際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Lajnah Informasi
Penerbitan MTEN
Tepat jam 11.30 pagi, bertarikh 3 April 2013, persoalan yang bermain dalam kalangan
seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab dengan pengumuman pembubaran parlimen oleh
Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Tahniah diucapkan.
Ketika ini, semua parti yang bertanding pastinya menguatkan jentera masing-masing
untuk berperang dalam PRU13 ini. Harus diingat oleh kita semua, jika proses pilihan raya pada
kali ini berjalan secara telus dan bersih, yang untung adalah kita semua sebagai rakyat Malaysia
tanpa mengira parti dan kaum. Hal ini kerana PRU yang bersih dan adil akan melahirkan
barisan pimpinan negara yang telus dan berkualiti. Tidak seharusnya kita biarkan perjalanan
politik negara kita ditentukan oleh undang-undang rimba dalam erti kata siapa yang kuat dia
akan dapat sehingga mengenepikan faktor moral dan etika. Begitu juga tradisi politik yang
dicetuskan oleh Machiavelli seperti pendekatan matlamat menghalalkan cara cukup
bertentangan dengan nilai agama Islam dan agama-agama lain harus kita banteras sekeras-
kerasnya.
Jadilah pengundi yang matang dan semua daripada kita harus belajar menjadi kritis agar
kita benar-benar membuat penilaian yang adil dan tepat untuk memilih calon dan parti yang
selayaknya menjadi nakhoda Malaysia tercinta, yang bersedia berkhidmat untuk rakyat
bukannya tersalah memilih pemimpin yang palsu dan menggadai maruah negara.
Sesiapa yang tidak menggunakan hak memilih (mengundi) sehingga calon yang semestinya
layak dipilih menjadi kalah dan suara mejoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak,
beerti dia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia
diperlukan untuk memberi kesaksian. (Fiqh Ad Daulah Fil Islam, Dr Yusuf Al Qaradhawi)
Salam PRU dari MTEN untuk semua warga IPG KPI!

More Related Content

Tinta murabbi april

  • 1. Lajnah Informasi Penerbitan MTEN Tepat jam 11.30 pagi, bertarikh 3 April 2013, persoalan yang bermain dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab dengan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Tahniah diucapkan. Ketika ini, semua parti yang bertanding pastinya menguatkan jentera masing-masing untuk berperang dalam PRU13 ini. Harus diingat oleh kita semua, jika proses pilihan raya pada kali ini berjalan secara telus dan bersih, yang untung adalah kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira parti dan kaum. Hal ini kerana PRU yang bersih dan adil akan melahirkan barisan pimpinan negara yang telus dan berkualiti. Tidak seharusnya kita biarkan perjalanan politik negara kita ditentukan oleh undang-undang rimba dalam erti kata siapa yang kuat dia akan dapat sehingga mengenepikan faktor moral dan etika. Begitu juga tradisi politik yang dicetuskan oleh Machiavelli seperti pendekatan matlamat menghalalkan cara cukup bertentangan dengan nilai agama Islam dan agama-agama lain harus kita banteras sekeras- kerasnya. Jadilah pengundi yang matang dan semua daripada kita harus belajar menjadi kritis agar kita benar-benar membuat penilaian yang adil dan tepat untuk memilih calon dan parti yang selayaknya menjadi nakhoda Malaysia tercinta, yang bersedia berkhidmat untuk rakyat bukannya tersalah memilih pemimpin yang palsu dan menggadai maruah negara. Sesiapa yang tidak menggunakan hak memilih (mengundi) sehingga calon yang semestinya layak dipilih menjadi kalah dan suara mejoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak, beerti dia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dia diperlukan untuk memberi kesaksian. (Fiqh Ad Daulah Fil Islam, Dr Yusuf Al Qaradhawi) Salam PRU dari MTEN untuk semua warga IPG KPI!