1. TEORI BAHASA
Teori Sruktural
SITI ZABIHA BT SELAMAT
LEE BOON SIM
PPG PEMULIHAN 2
2. PENGENALAN
TEORI STURKTURAL (BLOOMFIELD)
Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-
20. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield,
Edward Sapir, de Sausure dan Otto
Jespersen.
Mereka menganggap bahawa struktur
bahasa merupakan kaitan antara fonem
sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai
unit tatabahasa.
3. KONSEP
Dalam teori ini, bahasa merupakan satu sistem yang mempunyai talian
antara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfem dalam satu
unit bahasa.
Di samping itu, teori ini menekankan bahasa dalam sebagai satu
sistem pertuturan yang arbitrari.
Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah,tidak berasaskan
pertimbangan yang tertentu atau yang teliti.
Dalam teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan
aspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama.Kajian ini
juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudian
morfologi dan akhir sekali sintaksis.
4. RUMUSAN
Sebagai rumusan dapat dikatakan
bahawa;
i. bahasa ialah satu sistem bunyi
ii. bahasa bersifat arbitrari
iii. bahasa ialah alat perhubungan
5. CIRI-CIRI
Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambang
pertuturan. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat
serta empirikal.
Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian
atau eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji.Bahasa
yang dianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifat
structured-centered. Konsituen yang paling kecil dalam
teori ini ialah mengecilkan perkataan, diikuti frasa, klausa,
subjek, dan predikat.Di samping itu, perkaitan unit
tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen terdekat
6. HUBUNGAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan
rangsangan dan gerak balas.Bahan rangsangan untuk
penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran
kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini
lebih kepada pengajaran berbentuk induktif.
Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, ia
dijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankan
penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara
memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam
pembelajaran bahasa kedua.
7. HUBUNGAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan
contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi huraian
bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara
luaran. Huraian bahasa juga menumpukan kajian terhadap
morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata
itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-
kata itu dalam struktur ayat.
Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan
tumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayat
ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan
analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam
sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkan
setiap konstituen kepada konstituen