1. TIPS MERMERDUKAN SUARA
1. Menjernihkan Kerongkong
Selepas bangun tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak
sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi sebab kalau dah berus gigi,
lendir tu susah nak keluar.
2. Titiskan Air
Titiskan air dalam lubang hidung. Nanti lendir dalam hidung dengan dekat kerongkok tu keluar.
3. Minum Air Suam
Biasakan diri untuk minum air suam pada waktu malam. Jangan terus diminum air tersebut,
kumurlah dahulu air suam itu, kemudian lepaskan ke dalam perut sediki demi sedikit sehingga
dapat dirasakan di kerongkong.
4. Jaga Pemakanan dan Minuman
Jangan mengambil makanan yang banyak minyak dan santan. Lagi satu, jangan minum air
berais (air sejuk) banyak sangat, banyakkan minum air mineral yang suam sahaja. Kurangkan
minuman yang berkafien juga seperti teh dan kopi.
5. Latihan Vokal
Lakukan latihan vokal dengan menyanyikan lagu yang memiliki nada rendah. Ketika menyanyi,
keluarkan suara dengan jelas tanpa ditahan. Menanyi dengan kuat agar pita suara terbiasa dan
dapat melebar. Seterusnya, nyanyikan tanda nada, do, re, mi, fa, so, la, ti, do dalam nada
rendah. Kemudian nada sederhana dan last sekali nada maksimum(macam menjerit), agar pita
suara menjadi elastik dan kita terbiasa. Akhir sekali, biasakan untuk menyanyi lagu yang
bernada tinggi (macam lagu rock), mula-mula anda akan rasa susah, tapi lama-lama mesti dah
terbiasa. Lakukan latihan vokal ini minimum satu jam sehari agar suara menjadi lebih mantap.
Akhir sekali, sertakan doa kepada Allah untuk menjadikan suara kita lebih merdu dan nafas
menjadi lebih panjang. Insya Allah sekiranya niat kita adalah baik, Allah akan memakbulkan doa
kita. Insya Allah..