1. Tips persediaan untuk Proposal Defend
1. Tak perlu dokumenkan semua perkara dalam proposal ke dalam slide.... penilai dah baca
proposal jadi cuma fokuskan kepada isi penting sahaja iaitu
a. Definisi terma
b. Simptom / Isu
c. Pernyataan masalah
d. objektif -> persoalan kajian -> instrumen
e. skop kajian
f. sumbangan kajian
g. pembangunan model / framework
h. justifikasi model digunakan dan lompang yang diisi
i. kaedah penyelidikan
j. perancangan masa penyelidikan
2. Define semua term yang digunakan dengan jelas beserta rujukan. Definisi ni penting agar kita
tidak lari daripada apa yang dikaji dan tahu tentang boundary kajian.
3. Terangkan isu2 yang akan membawa kepada pernyataan masalah beserta rujukan
4. Pernyataan masalah perlu menunjukkan satu saja masalah yang perlu diselesaikan
5. Objektif perlu menunjukkan solusi kepada masalah
6. Skop kajian perlu mempunyai justifikasi pemilihan
7. Yakin dengan apa yang dipresent....
OK... good luck to all yang akan menempuhi proposal defend...