1. 1
TEKNIK MUDAH MENULIS KARANGAN
BAHAGIAN TEKNIK PENANDA WACANA
1 PENDAHULUAN Teknik UNIK:
a) U – Unik
b) N – Non isi
c) I – Informasi terkini (kata nama khas)
d) K – Kehendak soalan (ayat arah)
Contoh permulaan unik:
a) Lagu
b) Puisi
c) Peribahasa
d) Sejarah
e) Iklan
f) Cerita
g) Kata-kata pemimpin
h) Soalan
i) Statistik
j) Fakta
k) Ucapan terima kasih
l) Rukun negara
Contoh non isi:
a) Jika soalan minta faktor-faktor,pada
pendahuluan boleh nyatakan ciri-ciri,
usaha-usaha atau kesan-kesan.
Contoh informasi terkini (kata nama khas):
a) Statistik
b) Nama menteri
c) Nama kementerian
d) Nama agensi
e) Nama badan
f) Nama akta
g) Nama program
Penanda wacana memulakan pendahuluan:
a) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
b) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
c) Sejak sedekad yang lalu,
d) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
e) Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu …
f) Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasiyang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
g) Sudah terang lagi bersuluh,semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat...
h) Dasawarsa ini, sama ada kita sedaratau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentakoleh pelbagai
permasalahan sosialyang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
i) Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
j) Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
Penanda wacana untuk ayat arah:
a) Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan
terperinci demi kebaikan bersama.
b) Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangimasalah ini perlu
diperincikan demi kebaikan bersama.
c) Usaha pastiakan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan
segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
d) Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik
harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
2. 2
2 ISI Teknik IMBaKUP:
a) I - Idea
b) M – Mengapa/ sebab
c) Ba – Bagaimana/ contoh
d) K - Kesan
e) U – Ungkapan menarik
f) P – Penegasan
Penanda wacana menerangkan huraian atau
pendapat yang berbeza:
a) Walau bagaimanapun,
b) Namun demikian,
c) Daripada perspektif yang berbeza
d) Jika dilihat dari sudut lain,
e) Dengan kata lain,
f) Kontradiksinya,
g) Di sebalik itu,
h) Dalam pada itu,
i) Dari sudut lain,
Penanda wacana menulis 2 huraian dalam 1
ayat:
Contoh:
(Masalah sosial yang dibincangkan oleh
masyarakat ini memang memeningkan
kepala) ......... (membimbangkan semua pihak.)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
Penanda wacana memulakan IDEA:
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
g) Pada waktu yang sama,
i) Seterusnya,
Penanda wacana memulakan huraian SEBAB:
a) Hal ini demikian kerana ...
b) Hal ini berlaku kerana ...
c) Hal ini terjadi kerana ...
d) Hal ini disebabkan oleh ...
e) Hal ini wujud akibat daripada ...
f) Hal ini bersangkut-paut dengan ...
g) Hal ini berpunca daripada ...
h) Hal ini tercetus apabila ...
i) Hal ini timbul apabila ...
Penanda wacana memberikan CONTOH:
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti ...
g) Sebagai contohnya
h) Biar kita lihat
i) Bagi membuktikan perkara ini, contoh
yang boleh diketengahkan ialah ...
j) Sebagai analoginya,
k) Contoh yang ketara yang paling dekat
dengan kita ialah ...
Penanda wacana menghuraikan KESAN:
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
i) Kesannya,
j) Natijahnya,
k) Akibatnya,
Penanda wacana untuk ayat
PENEGASAN:
a) Tegasnya,
b) Izharlah bahawa,
c) Pendek kata,
d) Ringkasnya bahawa,
e) Jadi,
f) Akhirnya,
g) Dengan itu
h) Dengan berbuat demikian,
Dengan keadaan sedemikian,
3. 3
3 PENUTUP Teknik KINU:
a) K – Kehendak soalan (ayat arah)
b) I – Informasi terkini (kata nama khas)
c) N – Non isi
d) U – Unik
Penanda wacana memulakan penutup:
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntasnya,
d) Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhannya,
i) Secara total,
j) Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
k)Konklusinya,
l) Dengan ini diharapkan
m) Bukan itu sahaja
n) Mudah-mudahan perkara ini
o) Dengan keizinan Tuhan yang maha esa,kita yakin dan percaya bahawa
p) Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah
perkara ini akan …
Penanda wacana untuk menyatakan statistik:
a)Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak ...
b)Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan ...
c)Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan
bahawa sebanyak…………
Penanda wacana memulakan peribahasa:
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua,...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa,............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa,...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........