2. Definisi Teori Konstruktivisme satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. McBrien & Brandt (1997)
3. pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Briner,M., (1999)
4. murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Brooks & Brooks (1993)
5. Mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam pembelajaran Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on' Pelajaran berpusatkan murid Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
6. Mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam pembelajaran Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut sesuatu konsep. Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai Murid digalakkan mengemukakan hipotesisdan bukan guru menerangkan teori Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
7. Mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam pembelajaran Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid Murid bekerja dalam kumpulan Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
8. (i) Fasa orientasi: (Engage) Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Aktiviti yang boleh dijalankan dalam fasa ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat tayangan filem, membuat tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah.
9. (ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore) Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan.
10. Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
11. Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.?
12. (iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain) Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan.
13. Aktiviti adalah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan.
14. (iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate) Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar.
15. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
16. (v) Fasa Refleksi (Evaluate) Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
17. Pengaplikasian Teori Konstruktivisme dalam Pembelajaran Tahun 5 Tajuk Unit 10-KENALI DAN HORMATI PEMIMPIN NEGARA KITA Aktiviti Raja Berperlembagaan Kebangaan Kita Objektif : Memberikan murid maklumat tentang barisan Yang di- Pertuan Negara Iaitu Agong kita. ?
18. Fasa Aktiviti: Fasa Orientasi(Engage) Pelajar ditunjukkan satu filem pendek tentang barisan Yang di-Pertuan Agong Negara dalam satu persembahan multimedia. Biodata ringkas setiap Agong akan disertakan bersama agar pelajar dapat mengetahui lebih lanjut tentang setiap Agong. Aktiviti ini bertujuan untuk mendorong pelajar untuk mengetahui lanjut tentang para Agong yang pernah mengetuai Negara ini dalam jangka masa terdekat. ?
19. Fasa Explore Dari video klip tersebut, para pelajar disoal : Apakah maksud Yang di-Pertuan Agong? Apakah fungsi dan tugas beliau dalam sesebuah Negara? Bagaimanakah seseorang Yang di-Pertuan Agong dilantik? Apakah kuasa-kuasa seseorang Yang di-Pertuan Agong? Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan disuruh untuk mencari maklumat melalui penggunaan buku-buku rujukan yang akan diedarkan oleh guru kepada para pelajar.
20. Fasa (Penstrukturan Semula Idea) Explain Pelajar-pelajar akan diminta untuk mempersembahkan jawapan mereka bagi soalan-soalan tersebut dengan cara yang paling kreatif dengan penggunaan rajah, peta minda dan juga peta konsep. Pelajar akan menerangkan jawapan mereka dengan penggunaan rajah yang akan disertakan dengan rajah,peta minda,peta konsep. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran mencari maklumat dalam kalangan pelajar kerana mereka telah diberikan bahan untuk mencari maklumat dalam buku yang disampaikan oleh guru matapelajaran.
21. Fasa Aplikasi Idea(Elaborate) Pelajar akan ditunjukkan satu lagi tayangan video tentang para Yang di-Pertuan Agong negara kita bagi mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang para pemerintah dalam Negara kita. Video klip tersebut akan menjadi satu rujukan tambahan bagi mereka selain daripada buku yang diberikan oleh guru matapelajaran tadi. Melalui ini, pelajar akan dapat membetulkan kesalahan mereka dalam menjawab soalan yang diberikan tadi. ?
22. Fasa Refleksi(Evaluate) Pelajar akan diberikan satu peta minda yang penuh yang akan menerangkan tentang setiap aspek Yang di-Pertuan Agong Negara kita.Selain itu, pelajar akan diberikan satu kuiz untuk menguji tahap kefahaman mereka tentang topik yang dibelajari pada hari itu. ?