際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Oleh: Ahmad Zaidi bin Baharudin
(A144990)
Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM

 Bidang ilmu penterjemahan merupakan suatu bidang ilmu yang penting
dalam ketamadunan manusia. Sekiranya bidang ilmu ini tidak wujud
manusia itu tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan baik.
Melalui proses penterjemahan manusia dapat memahami bahasa
pertuturan yang berbeza antara mereka. Misalnya orang Arab berbincang
dengan orang Melayu, maka pada situasi seperti ini penterjemah
diperlukan supaya perbincangan yang dijalankan dapat difahami antara
dua pihak. Sekiranya kedua-dua pihak yang berbincang ini tidak
memahami bahasa pertuturan antara satu sama lain.
PENDAHULUAN
Salah satu bidang ilmu terjemahan adalah terjemahan al-Quran.
Terjemahan al-Quran dilakukan kerana al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa
Arab iaitu bahasa yang tidak semua orang memahaminya terutamanya penduduk
yang tinggal di luar kawasan tanah Arab. Misalnya orang Melayu, mereka
memerlukan kepada terjemahan atau tafsiran al-Quran untuk memahami isi
kandungan al-Quran tersebut. Oleh itu, terjemahan al-Quran kepada bahasa-
bahasa lain dilakukan demi kepentingan umat Islam di seluruh dunia agar umat
Islam dapat memahami dan mengikuti segala bidang ilmu yang terkandung di
dalam al-Quran tersebut.

Perkataan terjemah berasal daripada bahasa Arab iaitu
tarjam yang mengandungi beberapa maksud. Antaranya ia
membawa maksud pentafsiran atau penerangan dengan
menggunakan bahasa lain. Maksud ini berdasarkan kepada
penjelasan Ibn Manzur yang mengatakan bahawa terjemah itu
ialah mentafsirkan sesuatu kalimat dengan menggunakan
bahasa lain ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 1 ).
DEFINISI TERJEMAHAN
Terdapat pelbagai definisi terjemahan dari sudut istilah.
Antaranya adalah definisi al-Zalqaniyy yang mengatakan
bahawa ia bermaksud pemindahan makna perkataan
daripada sesuatu bahasa kepada bahasa lain, di samping
(teks bahan sasaran ) melengkapi seluruh makna dan
maksud teks sumber. Di sini kita dapat lihat bahawa al-
Zalqaniyy amat mementingkan aspek makna teks bahasa
sumber ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 3 ).

DEFINISI TERJEMAHAN AL-
QURAN
 Terjemahan al-Quran bermaksud memindahkan makna sesuatu perkataan atau
ayat al-Quran daripada bahasa asalnya kepada bahasa tanpa diberi penjelasan.
Ini dilakukan dengan memelihara nuzum dan uslub bahasa asal al-Quran tanpa
membuat sebarang perubahan pada maknanya (Mohd Shukri Hanapi, 2003: 4).
 Selain itu, ia juga bermaksud memindahkan makna sesuatu perkataan atau ayat
al-Quran itu serta mentafsirkannya dengan menggunakan bahasa lain (bahasa
sasaran) agar ia tidak terikat dengan susunan bahasa asal al-Quran. Perkara
yang penting hanyalah aspek makna dan tujuan yang hendak disampaikan oleh
ayat al-Quran tercapai (Mohd Shukri Hanapi, 2003: 4).
HUKUMMENTERJEMAHKAN
AL-QURAN 1) HARFIYYAT
2) TAFSIRIYYAT

HUKUM MENTERJEMAHKAN AL-
QURAN
1) HARFIYYAT :
Kebanyakan ulama bersepakat bahawa
hukum menterjemahkan al-Quran secara
harfiyyat adalah haram dan mustahil
berlaku. Hal ini kerana ia mempunyai syarat-
syarat yang tidak mungkin dapat dipenuhi
iaitu ia mestilah mempunyai
perbendaharaan kata yang sama dalam
kedua-dua bahasa tersebut.
Selain itu, terjemahan al-Quran
secara harfiyyat boleh memberi ruang
kepada musuh-musuh Islam terutamanya
para orientalis untuk menceburkan diri
dalam bidang yang sememangnya bukan
bidang mereka.
Kesempatan ini digunakan oleh mereka
untuk menterjemahkan al-Quran mengikut
hawa nafsu dan membuat penyelewengan
terhadap isi kandungan al-Quran ( Mohd
Shukri Hanapi, 2003: 44-46 ).
Hukum haramnya mentafsirkan
al-Quran secara harfiyyat adalah
dikecualikan terhadap orang-orang yang
tidak dapat memahami al-Quran melainkan
setelah diterjemahkan secara harfiyyat dan
ia hanyalah bersifat sementara serta dalam
keadaan darurat sahaja ( Mohd Shukri
Hanapi, 2003: 46-47 ).

