1. Tokoh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir
Gelaran bapa permodenan telah diberikan kepada beliau kerana beliau telah
menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang moden, mampu
bersaing di persada dunia. Kejayaan melonjakkan kemajuan Malaysia
menjadikan beliau seorang individu dan pemimpin yang dihormati dan
disegani.
Dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mathatir merupakan
anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang perak pada tahun 1930 selama 2
tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English
School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Hamid selepas
memasuki kelas peralihan selama setahun memperoleh keputusan Senior
Cambridge yang cemerlang pada 1945.
Selepas tamat pengajian peringkat menengah pada tahun 1947, Tun Dr.
Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kerajaan Negeri Kedah untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of
Medicine, Singapura. Selain subjek teras, beliau sangat meminati subjek
sejarah kerana berpendapat bahawa sejarah merupakan asas kepada sesuatu
bangsa untuk bergerak ke hadapan mencapai kemajuan dan mengelakkan
bangsa tersebut daripada mengulangi kesilapan atas kesalahan yang sama.
Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah semasa di bangku sekolah
iaitu pejuangan menentang Malayan Union yang cuba ditubuhkan oleh
kolonial Inggeris pada tahun 1946. Sebelum itu, beliau juga telah menulis
surat Dato' Onn Jaafar supaya menolak anugerah 'Sir' daripada kerajaan
British. Bersama beberapa rakan yang lebih tua, beliau akan menaikkan
pelbagai kain rentang yang menampilkan slogan anti Malayan Union di sekitar
Alor Setar.
2. Bersama Keluarga
Tun Dr Mahathit seorang yang sangat prihatin dan peka dengan keadaan
sekeliling. Beliau memerhati, menganalisis, memberi pendapat dan
mengkritik keadaan politik dan sosial di negara kita sejak zaman sebelum
merdeka lagi. Semasa masih bergelar penuntut universiti, beliau sering
menghantar artikel untuk disiarkan di akhbar Straits Times dan Sunday Times
dengan menggunakan nama pena Che'Det.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor
Perubatan(M.B.B.S) dari University of Malaya,Singapura dan memulakan
perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi Doktor pelatih di Hospital
Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Tun Dr.Mahathir telah dilantik sebagai
Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar. Beliau juga pernah
berkhidmat di Langkawi, Jitra dan Perlis. Kemudian beliau membuka klinik
dikenali sebagai Klinik Maha di Alor Setar pada tahun 1957 untuk
membolehkan beliau bergerak dengan lebih cergas dan bebas dalam dunia
politik.
Penglibatan Tun Dr.Mahathir dalam politik sebenarnya bermula apabila
beliau menjadi ahli SABERKAS(Sayangkan Bangsa Ertinya Korban Apa Sahaja)
di Kedah. Oleh kerana SUBERKAS merupakan badan bersekutu UMNO, maka
Dr Mahathir secara automatik menjadi ahli UMNO apabila ia ditubuhkan pada
11 Mei1946. Walau bagaimanapun, pada peringkat awal beliau agak kurang
disenangi oleh sebahagian pemimpin UMNO negeri pada masa itu kerana
pemikiran beliau yang terlalu progresif dan mendahului masa. Antara saranan
kontroversiyang ditolak oleh UMNO Kedah ialah beliau mancadangkan
supaya semua calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Umum
mempunyai taraf pendidikan tertentu tanpa perlu bergantung kepada
pengalaman mereka dalam bidang politik semata-mata.
Kelantangan membela kepentingan rakyat yang tertindas dan keberanian
beliau menongkah arus berlainan pendapat daripada majoriti jugalah
3. menyebabkan beliau dipecat dari UMNO seketika pada 1969. Beliau kembali
bergiat cergas apabila diterima semula masuk ke dalam UMNO oleh Perdana
Menterikedua Tun Abdul Razak pada bulan Mac 1972 dan dilantik sebagai
Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi pada 6 Jun 1972. Menyedaribahawa beliau
seorang yang berpegalaman dalam bidang pelajaran dan amat mencintai ilmu
pengetahuan, maka Tun Abdul Razak telah melantik beliau sebagai Menteri
Pelajaran pada 1974. Tun Dr.Mahathir sedar bahawa semua anak negeri ini
perlu diberi hak dan peluang sama-rata untuk memperoleh pendidikan dan
taraf pelajaran yang tertinggi kerana beliau percaya hanya dengan ilmu
pengetahuan sahaja negara dapat mencapai tahap kemajuan dan pemodenan
yang dikehendaki.
