ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
2.0 TEORI BEHAVIORISME 
Teori Behaviorisme ini dipelopori oleh B.F Skinner (gambar) 
berkaitan dengan proses pembelajaran. Seseorang akan sentiasa mengambil tindakan sengaja 
dan beroperasi dalam proses pembelajaran kerana tingkah laku adalah perkara yang dipelajari 
dan operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif ataupun negatif. Teori behaviorisme dikaitkan 
dengan rangsangan dan kelaziman iaitu perkara yang dipelajari ataupun semulajadi. 
Kebanyakan tingkah laku berlaku secara spontan dan dengan sengaja bertindak balas pada 
persekitaran dan ianya dinamakan tingkah laku operan. Tingkahlaku ini bergantung pada 
peneguhan yang ada selepasnya dan ia bertindak ke atas persekitaran dan mengubahnya. 
Eksperimen Tingkah Laku Operan 
Berdasarkan ujikaji tersebut Skinner menyatakan sifat baik atau positif dan sifat 
tidak baik atau negatif berlaku dalam peneguhan contohnya peneguhan positif adalah seperti 
kata-kata berunsur pujian dan motivasi, memberi imbalan dan sebagainya. Memberi pujian 
akan memotivasi dan mendorong seseorang pelajar itu memberikan hasil yang terbaik di hari 
muka. Peneguhan negatif tidak boleh disamakan dengan unsur denda atau hukuman. 
2.1 MENGAPLIKASI TEORI BEHAVIORISME KE DALAM PENGAJARAN DAN 
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI.
Terdapat beberapa perkembangan dalam teori behaviorisme yang dikemukan oleh Skinner 
sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu: 
1. Jadual Jeda Masa Yang Tetap 
Peneguhan diberi pada masa yang ditetapkan dan penghargaan seperti memberi pujian 
ataupun hadiah kepada pelajar yang berjaya menghasilkan karya seni yang baik setiap kali 
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran akan membentuk tingkah laku positif 
dikalangan pelajar. 
2. Peneguhan Berjadual Mengikut Nisbah 
Pengukuhan hanya dapat diberi selepas beberapa gerak balas dilakukan dan pengukuhan di 
sini bergantung pada kekerapan pelajar memberi tindak balas misalnya murid melukis 
melalui peniruan atau proses ‘imitasi’ contohnya murid akan melukis objek yang sama secara 
kerap atau berulang-ulang sehingga ia terbiasa dan dapat melukis tanpa perlu lagi melihat 
objek tersebut. 
3. Jadual masa tidak tetap 
Kemahiran perlu dipelajari dan proses meningkatkan kemahiran perlu dilakukan secara 
berulang-ulang contohnya, murid yang tidak pandai melukis dan mewarna perlu mempelajari 
kemahiran secara berperingkat-peringkat dan secara kerap atau berulang-ulang. 
4. Jadual nisbah tidak tetap 
Apabila seseorang itu sering membuat latihan kemahiran seperti menconteng, melukis dan 
mewarna maka kemahirannya akan meningkat . Pengulangan hasil seni yang sama hanyalah 
dianggap sebagai kraf misalnya dalam seni kraf tradisional seperti batik, anyaman, tekat, 
tembikar dan sebagainya masih menggunakan motif, bentuk dan bahan yang sama walaupun 
sudah lama berkembang.
Oleh itu, perkembangan teori behaviorisme memerlukan peneguhan daripada orang lain tetapi pada 
situasi dan keadaan yang berbeza dan juga guru perlu bijak memberi peneguhan kepada pelajar 
supaya mendapat hasil yang berkualiti.

More Related Content

Teori behaviorisme

  • 1. 2.0 TEORI BEHAVIORISME Teori Behaviorisme ini dipelopori oleh B.F Skinner (gambar) berkaitan dengan proses pembelajaran. Seseorang akan sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran kerana tingkah laku adalah perkara yang dipelajari dan operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif ataupun negatif. Teori behaviorisme dikaitkan dengan rangsangan dan kelaziman iaitu perkara yang dipelajari ataupun semulajadi. Kebanyakan tingkah laku berlaku secara spontan dan dengan sengaja bertindak balas pada persekitaran dan ianya dinamakan tingkah laku operan. Tingkahlaku ini bergantung pada peneguhan yang ada selepasnya dan ia bertindak ke atas persekitaran dan mengubahnya. Eksperimen Tingkah Laku Operan Berdasarkan ujikaji tersebut Skinner menyatakan sifat baik atau positif dan sifat tidak baik atau negatif berlaku dalam peneguhan contohnya peneguhan positif adalah seperti kata-kata berunsur pujian dan motivasi, memberi imbalan dan sebagainya. Memberi pujian akan memotivasi dan mendorong seseorang pelajar itu memberikan hasil yang terbaik di hari muka. Peneguhan negatif tidak boleh disamakan dengan unsur denda atau hukuman. 2.1 MENGAPLIKASI TEORI BEHAVIORISME KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI.
  • 2. Terdapat beberapa perkembangan dalam teori behaviorisme yang dikemukan oleh Skinner sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu: 1. Jadual Jeda Masa Yang Tetap Peneguhan diberi pada masa yang ditetapkan dan penghargaan seperti memberi pujian ataupun hadiah kepada pelajar yang berjaya menghasilkan karya seni yang baik setiap kali berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran akan membentuk tingkah laku positif dikalangan pelajar. 2. Peneguhan Berjadual Mengikut Nisbah Pengukuhan hanya dapat diberi selepas beberapa gerak balas dilakukan dan pengukuhan di sini bergantung pada kekerapan pelajar memberi tindak balas misalnya murid melukis melalui peniruan atau proses ‘imitasi’ contohnya murid akan melukis objek yang sama secara kerap atau berulang-ulang sehingga ia terbiasa dan dapat melukis tanpa perlu lagi melihat objek tersebut. 3. Jadual masa tidak tetap Kemahiran perlu dipelajari dan proses meningkatkan kemahiran perlu dilakukan secara berulang-ulang contohnya, murid yang tidak pandai melukis dan mewarna perlu mempelajari kemahiran secara berperingkat-peringkat dan secara kerap atau berulang-ulang. 4. Jadual nisbah tidak tetap Apabila seseorang itu sering membuat latihan kemahiran seperti menconteng, melukis dan mewarna maka kemahirannya akan meningkat . Pengulangan hasil seni yang sama hanyalah dianggap sebagai kraf misalnya dalam seni kraf tradisional seperti batik, anyaman, tekat, tembikar dan sebagainya masih menggunakan motif, bentuk dan bahan yang sama walaupun sudah lama berkembang.
  • 3. Oleh itu, perkembangan teori behaviorisme memerlukan peneguhan daripada orang lain tetapi pada situasi dan keadaan yang berbeza dan juga guru perlu bijak memberi peneguhan kepada pelajar supaya mendapat hasil yang berkualiti.