際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
http://langitillahi.com

    Sesungguhnya hati seseorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai
                         hakikat kelazatan iman kepada Allah SWT.
                                   Imam Hassan al-Banna

  Nasihat Imam Ghazali :
  Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali memberi nasihat 4 perkara yang perlu
  dilakukan oleh seorang mukmin muslim di awal pagi sebelum subuh. Katanya 4 perkara
  itu ialah :

  (1) Membaca Al-Quran
  Melalui hari-hari dalam kehidupan, tanpa ruh Al-Quran adalah tanda kepincangan dan
  kelesuan jiwa yang sangat kronik. Harus kita memprogram diri untuk membaca,
  menghayati dan memahami intipati Al-Quran. Biarkan ruh Al-Quran mengalir dalam
  setiap urut nadi darah kita dengan harmoni, dan aman.

  (2) Berdoa
  Berdoa adalah senjata kekuatan mukmin yang sangat ampuh. Sangat pelik jika, seorang
  mukmin itu jarang-jarang berdoa. Menjadikan doa sebagai amalan harian adalah salah
  satu kaedah yang sangat baik dalam membina hubungan yang kukuh antara makhluk dan
  Khaliq.
  Berdoa akan melahirkan jiwa mukmin yang sentiasa menyakini janji-janji Allah SWT,
  pasrah kepada ketentuanNya, sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dalam setiap
  tanduknya dan ia merupakan tanda ketundukan serta penyerahan sepenuhnya kepada
  Rabbul Alamin.

  (3) Berzikir
  Zikrullah adalah amalan soleh yang sangat baik kepada hati. Ia akan menghidupkan,
  menyegarkan dan memantapkan hubungan hati kita dengan Allah SWT. Banyak zikir-zikir
  yang boleh kita jadikan amalan dalam hidup ini. Salah satunya juga ialah, zikir al-
  Mathurat yang disusun oleh Imam Hassan Al-Banna

  (4) Berfikir
  Banyak ayat Al-Quran yang mengalakan usaha-usaha untuk berfikir. Islam adalah agama
  yang sangat mengalakan umatnya berfikir. Semasa awal subuh juga, kita boleh
  merencanakan waktu untuk membaca buku, ulangkaji pelajaran, merancang tugasan
  harian dan berfikir untuk melakukan sesuatu untuk masa hadapan kita. Berfikir itu adalah
  langkah bagi melaksanakan tuntutan ubudiyah dengan jalan yang terbaik!

Dalam kesibukan kita menyelesaikan tugasan assignments,jangan dilupa tanggungjawab
 utama kita terhadap Allah Taala yang jauh lebih perlu diutamakan.Semoga amalan yang
     dicadangkan ini dapat kita amalkan sambil menyiapkan assignment,semoga ada
                                    keberkatannya.

More Related Content

Tinta murabbi musim assignments edit

  • 1. http://langitillahi.com Sesungguhnya hati seseorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai hakikat kelazatan iman kepada Allah SWT. Imam Hassan al-Banna Nasihat Imam Ghazali : Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali memberi nasihat 4 perkara yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin muslim di awal pagi sebelum subuh. Katanya 4 perkara itu ialah : (1) Membaca Al-Quran Melalui hari-hari dalam kehidupan, tanpa ruh Al-Quran adalah tanda kepincangan dan kelesuan jiwa yang sangat kronik. Harus kita memprogram diri untuk membaca, menghayati dan memahami intipati Al-Quran. Biarkan ruh Al-Quran mengalir dalam setiap urut nadi darah kita dengan harmoni, dan aman. (2) Berdoa Berdoa adalah senjata kekuatan mukmin yang sangat ampuh. Sangat pelik jika, seorang mukmin itu jarang-jarang berdoa. Menjadikan doa sebagai amalan harian adalah salah satu kaedah yang sangat baik dalam membina hubungan yang kukuh antara makhluk dan Khaliq. Berdoa akan melahirkan jiwa mukmin yang sentiasa menyakini janji-janji Allah SWT, pasrah kepada ketentuanNya, sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dalam setiap tanduknya dan ia merupakan tanda ketundukan serta penyerahan sepenuhnya kepada Rabbul Alamin. (3) Berzikir Zikrullah adalah amalan soleh yang sangat baik kepada hati. Ia akan menghidupkan, menyegarkan dan memantapkan hubungan hati kita dengan Allah SWT. Banyak zikir-zikir yang boleh kita jadikan amalan dalam hidup ini. Salah satunya juga ialah, zikir al- Mathurat yang disusun oleh Imam Hassan Al-Banna (4) Berfikir Banyak ayat Al-Quran yang mengalakan usaha-usaha untuk berfikir. Islam adalah agama yang sangat mengalakan umatnya berfikir. Semasa awal subuh juga, kita boleh merencanakan waktu untuk membaca buku, ulangkaji pelajaran, merancang tugasan harian dan berfikir untuk melakukan sesuatu untuk masa hadapan kita. Berfikir itu adalah langkah bagi melaksanakan tuntutan ubudiyah dengan jalan yang terbaik! Dalam kesibukan kita menyelesaikan tugasan assignments,jangan dilupa tanggungjawab utama kita terhadap Allah Taala yang jauh lebih perlu diutamakan.Semoga amalan yang dicadangkan ini dapat kita amalkan sambil menyiapkan assignment,semoga ada keberkatannya.