HUKUM MENTERJEMAHKAN AL-
QURAN
2) TAFSIRIYYAT:
Dibenarkan oleh syara dan ada
yang mengatakan bahawa hukumnya adalah
fardhu kifayat. Hal ini kerana ia menjadi
perantaraan dalam menyampaikan mesej al-
Quran dan dakwah Islam itu sendiri kepada
orang yang tidak tahu berbahasa Arab.
Tambahan pula, tugas untuk menyampaikan
seruan al-Quran dan Islam adalah wajib ke
atas orang Islam .
Ia dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w yang
berbunyi, Setiap nabi diutus kepada kaumnya
sahaja, sedangkan aku diutus kepada manusia
seluruhnya. (Hadith Bukhari dan Muslim) -
(Manna Khalil Al-Qathan. 2006: 622-623 ).
Namun perlu diingatkan bahawa
terjemahan al-Quran secara tafsiriyyat adalah
berdasarkan kepada pemahaman peribadi yang
terhad. Ia hanya mengandungi sebahagian takwil
yang difahami oleh pentafsir tersebut. Dengan
kaedah pentafsiran ini, akidah Islam dan dasar-
dasar syariatnya dapat diterjemahkan ( Manna
Khalil Al-Qathan. 2006: 624 ).

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN
(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)
1) ILMU BAHASA ARAB
- Ilmu ini diperlukan untuk mengetahui
erti kosa kata (perbendaharaan kata)
dan makna menurut kedudukannya
dalam rangkaian kalimah. Justeru itu
tidak boleh tidak, pentafsir atau
penterjemah perlulah mempelajari dan
menguasai bahasa Arab serta seluruh
aspeknya dengan baik.
- Pengetahuan bahasa Arab juga
merupakan antara syarat utama, di
samping beberapa pengetahuan lain
untuk melayakkan seseorang itu
sebagai penterjemah makna al-Quran.
2) ILMU NAHU
- Bidang ilmu ini perlu dikuasai supaya
pentafsir atau penterjemah mudah
untuk menterjemahkan sesuatu
perkataan kerana pengertian sesuatu
perkataan itu akan berubah apabila
irabnya berubah.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN
(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)
3) ILMU SARF
- Ilmu ini penting kerana seseorang
pentafsir atau penterjemah dapat
mengetahui bentuk-bentuk kata yang
murrab (berubah) dan yang
mabniy(tidak berubah) serta dapat
merasakan wazan (paradigm) setiap
kata, bentuk dan sifatnya.
- Di samping itu dapat juga diketahui
cara sesuatu perkataan itu terbentuk
daripada perkataan asalnya kerana
setiap bentuk perkataan itu
mengandungi pengertiannya yang
khusus. Orang yang tidak dapat
menguasai ilmu ini nescaya akan sukar
dan terkeliru dalam menafsirkan atau
menterjemahkan ayat al-Quran.
4) ILMU AL-ISYTIQA (Etimologi)
- Al-Isytiqaq ialah ilmu yang mengkaji
tentang asal usul dan perkembangan
sesuatu perkataan. Ilmu ini penting
kerana ia dapat membantu pentafsir atau
penterjemah untuk mengetahui dasar
pembentukan asal perkataan yang
melahirkan kata-kata yang serumpun
dengan makna yang berlainan.
- Umpamanya, setiap kata nama benda
yang berasal daripada kata akar
(perkataan asal) yang berbeza tentu
mempunyai makna yang berlainan seperti
perkataan al-Siyahat (bersiar) atau
daripada perkataan al-Mash (menyapu).
Sebenarnya kedua-dua perkataan asal itu
mempunyai makana dan pengertian yang
berbeza.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN
(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)
5) ILMU MAANIY, BAYAN & BADI
- Ketiga-tiga ilmu ini penting kerana
dengan pengetahuan Ilmu al-Ma,aniy
seseorang pentafsir atau penterjemah
dapat mengetahui kekhususan dan
keistimewaan sesuatu ayat menurut
faedah maknanya, melalui pengetahuan
ilmu al-Bayan penterjemah dapat
mengetahui sesuatu ayat yang spesifik
sesuai dengan kejelasan atau kesamaran
erti dan makna yang dimaksudkan.
- Manakala pengetahuan tentang ilmu al-
Badi pula digunakan untuk memahami
dari segi keindahan susunan ayat.
6) ILMU HADITH
- Kemahiran dalam ilmu ini amat
diperlukan kerana ia berperanan
menjelaskan maksud ayat yang mujmal
(ringkas), menentukan yang mubham
(masih samar pengertiannya),
mengkhususkan yang umum,
membataskan yang mutlak dan
sebagainya.
- Dalam mentafsir (menterjemah) al-
Quran seseorang harus berpegang
kepada al-sunnah yang sahih, jika dalam
al-sunnah itu terdapat keterangan yang
berisi tafsir teks al-Quran.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN
(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)
7) AL-ASBAB AN-NUZUL
- Mengetahui cerita latar belakang sesuatu
ayat atau sebab-sebab kenapa ayat itu
diturunkan boleh membantu pentafsir
(penterjemah) untuk memahami dengan
lebih terperinci dan halus berhubung
makna, takwilan dan tafsiran yang lebih
kuat.
- Namun demikian, jumhur ulama
membuat rumusan hokum berdasarkan
lafaz yang umum, bukan kepada sebab
yang khusus. Lantaran itu tidak
keterlaluan jika sesetengah ulama tidak
membenarkan orang yang jahil tentang
al-Ashab al-Nuzul untuk mentafsirkan
(menterjemahkan) sebarang ayat al-
Quran.
8) ILMU QIRAAT
- Ilmu ini penting kerana ia secara
langsung menyentuh cara-cara
membaca yang pelbagai atau lebih
dikenali dengan al-Qiraat al-Sabat
(tujuh jenis bacaan) dan untuk
membetulkan bunyi sebutan lafaz-lafaz
al-Quran mengikut bacaan yang sah
iaitu bacaan yang selaras dengan
tatabahasa Arab, sesuai dengan salah
satu daripada khat tulisan mashaf
Uthman dan sanadnya yang sah
sekalipun diriwayatkan selain daripada
imam yang tujuh atau sepuluh pembaca
yang masyhur itu.

SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN
(ILMU YANG PERLU DIKUASAI)
9) ILMU NASIK WA MANSUKH
- Ilmu al-Nasikh (membatalkan sesuatu
hukum syara dengan dalilsyara) dan al-
Mansukh (yang dibatalkan hukumnya)
sangat diperlukan untuk memahami
setiap detik turunnya ayat al-Quran
sama ada di Makkah atau Madinah.
- Ia juga dapat membantu pentafsir
(penterjemah) untuk memahami sebab
penurunan ayat secara terperinci dan
pengetahuan tentang selok-belok ilmu
ini maka mudahlah bagi pentafsir
(penterjemah) menentukan ayat mana
yang turun dahulu dan yang mana pula
turun kemudian.
10) ILMU USULUDDIN
- Ilmu ini dapat membantu seseorang
pentafsir (penterjemah) untuk
mengetahui sifat-sifat Allah serta dalil-
dalilnya. Di samping itu ia akan dapat
mengukuhkan pegangan akidah
termasuk mempercayai perkara-
perkara ghaib seperti kewujudan
syurga, neraka, malaikat dan
mempercayai kebenaran kisah-kisah
para rasul yang terdahulu melalui
sumber ilmu yang sah dalam disiplin
ilmu.