Apabila menyandang jawatan politik tertinggi negara pada 16 Julai 1981, Tun
Dr.Mahathir mengambil langkah segera mempercepatkan pembangunan dan
pemodenan negara kerana berpendapat bahawa negara perlu bergerak pantas
agar tidak ketinggalan. Di bawah pentadbiran beliau, lanskap ekonomi negara
berubah daripada sebuah negara pertanian kepada yang berasaskan industri
teknologi tinggi dan perdagangan global. Beliau juga popular sebagai
pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh, oleh itu Tun Dr.
Mahathir telah membangunkan Syarikat Perusahaan Otomobil
Nasional(PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua(PERODUA) yang
mampu bersaing dengan pasaran kereta import.
Penswastaan syarikat-syarikat kerajaan sepertiTelekom Bhd, Tenaga Nasional
Bhd, KTM dan Pos Malaysia yang dilaksanakan oleh Tun Dr.Mahathir
bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan pusat, mempercepatkan
pengurusan dan menambahkan daya saing. Berlandaskan matlamat tersebut,
Tun Dr.Mahathir telah membangunkan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan di Putrajaya yang menempatkan kompleks pelbagai kementerian
yang sistematik serta mengilhamkan pembangunan Menara Berkembar
Petronas. Beliau juga telah merealisasikan sebuah daerah yang menjadi hub
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global di rantau Asia yang dikenali
sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) yang berpangkalan di Cyberjaya. Hub
tersebut telah berjaya menarik perhatian ratusan syarikat ICT antarabangsa
untuk menubuhkan pusat operasi serantau di situ seperti dari Jepun, Amerika
Syarikat dan Eropah. Antara syarikat ICT yang beroperasidi MSC termasuk
Microsoft, IBM, Nokia, Fujitsu, Measat, Motorola, Bloomberg, Reuters,
Ericsson, Hewlett-Packard, Alcatel, Aptilo Network dan banyak lagi.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga
mencatat satu lagi sejarah kejayaan negara yang amat gemilang. Pencapaian
tersebut telah mengangkat imej Malaysia dalam arena penerbangan
antarabangsa kerana kecanggihan peralatan dan kecekapan perkhidmatannya.
Sebagaimana dicatatkan pada tahun 2007, KLIA telah direkodkan sebagai
lapangan terbang ke-13 paling sibuk di dunia dan yang ke-7 di Asia. Tun
Dr.Mahathir percaya bahawa infrastruktur negara merupakan salah satu
bentuk pelaburan jangka penjang yang perlu dilaksanakan segera kerana jika
4. ditangguhkan kos pembinaan akan menjadi lebih tinggi pada masa hadapan
dan akan mengakibatkan negara menanggung beban perbelanjaan yang besar.
Dibawah pimpinannya, Malaysia telah memainkan peranan penting melalui
kerjasama selatan-selatan dengan pelbagai program dan strategiyang diatur.
Fokus utama adalah untuk memakmurkan negara jiran berteraskan kepada
pendekatan 'prosper-the-neighbour'. Tun Dr.Mahathir juga merupakan
pemimpin dan pengasas penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan di kalangan
negara membangun. Beliau turut mewujudkan penubuhan Persidangan
Ekonomi Asia Pasifik(APEC) bagi membentuk kerjasama ekonomi dikalangan
negara-negara di rantau Asia Pasifik. Malaysia merupakan sebuah negara yang
menjadi anggota penaja APEC selain Australia, Brunei, Kanada, Indonesia,
Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.
Demikianlah besarnya fungsi yang dimainkan oleh Tun Dr.Mahathir
Mohamad.
Pemikiran beliau yang bernas turut mendapat perhatian dunia. Pada tahun
1987 beliau menjadi President of United Nation Sponsored International
Conference on Drug Abuse and lllicit Trafficking, Vienna, Austria. Pada tahun
1989 beliau dilantik sebagai Chairman of the High Level Appraisal Group,
CHOGM. Seterusnya pada tahun 1996 beliau turut dilantik sebagai seorang
Vice President of the World Solar Commission. Sebelum itu, pada tahun 1994,
beliau telah diberi penghormatan untuk merasmikan Zimbabwe International
Trade Fair meskipun beliau bukan berbangsa Afrika.
Nama Tun Dr.Mahathir akan terus terpahat sebagai "Bapa Permodenan
Malaysia" negarawan ulung yang berwawasan menjadikan Malaysia sebuah
negara moden dan makmur dengan purata pertumbuhan ekonomi yang tinggi
setiap tahun. Di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteriselama 22
tahun, Malaysia berjaya menonjol sebagai sebuah negara Islam yang
bermaruah dan disegani di mata barat.