1. SUMBANGAN EKONOMI
Konsep Pasaran
Tun Dr Mahathir menolak konsep pasaran bebas atau Laissez-faire dalam menggerakkan ekonomi
negara
Beliau berpegang kepada sistem ekonomi pasaran terkawal sebagai alternatif kepada sistem
ekonomi persendirian
Ini bermakna kerajaan meletakkan kawalan terhadap bidang ekonomi agar tidak dimonopoli atau
dikuasai oleh mana-mana pihak
Dasar Penswastaan
Program penswastaan mula dilancarkan pada tahun 1983 sebagai satu usaha melibatkan peranan
sektor swasta dalam menjana pembangunan negara
Dasar Penswastaan melibatkan pemindahan perkhidmatan, pelaburan, dan kuasa tertentu kepada
sektor swasta & ia boleh dijalankan sepenuhnya atau sebahagian sahaja
Dasar ini bermatlamat untukmeningkatkan mutu perkhidmatan awam, meningkatkan produktiviti
dan kualiti perkhidmatan, serta mengurangkan beban kewangan kerajaan supaya kerajaan dapat
menumpukan usaha terhadap pembangunan sektor lain
Rasionalnya ialah supaya sektor swasta dianggap lebih cekap juga dapat menggiatkan ekonomi
melalui pelaburan modal oleh sektor swasta
Tun Dr Mahathir bertindak bijak apabila menjadikan Unit Perancangan Ekonomi (UPE) sebagai
jawatankuasa penswastaan
Dasar Pensyarikatan
Tun Dr Mahathir memperkenalkan Dasar Pensyarikatan pada bulan Februari 1983
Dasar ini bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dengan swasta agar kedua-duanya
bekerja sebaga rakan kongsi dalam pembangunan ekonomi negara
Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta ditubuhkan bagi
melaksanakan Dasar Pensyarikatan
Melalui dasar ini, Malaysiadiumpamakan sebagai sebuah syarikat yangdimiliki secara bersama oleh
kerajaan dan sektor swasta
bertanggungjawab memajukan ekonomi Malaysia
Kedua-dua pihak mesti berganding bahu dalam mencapai matlamat yang sama, iaitu kemajuan
negara Malaysia
Dasar Sogoshosha Malaysia
Dalam memperhebatkan eksport negara, Tun Dr Mahathirmemperkenalkan Sogoshosha Malaysia
SUMBANGAN SOSIAL
Skim Pinjaman Buku Teks & Dasar Pelajaran Kebangsaan
Semasa menjadi Menteri Pelajaran, Dr Mahathir memberi perhatian berat kepada
pelbagai masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di luar bandar seperti isu
keciciran pelajar dan kekurangan guru
Beliau memperkenalkan skim pinjaman buku teks untuk membantu para pelajar di
sekolah bantuan penuh kerajaan
Pada tahun 1974, Dr Mahathir mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Kabinet untuk mengkaji semula pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan supaya
selaras dengan keperluan semasa negara bagi memenuhi keperluan tenaga kerja,
membina identiti kebangsaan dan memupuk perpaduan negara
Dasar Telekomunikasi Negara
Malaysia mengasaskan Pusat KajianSains Angkasa dengan penubuhan Planetarium
Negara yang dilancarkan pada tahun 1994
Tun Dr Mahathir melancarkan satelit milik Malaysia, iaitu MEASAT 1 pada tahun
1995 dan MEASAT 2 pada Oktober 1996
Pada tahun 1996, Beliau juga telah merealisasikan sebuah daerah yang menjadi
hub teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global di rantau Asia yang dikenali
sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) yang berpangkalan di Cyberjaya.
Hub tersebut telah berjaya menarik perhatian ratusan syarikat ICT antarabangsa
untuk menubuhkan pusat operasi serantau di situ seperti dari Jepun, Amerika
Syarikat dan Eropah.
Antara syarikat ICT yang beroperasi di MSC termasuk Microsoft, IBM, Nokia,
Fujitsu, Measat, Motorola, Bloomberg, Reuters, Ericsson, Hewlett-Packard, Alcatel,
Aptilo Network dan banyak lagi.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga mencatat
satu lagi sejarah kejayaan negara yang amat gemilang. Pencapaian tersebut telah
mengangkat imej Malaysia dalam arena penerbangan antarabangsa kerana
kecanggihan peralatan dan kecekapan perkhidmatannya.
Tun Dr.Mahathir telah membangunkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di
Putrajaya yang menempatkan kompleks pelbagai kementerian yang sistematik
serta mengilhamkan pembangunan Menara Berkembar Petronas
Beliau turut mewujudkan penubuhan Persidangan Ekonomi Asia Pasifik(APEC) bagi
membentuk kerjasama ekonomi dikalangan negara-negara di rantau Asia Pasifik. Malaysia
merupakan sebuah negara yang menjadi anggota penaja APEC selain Australia, Brunei,
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
LATAR BELAKANG
Dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, 20 Disember 1925, anak bongsu di
kalangan sembilan orang adik-beradik kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan
Wan Tempawan binti Wan Hanafi
Bapa DrMahathir ialah guru Bahasa Inggeris yang dikenalidengan panggilan Master
Iskandarserta ibunya mempunyai kaitan keturunan Wan Mat Saman; iaitu Menteri
Besar Kedah yang memajukan bidang pertanian di Kedah dengan membina terusan
yang dikenali sebagai 'Terusan Wan MohamadSaman'.
Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Melayu Seberang Perak
pada tahun 1930 selama 2 tahun.
Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Setar
yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Hamid selepas memasuki kelas peralihan
selama setahun memperoleh keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada
1945.
Selepas tamat pengajian peringkat menengah pada tahun 1948, Tun Dr. Mahathir
telah ditawarkan biasiswa Kerajaan Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine,Universiti Malaya,
Singapura
Beliau sangat meminati subjek sejarah kerana berpendapat bahawa sejarah
merupakan asas kepada sesuatu bangsa untuk bergerak ke hadapan mencapai
kemajuan dan mengelakkan bangsa tersebut daripada mengulangi kesilapan atas
kesalahan yang sama.
Pada tahun1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan(M.B.B.S) dari
University of Malaya,Singapura dan memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan
dengan menjadi Doktor pelatihdi Hospital Besar Pulau Pinang
Pada tahun 1954, Tun Dr.Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di
Hospital Besar Alor Setar. Beliau juga pernahberkhidmat di Langkawi, Jitra danPerlis
Kemudian beliau membuka klinik dikenali sebagai Klinik Maha di Alor Setar pada
tahun 1957 untuk membolehkan beliau bergerak dengan lebih cergas dan bebas
dalam dunia politik.
Pada tahun 1976, Tun Hussein Onn melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Timbalan
Perdana Menteri
Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan
Selepas itu, beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian
Pada pertengahan 1981, Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selepas Tun
Hussein Onnmengumumkan persaraannya.
Apabila menyandang jawatan politik tertinggi negara pada 16 Julai 1981, Tun
Dr.Mahathir mengambil langkah segera mempercepatkan pembangunan dan
pemodenan negara kerana berpendapat bahawa negara perlu bergerak pantas agar
tidak ketinggalan.
SUMBANGAN POLITIK
Semasa berada di luar UMNO, Dr Mahathir menghasilkan sebuah buku, The Malay
Dilemma. Beliau mengkaji masalah kemunduran ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu;
Beliau menegur dasar kerajaan yang dilihatnya tidak banyak membantu orang Melayu
dalam bidang ekonomi
Bergiat dalam politik negara
Sejak tahun 1945, Tun Dr. Mahathir telah bergiat aktif dalam politik negara.
Beliau mengambil bahagian dalam kempen menggagalkan Malayan Union
Beliau juga merupakan orang pertama yang mendaftar sebagai ahli apabila UMNO
ditubuhkan
Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah semasa di bangku sekolah iaitu
pejuangan menentang Malayan Union yang cuba ditubuhkan oleh kolonial Inggeris
pada tahun 1946.
Sebelum itu, beliau juga telah menulis surat Dato' Onn Jaafar supaya menolak
anugerah 'Sir' daripada kerajaan British.
Kempen Bersih, Cekap dan Amanah/ Kepimpinan Melalui Teladan
Demi memantapkan jentera kerajaan, Tun Dr Mahathir memperkenalkan kempen
Bersih, Cekap, dan Amanah serta Kepimpinan Melalui Teladan
Selaras dengan kempen ini, beliau memperkenalkan kad perakam waktu dan
pemakaian tanda nama kepada kakitangan awam
Kempen ini bertujuan untuk menerapkan nilai bertanggungjawab dan etika kerja
cemerlang dalam kalangan kakitangan awam
Dasar Pandang ke Timur
Tun Dr Mahathir tertarik dengan budayakerjamasyarakat Jepun dan Korea
Beliau berpendapat bahawa budaya tersebut harus dicontohi oleh masyarakat
Malaysia bagi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja profesional
Beliau memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan mencontohi budaya
kerja masyarakat Jepun dan Korea Selatan demi meningkatkan produktiviti,
menyemai etika kerja profesional, menyemai semangat mencintai negara, dan
kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu kerja
Tun Dr Mahathir menggerakkan rancangan Dasar Pandang ke Timur melalui
penghantaran pelajar dan pekerja Malaysia ke Jepun untuk mempelajari teknologi
dan mencontohi budaya kerja mereka
Wawasan 2020
Pada 28 Februari 1991, Tun Dr Mahathir mensetuskan idea Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020
Mengikut beliau, taraf negara maju yang ingin dicapai bukannya seperti
negara-negara maju di Barat, malah ianya menekankan kemajuan bersepadu
berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri
Demi mencapai hasrat tersebut, Tun Dr Mahathir telah menggariskan sembilan
cabaran yang mesti diatasi.
SEJARAH MALAYSIA: TEMA 4 PENGISIAN KEMERDEKAAN