1. BERAKHLAK MULIA
2. BERTAQWA DAN BERAMAL
3. NIAT DAN MATLAMAT YANG BENAR
4. JUJUR DAN TELITI
5. TAWADHU DAN BERLEMAH LEMBUT
6. HATI DAN JIWA YANG MULIA
7. TEGAS DAN MENEGAKKAN KEBENARAN
8. MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH MULIA
9. SENTIASA TENANG
10. BERKETERAMPILAN DAN BERIBAWA
ADAB-ADAB PENTERJEMAH

More Related Content

Terjemahan alquran

  • 1. Oleh: Ahmad Zaidi bin Baharudin (A144990) Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • 2. Bidang ilmu penterjemahan merupakan suatu bidang ilmu yang penting dalam ketamadunan manusia. Sekiranya bidang ilmu ini tidak wujud manusia itu tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan baik. Melalui proses penterjemahan manusia dapat memahami bahasa pertuturan yang berbeza antara mereka. Misalnya orang Arab berbincang dengan orang Melayu, maka pada situasi seperti ini penterjemah diperlukan supaya perbincangan yang dijalankan dapat difahami antara dua pihak. Sekiranya kedua-dua pihak yang berbincang ini tidak memahami bahasa pertuturan antara satu sama lain. PENDAHULUAN
  • 3. Salah satu bidang ilmu terjemahan adalah terjemahan al-Quran. Terjemahan al-Quran dilakukan kerana al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa Arab iaitu bahasa yang tidak semua orang memahaminya terutamanya penduduk yang tinggal di luar kawasan tanah Arab. Misalnya orang Melayu, mereka memerlukan kepada terjemahan atau tafsiran al-Quran untuk memahami isi kandungan al-Quran tersebut. Oleh itu, terjemahan al-Quran kepada bahasa- bahasa lain dilakukan demi kepentingan umat Islam di seluruh dunia agar umat Islam dapat memahami dan mengikuti segala bidang ilmu yang terkandung di dalam al-Quran tersebut.
  • 4. Perkataan terjemah berasal daripada bahasa Arab iaitu tarjam yang mengandungi beberapa maksud. Antaranya ia membawa maksud pentafsiran atau penerangan dengan menggunakan bahasa lain. Maksud ini berdasarkan kepada penjelasan Ibn Manzur yang mengatakan bahawa terjemah itu ialah mentafsirkan sesuatu kalimat dengan menggunakan bahasa lain ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 1 ). DEFINISI TERJEMAHAN
  • 5. Terdapat pelbagai definisi terjemahan dari sudut istilah. Antaranya adalah definisi al-Zalqaniyy yang mengatakan bahawa ia bermaksud pemindahan makna perkataan daripada sesuatu bahasa kepada bahasa lain, di samping (teks bahan sasaran ) melengkapi seluruh makna dan maksud teks sumber. Di sini kita dapat lihat bahawa al- Zalqaniyy amat mementingkan aspek makna teks bahasa sumber ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 3 ).
  • 6. DEFINISI TERJEMAHAN AL- QURAN Terjemahan al-Quran bermaksud memindahkan makna sesuatu perkataan atau ayat al-Quran daripada bahasa asalnya kepada bahasa tanpa diberi penjelasan. Ini dilakukan dengan memelihara nuzum dan uslub bahasa asal al-Quran tanpa membuat sebarang perubahan pada maknanya (Mohd Shukri Hanapi, 2003: 4). Selain itu, ia juga bermaksud memindahkan makna sesuatu perkataan atau ayat al-Quran itu serta mentafsirkannya dengan menggunakan bahasa lain (bahasa sasaran) agar ia tidak terikat dengan susunan bahasa asal al-Quran. Perkara yang penting hanyalah aspek makna dan tujuan yang hendak disampaikan oleh ayat al-Quran tercapai (Mohd Shukri Hanapi, 2003: 4).
