1. RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh :10 Oktober 2012 Hari : Rabu
Masa : 8.50 pagi hingga 10.10 pagi Kelas : 2 Inovatif & 2 Dinamik
Bilangan pelajar : 35 orang
Tunjang Pembelajaran : Kemahiran
Tajuk pembelajaran : Bola Baling
Fokus Pembelajaran :menghantar, menangkap, mengacah, menggelecek
Objektif : Di akhir proses pengajaran,pelajar dapat:-
Psikomotor
a)Melakukan serangan dengan menggunakan kemahiran menghantar dan menangkap dengan betul.
b) Menggunakan kemahiran mengelecek dan mengacah untuk menewaskan pihak lawan.
Kognitif
a) Menjawab soalan yang dikemukan dengan betul soalan berkaitan kemahiran yang diajar.
Afektif
a) Menunjukkan semangat kesukanan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
b) Berusaha menjaringkan gol an mendapatkan jawapan kepada setiap soalan
Pengetahuan awal pelajar : pelajar pernah melihat permainan bola baling dimainkan
Strategi :Teaching games for understanding (TGFU)
Persediaan pelajar : Pakaian sukan yang sesuai dan pengetahuan awal mengenai bola baling
Persediaan guru : Bola, Bahan bantu mengajar, kon, maker, wisel, skitel, pita ukur, gelung, pakaian sukan
2. FASA/MASA AKTIVITI BUTIRAN P&P ORGANISASI CATATAN
Permulaan
Set induksi Pelajar menjawab soalan Antara soalan yang ditanya oleh guru ialah: G
(10 minit) yang dikemukan oleh guru
mengenai bola baling. 1.Apakah tujuan utama permainan bola baling? P P
Tujuan utama permainan bola baling adalah untuk
menjaringkan gol sebanyak yang boleh sepanjang
waktu permainan. P P P P
2.Apakah kemahiran utama untuk mendapatkan mata/gol? Petunjuk:
Pemain perlu menggunakan teknik memperdaya pihak
lawan, mengacah dan melakukan hantaran untuk
G: guru
serangan
3.Namakan otot-otot utama dalam permainan bola baling P: murid
Quadriceps, gastrocnemius, biceps dan triceps
Pelajar memanaskan Hantaran dan larian Lampiran 1 -Skitel
badan sambil diawasi oleh -Bola
guru. Objektif: Mengaplikasikan teknik hantaran dan larian dalam -Wisel
aktiviti memanaskan badan.
Persediaan:
Terdapat dua bentuk digunakan dalam aktiviti
memanaskan badan bagi disesuaikan dengan
jumlah pelajar iaitu segi empat sama dan tiga segi
Bagi setiap bentuk, jarak antara skitel adalah 5
meter
Disetiap bucu, terdapat seorang pelajar kecuali di
tempat permulaan terdapat dua pelajar.
Prosedur:
Bentuk segi empat sama
Sebagai permulaan, pelajar A akan menghantar
bola kepada pelajar B dan pelajar A akan berlari
kearah tempat pelajar B.
Selepas iti, pelajar B yang menerima bola akan
menghantar kepada pelajar C dan Pelajar B akan
berlari kea rah pelajar C.
3. Pelajar C yang menerima bola akan menghantar
kepada pelajar D dan berlari kea rah pelajar D.
Pelajar D menerima bola dan menghantar kepada
pelajar E dan berlari ke arah pelajar E. Pelajar E
akan mengulangi pergerakan seperti di atas.
Pergerakan ini menggunakan sebiji bola dan
hendaklah dilakukan sepantas yang boleh.
Bentuk segi tiga
Sebagai permulaan, pelajar A akan menghantar
bola kepada pelajar B dan pelajar A kan berlari ke
tempat pelajar B.
Selepas iti, pelajar B yang menerima bola akan
menghantar kepada pelajar C dan Pelajar B akan
berlari kea rah pelajar C.
Pelajar C yang menerima bola akan menghantar
kepada pelajar D dan berlari kea rah pelajar D.
Pelajar D akan mengulangi pergerakan tersebut.
Pergerakan ini menggunakan sebiji bola dan
hendaklah dilakukan sepantas yang boleh.
Perkembangan
Langkah 1 Pelajar dibahagikan Nama permainan : Block Ball -Skitel
(20 minit) kepada 6 kumpulan dan -Maker
setiap kumpulan Objektif permainan: -bola
mengandungi 4 pelajar. Menyerang untuk mendapatkan mata
Mengunakan kemahiran menghantar dan
Pelajar akan bermain mengacah untuk mendapatkan mata
permainan Block Ball
Prosedur :
Satu kon kecil akan diletakkan di dalam gelung
untuk dijadikan sasaran.
