Dokumen tersebut membahasikan konsep dan elemen multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran, termasuk definisi multimedia, sistem multimedia, perkembangan multimedia, elemen utama seperti teks, grafik, audio, video dan animasi, serta interaktivitas. Dokumen tersebut juga membahasikan perancangan dan penyediaan bahan multimedia, seperti penentuan tajuk, penyediaan skrip, carta alir, dan papan cerita.
1 of 41
More Related Content
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
2. Pengenalan
Topik ini akan membincangkan;
1. Konsep multimedia
2. Penghasilan pakej pembelajaran multimedia
interaktif
3. Perancangan dan penyediaan bahan multimedia
4. Elemen interaktiviti
5. Penilaian bahan multimedia
3. Apakah yang dimaksudkan Multimedia?
Multi:
Banyak (many), Pelbagai (multiple)
Media:
Alat untuk menyampaikan atau membuat
sesuatu, perantaraan alat pengantar suatu
bentuk mass komunikasi seperti surat khabar,
majalah atau televisyen
MultimediaMulti Media
4. Apakah Sistem Multimedia ?
 Ia merupakan satu teknologi yang
menggabungkan pelbagai sumber
maklumat (media) seperti teks,grafik,
bunyi, animasi, video dan sebagainya
yang mana maklumat ini disampaikan
dan dikawal oleh sistem komputer secara
interaktif.
6. Apakah elemen utama multimedia?
 Terdapat lima elemen atau teknologi utama di
dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video
dan animasi.
 Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan
sebahagian daripada elemen yang diperlukan
bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif
menerusi penggunaan multimedia.
7. Elemen Multimedia
 Setiap elemen ini mempunyai peranannya
yang tersendiri dalam mewujudkan satu
persembahan informasi yang lebih
menarik dan berkesan dalam PdP.
8. Elemen Multimedia: Teks
 Ianya amat penting sekiranya
penerangan yang jelas dan menyeluruh
perlu diberikan kepada pengguna dan
penggunaan elemen-elemen atau media
lain mungkin gagal menyampaikan
makna seperti mana yang dikehendaki.
9. Panduan ringkas menggunakan teks
 Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi
padat
 Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
 Pastikan teks tersebut boleh dibaca
 Pemilihan stail tulisan dan juga warna teks
yang bersesuaian
 Kawal pemilihan fon serta konsisten
 Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada
sistem komputer lain
10. Elemen Multimedia: Grafik
 Grafik boleh merujuk kepada pelbagai
persembahan imej atau paparan visual yang
tidak bergerak seperti gambar, lukisan,
lakaran gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya.
 Ianya merupakan antara elemen multimedia
yang amat penting bagi memberi penekanan
dalam suatu proses penyampaian maklumat.
11. Elemen Multimedia: Grafik
 Penggunaan grafik dikatakan mampu
menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih
pantas dan tepat memandangkan ianya
disampaikan dalam bentuk visual.
 Grafik mampu membantu dalam menerangkan
sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan
berkesan.
12. Elemen Multimedia: Grafik
 Penggunaan graf atau carta misalnya mampu
memaparkan peningkatan atau penurunan
keputusan peperiksaan dengan lebih
berkesan berbanding penggunaan teks atau
jadual semata-mata.
 Grafik juga mampu menjadikan sesuatu
persembahan atau penyampaian maklumat
lebih menarik dan mampu memfokuskan
perhatian murid terhadap maklumat yang ingin
disampaikan oleh guru.
13. Garis panduan menggunakan grafik
 Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan
sasaran
 Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum
atau agama
 Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan
tugas
 Pilih kedalaman warna yang bersesuaian
dengankeperluan aplikasi
 Gunakan spesifikasi grafik yang boleh
digunakantanpa masalah pada sistem
berkeupayaan rendah
14. Elemen Multimedia: Audio
 Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif,
elemen audio boleh digunakan bagi membantu
proses penyampaian persembahan PdP agar
ianya lebih mantap dan berkesan.
 Selain dari itu, audio juga mampu
meningkatkan motivasi di kalangan murid agar
lebih berminat mengikuti suatu proses
penyampaian maklumat.
15. Elemen Multimedia: Audio
 Di samping itu juga, elemen audio dikatakan
mampu menimbulkan suasana yang lebih
menarik dan akan menghasilkan tumpuan
yang lebih terhadap apa yang ingin
dipersembahkan.