  • 8. HUKUM MENTERJEMAHKAN AL- QURAN 1) HARFIYYAT : Kebanyakan ulama bersepakat bahawa hukum menterjemahkan al-Quran secara harfiyyat adalah haram dan mustahil berlaku. Hal ini kerana ia mempunyai syarat- syarat yang tidak mungkin dapat dipenuhi iaitu ia mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang sama dalam kedua-dua bahasa tersebut. Selain itu, terjemahan al-Quran secara harfiyyat boleh memberi ruang kepada musuh-musuh Islam terutamanya para orientalis untuk menceburkan diri dalam bidang yang sememangnya bukan bidang mereka. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menterjemahkan al-Quran mengikut hawa nafsu dan membuat penyelewengan terhadap isi kandungan al-Quran ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 44-46 ). Hukum haramnya mentafsirkan al-Quran secara harfiyyat adalah dikecualikan terhadap orang-orang yang tidak dapat memahami al-Quran melainkan setelah diterjemahkan secara harfiyyat dan ia hanyalah bersifat sementara serta dalam keadaan darurat sahaja ( Mohd Shukri Hanapi, 2003: 46-47 ).
  • 9. HUKUM MENTERJEMAHKAN AL- QURAN 2) TAFSIRIYYAT: Dibenarkan oleh syara dan ada yang mengatakan bahawa hukumnya adalah fardhu kifayat. Hal ini kerana ia menjadi perantaraan dalam menyampaikan mesej al- Quran dan dakwah Islam itu sendiri kepada orang yang tidak tahu berbahasa Arab. Tambahan pula, tugas untuk menyampaikan seruan al-Quran dan Islam adalah wajib ke atas orang Islam . Ia dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w yang berbunyi, Setiap nabi diutus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutus kepada manusia seluruhnya. (Hadith Bukhari dan Muslim) - (Manna Khalil Al-Qathan. 2006: 622-623 ). Namun perlu diingatkan bahawa terjemahan al-Quran secara tafsiriyyat adalah berdasarkan kepada pemahaman peribadi yang terhad. Ia hanya mengandungi sebahagian takwil yang difahami oleh pentafsir tersebut. Dengan kaedah pentafsiran ini, akidah Islam dan dasar- dasar syariatnya dapat diterjemahkan ( Manna Khalil Al-Qathan. 2006: 624 ).
  • 10. SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN (ILMU YANG PERLU DIKUASAI) 1) ILMU BAHASA ARAB - Ilmu ini diperlukan untuk mengetahui erti kosa kata (perbendaharaan kata) dan makna menurut kedudukannya dalam rangkaian kalimah. Justeru itu tidak boleh tidak, pentafsir atau penterjemah perlulah mempelajari dan menguasai bahasa Arab serta seluruh aspeknya dengan baik. - Pengetahuan bahasa Arab juga merupakan antara syarat utama, di samping beberapa pengetahuan lain untuk melayakkan seseorang itu sebagai penterjemah makna al-Quran. 2) ILMU NAHU - Bidang ilmu ini perlu dikuasai supaya pentafsir atau penterjemah mudah untuk menterjemahkan sesuatu perkataan kerana pengertian sesuatu perkataan itu akan berubah apabila irabnya berubah.
  • 11. SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN (ILMU YANG PERLU DIKUASAI) 3) ILMU SARF - Ilmu ini penting kerana seseorang pentafsir atau penterjemah dapat mengetahui bentuk-bentuk kata yang murrab (berubah) dan yang mabniy(tidak berubah) serta dapat merasakan wazan (paradigm) setiap kata, bentuk dan sifatnya. - Di samping itu dapat juga diketahui cara sesuatu perkataan itu terbentuk daripada perkataan asalnya kerana setiap bentuk perkataan itu mengandungi pengertiannya yang khusus. Orang yang tidak dapat menguasai ilmu ini nescaya akan sukar dan terkeliru dalam menafsirkan atau menterjemahkan ayat al-Quran. 4) ILMU AL-ISYTIQA (Etimologi) - Al-Isytiqaq ialah ilmu yang mengkaji tentang asal usul dan perkembangan sesuatu perkataan. Ilmu ini penting kerana ia dapat membantu pentafsir atau penterjemah untuk mengetahui dasar pembentukan asal perkataan yang melahirkan kata-kata yang serumpun dengan makna yang berlainan. - Umpamanya, setiap kata nama benda yang berasal daripada kata akar (perkataan asal) yang berbeza tentu mempunyai makna yang berlainan seperti perkataan al-Siyahat (bersiar) atau daripada perkataan al-Mash (menyapu). Sebenarnya kedua-dua perkataan asal itu mempunyai makana dan pengertian yang berbeza.