Pelajar akan bermain empat lawan empat dimana
satu pasukan akan menyerang dan satu pasukan Petunjuk :
akan bertahan. - Pelajar bertahan
Pasukan bertahan akan cuba mempertahan kon - Pelajar menyerang
kecil sementara pasukan menyerang akan cuba -
mencari ruang untuk menyerang sasaran.
- Bola
4. Murid akan bermain dalam kawasan seluas 15 x 15
meter. Pasukan menyerang perlu bergerak ke
setiap kawasan dan melakukan hantaran,
menggelecek dan mengacah bagi meperdaya
pertahanan pihak lawan.
Masa yang diberikan adalah selama 3 minit untuk
menyerang. Selepas waktu tersebut, pelajar akan
bertukar peranan. Pasukan yang Berjaya
menjatuhkan kon kecil paling banyak dalam masa
tersebut dikira sebagai pemenang.
Pelajar menjawab soalan Selepas bermain, guru akan bertanya beberapa soalan Pelajar akan berbincang di
yang diberikan oleh guru. kepada pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir. Antara dalam kumpulan masing-
soalan yang ditanya ialah : masing bagi mendapatkan
jawapan.
1. Apakah cara paling terbaik untuk menyebabkan
pasukan pertahanan terkeluar dari posisi dan
meningkatkan peluang mendapatkan mata?
Bola perlu dihantar dengan cepat dan tepat
kepada rakan sepasukan supaya pasukan
pertahanan tidak dapat membaca pergerakan
bola. Rakan juga harus menangkap dengan
baik untuk mengelakkan bola keluar.
2. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan lagi
peluang mendapatkan mata?
Pasukan menyerang perlu mengaplikasikan
kemahiran menggelecek dan mengacah untuk
menyebabkan pertahanan lawan keluar dari
kedudukan bertahan dan seterusnya
meningkatkan peluang mendapatkan gol.
3. Apakah cara yang perlu dilakukan oleh pasukan
pertahanan untuk mematikan strategi serangan
pasukan menyerang?
Pasukan bertahan harus sentiasa bersedia dan
hampir dengan pasukan menyerang bagi
menyukarkan lawan melakukan hantaran dan
kemahiran lain.
5. Pelajar akan bermain Pelajar akan melakuakn aktiviti di permainan 1. Pelajar
semula. akan menunjukkan pergerakan dan hataran yang lebih baik
setelah menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
Aktiviti 2 Pelajar dibahagikan Nama permainan : men in the orb -Skitel
(20 minit) kepada 6 kumpulan dan -Maker
setiap kumpulan Objektif permainan : -bola
mengandungi 4 pelajar. Menyerang untuk mendapatkan mata -Gelung
Membentuk murid berfikir dan membuat
keputusan.
Prosedur :
Satu gelung diletakkan di tengah kawasan seluas
15 x 15 meter.
Pelajar akan bermain empat lawan empat.
Satu pemain pasukan menyerang akan masuk ke Petunjuk :
dalam gelung. Pasukan menyerang perlu mencari - Pelajar bertahan
peluang untuk menghantar bola kepada pemain - Pelajar menyerang
yang berada di dalam bulatan.
Setelah mendapat hantaran daripada rakan, pemain
-
yang di dalam bulatan perlu menghantar kembali - Bola
bola tersebut kepada rakannya yang berada di luar
bulatan. -Gelung
Pasukan bertahan harus cuba menghalang hantaran
dilakukan kepada pemain yang berada di dalam
bulatan.
Sekiranya bola dirampas, peranan kedua-dua
pasukan akan berubah serta merta. Hanya seorang
sahaja pemain menyerang dibenarkan berada di
dalam bulatan.
Masa permainan adalah 6 minit. Pasukan yang
Berjaya melakukan hantaran kepada rakan di
dalam bulatan paling banyak akan dikira sebagai
pemenang.
Selepas 6 minit, guru akan bertanya beberapa soalan kepada
Pelajar menjawab soalan
pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir. Antara solan
yang diberikan oleh guru.
yang ditanya ialah :
6. 1.Bagaimanakah cara untuk mengekalkan penguasaan dan
mendapatkan mata? Pelajar akan berbincang di
Cara yang terbaik adalah dengan melakukan hantaran dalam kumpulan masing-
yang tepat dan pantas. Kemahiran mengacah dan masing bagi mendapatkan
menggelecek akan membantu menghasilkan ruang jawapan.
untuk membolehkan bola dihantar kepada pemain di
dalam gelung.