16. Garis panduan menggunakan audio
 Audio hanya digunakan jika ianya didapati
bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi
atau program.
 Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan
atau pun terdapat rasional mengapa ianya
digunakan.
 Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna
mempunyai kuasa kawalan terhadapnya.
Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa
mengawal ketinggian audio, memberhentikan
audio dan sebagainya.
17. Garis panduan menggunakan audio
 Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan
audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi
bagi mengelakkan kebosanan.
 Gunakan saiz sampel atau kadar sampel
yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman
atau semasa menyimpan fail audio.
18. Garis panduan menggunakan audio
 Selain dari mengurangkan saiz fail audio, kualiti
audio yang terhasil juga sudah memadai bagi
digunakan di dalam sesebuah aplikasi
multimedia.
 Elakkan daripada menggunakan audio
sekiranya ia didapati boleh mengganggu
persembahan.
19. Elemen Multimedia: Video
 Video merupakan antara elemen multimedia
yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik
berbanding elemen-elemen yang lain.
 Penggunaan video dalam proses penyampaian
maklumat berupaya untuk mempengaruhi
motivasi murid terhadap proses penerimaan
maklumat.
20. Elemen Multimedia: Video
 Video juga mampu membawa unsur realistik
atau keadaan sebenar kepada para
pengguna. Ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi perasaan dan emosi para
penggunanya dengan lebih nyata.
21. Kelebihan Mengunakan Video
Berikutnya merupakan sebahagian daripada
kelebihan penggunaan video di dalam aplikasi
multimedia pendidikan dan juga seterusnya
dalam proses PdP:
 Maklumat lebih realistik
 Mampu merangsang pelbagai deria
 Memudahkan proses pengulangan
 Meningkatkan keberkesanan PdP
22.  Mampu meraih emosi dan mengubah sikap
 Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar
 Membentuk kemahiran dengan lebih pantas
dan berkesan
 Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan
Kelebihan Mengunakan Video
23. Elemen Multimedia: Animasi
 Animasi mampu menyampaikan sesuatu
konsep yang kompleks secara visual dan
juga dinamik.
 Ini membolehkan proses membuat hubungan
atau perkaitan mengenai suatu konsep atau
proses yang kompleks lebih mudah untuk
dipetakan ke dalam minda pelajar dan
seterusnya membantu dalamproses
pemahaman.
24. Elemen Multimedia: Animasi
 Animasi digital juga boleh digunakan bagi
membantu menyediakan persekitaran
pembelajaran secara maya.
 Ini terutamanya bagi menangani keadaan di
mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau
tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun
mungkin melibatkan kos yang tinggi.
25. Elemen Multimedia: Animasi
 Persembahan secara visual dan dinamik yang
disediakan oleh teknologi animasi mampu
memudahkan proses penerangan konsep atau
pun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya
membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan
lebih banyak deria dalam proses pengumpulan
maklumat.
 Ini secara tidak langsung mempercepatkan
proses pemahaman serta mengekalkan maklumat
tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di
dalam ingatan.
26. Elemen Multimedia: Interaktiviti
 Interaktiviti melibatkan proses komunikasi dua
hala antara pengguna dan sistem.
 Pengguna boleh memilih dan mendapatkan
maklum balas daripada bahan multimedia yang
digunakan.
 Interaktiviti membenarkan pengguna
mengawal lalauan atau corak penerokaan.
 Interaktiviti yang baik membolehkan
pembelajaran secara aktif dan boleh
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menarik.
27. Elemen Multimedia: Interaktiviti
 Interaktiviti melibatkan proses komunikasi dua
hala antara pengguna dan sistem.
 Pengguna boleh memilih dan mendapatkan
maklum balas daripada bahan multimedia
yang digunakan.
 Interaktiviti membenarkan pengguna
mengawal laluan atau corak penerokaan.
 Interaktiviti yang baik membolehkan
pembelajaran secara aktif dan boleh
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menarik.
28. i. Penentuan tajuk dan perbincangan
 Kajian berkaitan tajuk dan tema yang
dipilih merangkumi bahan seperti foto,
ilustrasi, grafik, audio, video dll
ii. Penyediaan skrip
 Skrip atau jalan cerita multimedia
Perancangan dan penyediaan
bahan multimedia
29. iii. Menyediakan carta alir
 Menentukan carta aliran yang sesuai
iv. Menghasilkan papan cerita
 Menentukan reka bentuk skrin, audio,
video dalam multimedia. Mempunyai
format tersendiri.
