2. Rahsia Solat 5 Waktu
&
Warna Alam
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya
menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui
perubahan warna alam.
4. Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada
dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar,
rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya
ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama
kelamaan akan menghadapi
5. Subuh
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda
tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa)
dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum.
6. Subuh
Tenaga inilah yang akan diserap oleh
tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya
sebenar sudah mendapat tenaga yang
tidak optimum lagi.
7. Sabda Rasulullah S.A.W
Dalam islam TIDUR setelah subuh itu
TIDAK BAIK kerana akan kehilangan rezeki.
Seperti Sabda Rasulullah S.A.W. :
Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi
harinya
(HR. Abu Dawud)
9. Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna
hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna
kuning menandakan masuknya waktu
Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan.
10. Zohor
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan menghadapi masalah
di perut dan hilang sifat cerianya.
12. Asar
Kemudian warna alam akan berubah
kepada warna oren, iaitu masuknya
waktu Asar di mana spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan
testis yang merangkumi sistem
reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
13. Asar
Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih
malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur
la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar
ni amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita.
15. Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah
ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan
iblis
pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam.
16. Maghrib
Mereka yang sedang dalam perjalanan
juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada
waktu ini (solat Maghrib dulu la), kerana
banyak interferens (pembelauan) berlaku
pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna
merah
ialah keyakinan, pada frekuensi otot,
saraf
dan tulang.
18. Apabila masuk
Isyak
waktu Isyak, alam
berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem
kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya
akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam
Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam
Islam.
19. Isyak
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
dimana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu
dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada
waktu ini dan dalam Islam waktu ini
dipanggil Qiamullail.
20. Kesimpulan
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat
dengan warna alam. Manusia kini sememangnya
telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan
inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah
meditasi yang dicipta seperti taichi dan
sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam
sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita
memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga
alam ini.
21. TAHUKAH ANDA?
Nabi kita Muhammad SAW semasa hayatnya sangat berminat
dan gemar dengan pakaian putih dan bersih, tertutama sekali
pada hari Jumaat untuk hadir Solat Jumaat dan majlis-majlis
keramaian, kerana warna putih itulah asal segala warna-warna
lain.
Walaupun Nabi amat suka dan minat pada pakaian warna putih
tetapi pada hari raya Nabi selalu memakai pakaian berwarna dan
baru (bersih).
"SESUNGGUH ALLAH ITU LEMAH LEMBUT (BERSIH)
dan DIA SUKA PADA YANG PUTIH BERSIH."
22. TAHUKAH ANDA?
Hukum Meniup Lilin Hari Lahir adalah HARAM kerana ia bukan
merupakan budaya Islam tetapi ia datang daripada budaya barat.
Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan
lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh
masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran
mereka.
23. TAHUKAH ANDA?
Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang
lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram
sebab dia bukan dari budaya Islam.
Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan
melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan
menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang
berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu
sama lain.