2. Bagaimanakah untuk mengelakkan pasukan bertahan
mendapat penguasaan bola dan posisi menyerang?
Kemahiran hantaran yang betul dan cara tangkapan
yang betul akan membantu mengelakkan pasukan
menyerang kehilangan bola kepada pasukan yang
menyerang.
3.Sekiranya percubaan kamu untuk menghantar bola
kepada pihak lawan Berjaya dihalang, apakah yang harus
dilakukan?
Membawa bola kea rah lain dan menghantar kepada
rakan sepasukan.
Pelajar akan bermain Perlakuan pelajar haruslah menunjukkan kemahiran dan
semula aplikasi hasil jawapan terhadap persoalan yang diberikan
oleh guru.
Aktiviti 3 Pelajar dibahagikan Nama permainan : score the goal -Skitel
(20 minit) kepada 6 kumpulan dan -Maker
setiap kumpulan Objektif permainan : -bola
mengandungi 4 pelajar Mendapatkan mata sebanyak yang boleh. -Gelung
Membantu pelajar berfikir cara untuk
Pelajar bermain permainan mendapatkan mata
4 vs 4.
Prosedur :
Pelajar akan bermain di dalam kawasan seluas 15
x 15 meter dan terdapat gol yang diperbuat
daripada gelung.
Pelajar akan bermain empat lawan empat di
kawasan ini.
7. Pelajar perlu memasukan bola ke dalam gelung
yang disediakan. Pelajar perlu memasukkan bola
ke dalam gelung sebanyak yang boleh.
Petunjuk :
Pelajar perlu mencari strategi untuk memasukan
bola ke dalam gelung yang disediakan. - gol
Satu gelung lain akan diletakkan disetiap gelung - murid
yang dijadikan gawang gol untuk mengelakkan - bola
pasukan bertahan berada terlalu hampir dengan
gelung untuk menjringkan gol. -Gelung
Pasukan yang menjaringkan gol paling banyak
dikira sebagai pemenang.
Pelajar menjawab soalan Selepas 5 minit pelajar akan menjawab beberapa soalan Pelajar akan berbincang dalam
yang diberikan oleh guru. yang dikemukakan oleh guru untuk menggalakkan pelajar kumpulan masing-masing.
berfikir. Antara soalan yang ditanya ialah :
1.Apakah yang perlu dilakukan apabila berada dihadapan
gol?
Membaling bola ke gawang untuk mendapatkan mata.
(menjaringkan gol)
2.Dimanakah perlu kamu sasarkan bola ketika hendak
menjaringkan gol sekiranya terdapat penjaga gol?
Jauh daripada jangkauan penjaga gol agar penjaga gol tidak
dapat menyelamatkan bola.
3.Bagaimanakah untuk memperdaya pihak lawan dan
penjaga gol untuk mendapatkan jaringan?
Dengan menggunakan teknik mengacah, menggelecek dan
hantaran yang tepat kepada rakan sepasukan yang lain.
Pelajar akan bermain Pelajar akan cuba mengaplikasikan kemahiran yang lebih
semula. baik setelah menjawab soalan yang diberikan oleh guru
sebelum permainan kembali dijalankan.
8. Penutup
Menyejukkan Pelajar akan melakukan Tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan :
badan aktiviti menyejukkan
(10 minit) badan selepas bermain. 1. Mengurangkan jumlah asid laktik yang terkumpul
2. Menurunkan suhu dan kadar denyutan jantung ke
tahap normal.
Pelajar akan mengaplikasikan menyejukkan badan
menggunakan kaedah proprioceptive neuromascular
facilitation. PETUNJUK
Pelajar
Guru
Pelajar menjawab soalan Soalan
yang dikemukakan dan G
mendengar refleksi guru. 1.Apakah kemahiran yang dipelajari?
Hataran, menangkap, mengacah, menggelecek P P
2.Apakah otot-otot yang terlibat dalam permainan bola
baling? P P P P
Biceps,triceps, quadriceps,gastroicnomeus
Petunjuk:
3.Bagaimanakah cara untuk mengelekkan pihak lawan
mendapat bola? G: guru
Menghantar dengan tepat dan melakukan tangkapan
dengan baik.
P: murid
Hantaran dan menangkap merupakan kemahiran paling asas
yang perlu dikuasai untuk bermain bola baling. Hantaran
dan tangkapan yang baik membolehkan pasukan menyerang
dan bertahan dengan baik.Kemahiran menggelecek dan
mengacah akan membantu untuk menewaskan atau
memperdaya pihak lawan bagi mendapatkan ruang
melakukan hantaran atau menjaringkan gol.