Perancangan dan penyediaan
bahan multimedia
30. Pemprograman perisian multimedia
 Ke mahiran menggunakan perisian
multimedia. Contoh perisan adalah
seperti Power Point, Macromedia
Director, Dream Wiver dan sebagainy.
Memerlukan perisian sokongan seperti
edit foto, audio, video
Perancangan dan penyediaan
bahan multimedia
31. vi. Penyimpanan dan storan data
 Menggunakan hard disk, DVD atau CD
ROM, kerana kapasiti besar.
vii.Penyebaran
 Menggunakan ‘autorun’ bagi memudahkan
pengguna. Gunakan Fail index.html, untuk
muka surat pertama laman web
 Membuat reka bentuk kulit dan lebel pada
CD ROM.
Perancangan dan penyediaan
bahan multimedia
32. Contoh carta alir sebuah aplikasi multimedia
berasaskan langkah-langkah pendekatan tutorial
32
Bahagian
Pengenalan
Persembahan Maklumat
Soalan dan Tindak
Balas
Keputusan Tindak
Balas
Maklum Balas atau Ulang
Kembali
Penutup
(Sumber: Alessi & Trollip,1991)
33. Contoh carta alir sebuah aplikasi multimedia
berasaskan langkah-langkah pendekatan inkuri
terbimbing
33
(Sumber: Irfan Naufal & Sajap Maswan, 2006)
Intro/Pengenalan Kemukakan
Soalan
Menjawab Soalan
dan Maklum Balas
Membuat
Penerokaan
Membina
Konsep/Peraturan
Pindahkan
Konsep/Peraturan
kepada
penyelesaian
Masalah Baru
34. Contoh sebahagian daripada papan cerita yang hendak
digunakan dalam proses membangunkan aplikasi multimedia
pendidikan
Pendidikan Seni Visual
Teori Warna
Home
Panduan
Pengenalan
Objektif
Tutorial
Latihan
Galeri
Pengukuhan
36. Penilaian bahan Multimedia
 Melibatkan aktiviti mengumpul maklumat bagi
menambahbaik atau membuat keputusan berkenaan
aplikasi multimedia yang dibangunkan.
 Antara aspek yang dinilai ialah dari segi teknikal,
ketepatan kandungan, kesesuaian dengan
kurikulum, kesesuai dengan kumpulan sasaran,
mesra pengguna, bahasa yang sesuai, interaktiviti,
dan terhindar dari unsur-unsur sensitif.
36
37. Penilaian bahan Multimedia
Terdapat dua jenis penilaian iaitu formatif dan dan
sumatif
Penilaian formatif
 Dilakukan sepanjang proses membangunkan bahan
multimedia untuk tujuan penambah baikan.
 Antara kaedah yang digunakan ialah, pemerhatian
ke atas pengguna, ujian dalam aplikasi, borang soal
selidik, temubual dan ulasan pakar
 Hasil penilaian formatif akan digunakan sebagai
panduan kepada pembangun bahan menambahbaik
hasil bahan multimedia.
37
38. Penilaian bahan Multimedia
Penilaian Sumatif
 dilakukan ke atas bahan multimedia yang telah siap
sepenuhnya untuk menyemak sama ada menepati
permintaan pelanggan dan keperluan pengguna.
 Untuk memastikan bahan tersebut menepati
matlamat dan keperluan yang ingin dicapai.
 Antara kaedah yang digunakan ialah sama seperti
dalam ujian formatif iaitu melalui, pemerhatian ke
atas pengguna, ujian dalam aplikasi, borang soal
selidik, temubual dan ulasan pakar
38
39. Penilaian bahan Multimedia
Penilaian Sumatif
 Sekiranya hasil dari penilaian sumatif memuaskan ia
akan digunakan oleh kumpulan sasaran atau untuk
dipasarkan bagi kegunaan umum.
 Sekiranya tidak memuaskan, proses pembaikan dan
pemuliah perlu dilaksanakan terlebih dahulu
sebelum digunakan.
 Sekiranya penambahbaikan dan pemulaian tidak
boleh dilakukan maka perlu bangunkan aplikasi yang
baharu.
39