Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah tahun 2014 diadakan di Dewan Sri Setapak. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dan memperkembangkan sahsiah murid. Acara-acara yang diadakan termasuk bacaan doa, ucapan perasmian, bacaan Yassin dan tahlil arwah, ceramah, bacaan Al-Quran, khatam Al-Quran, persembahan nasyid, dan penyampaian hadiah ke
1 of 4
Downloaded 249 times
More Related Content
Teks majlis khatam 2014
1. Yang berusaha Pn Hajah Hasnah Binti Haji Daud, Guru2 Penolong Kanan, guru2,
ppm2, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2014 serta semua murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum................
Lembut bicara mengucapkan salam
Tangan dihulur penuh kemesraan
Majlis bermula bersulamkan kalam
Ahlan wa sahlan kami ucapkan
Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya
jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan Sri Setapak pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan ‘ Majlis
Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014’.
Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah
bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah
murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu
budaya. Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang
sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati
Allah jua. InsyaAllah..
1. Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhil Ustz
Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..
- DOA –
Amin, amin ya Rabbal `alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi...
- Ucapan Guru Besar/ Perasmian Majlis
Bagi meneruskan Aturcara majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Guru Besar SK Setapak Pn Hajah Hasnah Bt Hj Daud menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis penutup Ihya` Ramadhan 2014 pada pagi ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn Hajah atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini, maka rasmilah sudah
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Setapak pada pagi ini.
2. Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil Arwah. Untuk itu
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin
bacaan Yassin dan Tahlil Arwah.
Dengansegala hormatnya dipersilakan...
-MAJLIS BERMULA –
Alhamdulilah, selesai sudah Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah beramai-ramai oleh guru, kakitangan dan
murid SK Setapak. Tahniah diucapkan.
3. Ceramah / Tazkirah Ramadan
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Khatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara
ceramah atau tazkirah yang akan disampaikan oleh Pn Hajah Hasnah Binti Haji Daud Gb SK Setapak. Untuk itu
murid2 diminta memberikan kerjasama dengan tidak membuat bising dan bercakap2 semasa ceramah
berlangsung. Murid2 diminta menghayati dengan penuh khusyuk dan memahami apa yang akan disampaikan
oleh Pn Guru Besar.
Dengan sukacitanya dipersilakan.
4. Murid Rehat
5. Bacaan Al-Quran
Sebelum majlis Khatam al-Quran dimulakan marilah kita menghayati alunan ayat2 suci al-Quran yang akan
diperdengarkan oleh adik Abdul Hanan Bin Ahruman. Dipersilakan.
3. Terima kasih diucapkan kepada qari kita itu tadi. Untuk makluman semua adik Abdul Hanan merupakan wakil
sekolah majlis tilawah al-Quran Peringkat Zon.
6. Majlis Khatam Bermula
Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Ustz Shamsulreman Bin Abdullah bagi memimpin bacaan Khatam.
Dengansegala hormatnya dipersilakan...
-Majlis Khatam Bermula
5. Persembahan Nasyid
-HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYID-Hadirin
hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara
persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________ yang akan menyampaikan persembahan Nasyid
yang bertajuk ...........................................................................................Dengan sukacitanya dipersilakan.
-NASYID-Terima
kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman para hadirin
dan hadirat sekalian, Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Pn Zakiah Binti Azraai. Tahniah sekali
lagi.
# Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara
6. Penyampaian Cenderahati
Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati kepada murid-murid khatam Al-Quran. Pada tahun
in seramai 30 orang terlibat secara langsung khatam Al-Quran. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala
hormatnya YgBerusaha Pn Hajah Hasnah GB SK Setapak diiringi oleh Yg Berusaha GPK Tadbir dan
4. Kurikulum, Datin Malihan Binti Dato` Mustafa bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala
hormatnyadipersilakan..
-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-Majlis
merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajah dan Datin kerana sudi menyempurnakan majlis.
7. Penyampaian duit raya kpd murid
8. Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian duit raya itu tadi
maka, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran
dengan jayanya
Akhir kalam, yang baik itu adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami
jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Saya sudahi majlis dengan tasbih kafarah dan surah al-
Asr....Wabillah....Majlis bersurai