際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI

      Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,
       karang-mengarang dan sebagainya.
      Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
       digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
       bahasa tertentu.
      Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III :
       Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
       berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
      Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan
       pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan
       kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.



Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

   1. Teknik main peranan
   2. Teknik permainan bahasa
   3. Teknik latih tubi
   4. Teknik bercerita
   5. Teknik inkuiri
   6. Teknik perbahasan
   7. Teknik kuiz
   8. Teknik sumbangsaran
   9. Teknik soal jawab
   10. Teknik simulasi
   11. Teknik drama
   12. Teknik perbincangan
   13. Teknik forum
   14. Teknik dialog

 TUJUAN TEKNIK

          1. Menarik Minat murid
          2. Mengekalkan perhatian
          3. Membangkitkan ras ingin tahu



TEKNIK LATIH - TUBI

      Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
      Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
      Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu


                                                                                                          1
   Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat
           atau mengingat fakta-fakta penting.
          Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-
           perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
          Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam
           pengajaran bahasa kedua.
          Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

  I.       Sebutan (accent)

           -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna
           dalam sesuatu situasi.

 II.       Tatabahasa (grammer)

           -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III.       Perbendaharaan kata (vocabulary)

           -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV.        Kefasihan (fluency)

           -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

V.         Kefahaman (comprehension)

                         -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

          Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
          Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti
           murid.
          Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan
           ikutan dan ulangan.



TEKNIK SIMULASI

          Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang
           memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
           keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
          Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
           menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
          Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan
           menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada
           pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
          Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam
           kemahiran lisan membaca dan menulis.

                                                                                                               2
   Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk
      meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.



TEKNIK MAIN PERANAN

     Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap
      penting.
     Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang
      disediakan.
     Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba
      menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada
      diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
     Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada
      pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
      rakaman dan sebagainya.



TEKNIK SUMBANGSARAN

     Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi
      perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
     Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang
      menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
      universiti dan latihan profesional.
     Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara
      analitis.



Tujuan Sumbangsaran

     Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
     Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
     Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
     Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
     Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
     Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
     Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
     Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
     Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
     Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
     Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan




                                                                                                        3
TEKNIK PERMAINAN BAHASA

     Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
     Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif,
      pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
     Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar
      antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
     Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan
      negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui
      objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
     merangsang interaksi verbal pelajar
     menambah kefasihan dan keyakinan
     menyediakan konteks pembelajaran
     bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
     bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan




TEKNIK SOAL  JAWAB

     Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
     Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya
      mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
     Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
      pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
     Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa
      yang diajar.
     Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

  1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
  2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
  3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

     Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat
      mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.



TEKNIK BERCERITA

     Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
      cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
     Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
     Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan
      pelajar.



                                                                                                         4
   Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan
      kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
      mata.
     Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
      menimbulkan kebosanan.
     Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
     Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula
      dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
     Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
     Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
     Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
      menggunakan teknik ini.
     Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
     Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
     Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang
      hendak disampaikan.



TEKNIK DRAMA

     Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu
      kaedah terus, elektif dan audiolingual.
     Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada
      dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam
      sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
     Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan
      matapelajaran yang dipelajarinya.
     Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
     Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan
      pembelajaran.
     Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat
      menyuburkan sahsiah pelajar.



TEKNIK INKUIRI

     Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
     Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang
      berorientasikan masalah.
     Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
     Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti
      di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih
      pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
     Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses
      kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
     Pengendalian teknik inkuiri ialah :


                                                                                                              5
1.   Proses mengenali masalah
         2.   Mengkaji ramalan
         3.   Mengumpul maklumat
         4.   Menganalisis
         5.   Membuat rumusa



TEKNIK PERBINCANGAN

  1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
      sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
      (Kementerian Pendidikan 1990:85).
  2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia
      dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
  3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan
      masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum,
      seminar, bengkel, bahas dan debat.
  4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam
      aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat
      melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
  5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
  6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
  7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
  8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang
      boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan
      dicapai.
  9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan
      ahli-ahli kumpulan.
  10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan
      perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang
      betul.
  11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan
      boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah
      menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.



TEKNIK FORUM

  1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran
     dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
  2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi
     pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan
     fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras
     dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.


                                                                                                            6
TEKNIK PERBAHASAN

  1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang
      logik dan idea yang tersusun.
  2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
  3. Antara manfaat teknik ini ialah :
  4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
  5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
  6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang
      sesuai.
  7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
  8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
  9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
  10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran
      berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ

     Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
     Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di
      sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
     Tujuannya ialah :
     Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik
      tertentu.
     Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
     Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
     Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
     Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan
      bahasa yang tepat.
     Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
     Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz
      dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
     Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.




                                                                                                       7

More Related Content

Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1

  • 1. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Teknik-teknik Pengajaran Bahasa 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu TEKNIK LATIH - TUBI Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu 1
  • 2. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan- perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : I. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. II. Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. III. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. IV. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. V. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. 2
  • 3. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. TEKNIK SUMBANGSARAN Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan 3
  • 4. TEKNIK PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan TEKNIK SOAL JAWAB Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah : 1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid 2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. 3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. TEKNIK BERCERITA Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. 4
  • 5. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. TEKNIK DRAMA Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. TEKNIK INKUIRI Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 5
  • 6. 1. Proses mengenali masalah 2. Mengkaji ramalan 3. Mengumpul maklumat 4. Menganalisis 5. Membuat rumusa TEKNIK PERBINCANGAN 1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). 2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. 3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. 4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. 6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. TEKNIK FORUM 1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. 2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. 6
  • 7. TEKNIK PERBAHASAN 1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. 2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 3. Antara manfaat teknik ini ialah : 4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. 7