  • 12. SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN (ILMU YANG PERLU DIKUASAI) 5) ILMU MAANIY, BAYAN & BADI - Ketiga-tiga ilmu ini penting kerana dengan pengetahuan Ilmu al-Ma,aniy seseorang pentafsir atau penterjemah dapat mengetahui kekhususan dan keistimewaan sesuatu ayat menurut faedah maknanya, melalui pengetahuan ilmu al-Bayan penterjemah dapat mengetahui sesuatu ayat yang spesifik sesuai dengan kejelasan atau kesamaran erti dan makna yang dimaksudkan. - Manakala pengetahuan tentang ilmu al- Badi pula digunakan untuk memahami dari segi keindahan susunan ayat. 6) ILMU HADITH - Kemahiran dalam ilmu ini amat diperlukan kerana ia berperanan menjelaskan maksud ayat yang mujmal (ringkas), menentukan yang mubham (masih samar pengertiannya), mengkhususkan yang umum, membataskan yang mutlak dan sebagainya. - Dalam mentafsir (menterjemah) al- Quran seseorang harus berpegang kepada al-sunnah yang sahih, jika dalam al-sunnah itu terdapat keterangan yang berisi tafsir teks al-Quran.
  • 13. SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN (ILMU YANG PERLU DIKUASAI) 7) AL-ASBAB AN-NUZUL - Mengetahui cerita latar belakang sesuatu ayat atau sebab-sebab kenapa ayat itu diturunkan boleh membantu pentafsir (penterjemah) untuk memahami dengan lebih terperinci dan halus berhubung makna, takwilan dan tafsiran yang lebih kuat. - Namun demikian, jumhur ulama membuat rumusan hokum berdasarkan lafaz yang umum, bukan kepada sebab yang khusus. Lantaran itu tidak keterlaluan jika sesetengah ulama tidak membenarkan orang yang jahil tentang al-Ashab al-Nuzul untuk mentafsirkan (menterjemahkan) sebarang ayat al- Quran. 8) ILMU QIRAAT - Ilmu ini penting kerana ia secara langsung menyentuh cara-cara membaca yang pelbagai atau lebih dikenali dengan al-Qiraat al-Sabat (tujuh jenis bacaan) dan untuk membetulkan bunyi sebutan lafaz-lafaz al-Quran mengikut bacaan yang sah iaitu bacaan yang selaras dengan tatabahasa Arab, sesuai dengan salah satu daripada khat tulisan mashaf Uthman dan sanadnya yang sah sekalipun diriwayatkan selain daripada imam yang tujuh atau sepuluh pembaca yang masyhur itu.
  • 14. SYARAT-SYARAT PENTERJEMAHAN AL-QURAN (ILMU YANG PERLU DIKUASAI) 9) ILMU NASIK WA MANSUKH - Ilmu al-Nasikh (membatalkan sesuatu hukum syara dengan dalilsyara) dan al- Mansukh (yang dibatalkan hukumnya) sangat diperlukan untuk memahami setiap detik turunnya ayat al-Quran sama ada di Makkah atau Madinah. - Ia juga dapat membantu pentafsir (penterjemah) untuk memahami sebab penurunan ayat secara terperinci dan pengetahuan tentang selok-belok ilmu ini maka mudahlah bagi pentafsir (penterjemah) menentukan ayat mana yang turun dahulu dan yang mana pula turun kemudian. 10) ILMU USULUDDIN - Ilmu ini dapat membantu seseorang pentafsir (penterjemah) untuk mengetahui sifat-sifat Allah serta dalil- dalilnya. Di samping itu ia akan dapat mengukuhkan pegangan akidah termasuk mempercayai perkara- perkara ghaib seperti kewujudan syurga, neraka, malaikat dan mempercayai kebenaran kisah-kisah para rasul yang terdahulu melalui sumber ilmu yang sah dalam disiplin ilmu.
  • 15. 1. BERAKHLAK MULIA 2. BERTAQWA DAN BERAMAL 3. NIAT DAN MATLAMAT YANG BENAR 4. JUJUR DAN TELITI 5. TAWADHU DAN BERLEMAH LEMBUT 6. HATI DAN JIWA YANG MULIA 7. TEGAS DAN MENEGAKKAN KEBENARAN 8. MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH MULIA 9. SENTIASA TENANG 10. BERKETERAMPILAN DAN BERIBAWA ADAB-ADAB PENTERJEMAH