalam 'pendidikan'- 'keruping' imbuhan pen+didik+an '...el...' dalam 'telunjuk'
  • 6. Kata Terbitan Berawalan Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a. Kata Nama : pelari, perakus (imbuhan 'pe') pembawa, pembuat ('pern') suprakelas, supranasional ('supra') b. Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa ('me') berjalan, berganti, berserta ('ber") c. Kata Adjektif: terbesar, tercantik ('ter') secerah, setebal, senipis ('se') Kata Terbitan Berakhiran Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh : a. Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan ('-an') sasterawan, angkasawan ('-wan') budiman, seniman ('-man') peragawati, seniwati ('-wati') nasionalisme, patriotisme f-isme') b. Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan ('-kan') duduki, turuti, berkati f-i')
  • 7. Kata Terbitan Berapitan Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a. Kata Nama : pelaksanaan, perasaan ('pe...an') kelainan, kedukaan ('ke...an') b. Kata Kerja : memainkan, melukakan ('me...kan') beralaskan, berlaukan ('ber...kan') diyakini, disirami ('di...i') dipergunakan ('diper...kan') memperdagangkan ('memper...kan') keselesaan ('ke...an') c. Kata Adjektif: kemelayuan ('ke.. .an') Kata Terbitan Bersispan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan -perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh : a. Kata Nama : kelingking, telunjuk ('..el..') keruping, seruling ('..er..') b. Kata Adjektif: kelebak, selerak ('..el..') gemilang, semerbak ('..em..')
  • 8. Kata Majmuk Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk terbahagi kepada empat: a. Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, b. Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu c. Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita d. Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok: a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, b. Kata majmuk berbentuk istilah khusus. Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan. c. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.
  • 9. Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara: a. dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh : duka + cita = dukacita, jawatan + kuasa = jawatankuasa b. perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah. dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik. c. dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh : pindah milik dipindahmilikkan tukar ganti ditukargantikan e. kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh : campur aduk, bercampur aduk, temu bual , ditemu bual
  • 10. Kata Ganda Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.
  • 11. Terdapat tiga jenis kata ganda : a) Penggandaan penuh proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih. b) Penggandaan separa proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.
  • 12. c) Penggandaan berentak proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis : i) Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda. iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.
  • 13. Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata. a. gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja- meja, bukit-bukau b. gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu- kupu c. gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula d. gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih. e. Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.
  • 14. KESIMPULAN Perluasan kata merupakan satu cara pembentukan kata yang dilakukan secara kreatif oleh pengguna bahasa Melayu. Mencerminkan budaya masyarakat pengguna bahasa yang mempunyai kreativiti dalam mempelbagaikan perluasan kata