Kaedah deduktif melibatkan penggunaan rumus, hukum, atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan baru. Pendekatan ini memudahkan tugas guru tetapi juga dikritik kerana membatasi kreativiti murid dan kurang memastikan pembelajaran berkekalan.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Tugasan 2 oll
1. Tugasan 2
Pilih satu pendekatan yang anda pilih bincangkan kelebihan dan kekurangan pendekatan
pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang anda pilih
Kaedah Deduktif
? Kaedah deduktif boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang menggunakan rumus, hokum
atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan matematik
yang baru.
? Merupakan kaedah yang lebih kompleks digunakan kerana memerlukan murid
memperoleh pengalaman yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup untuk
memperoleh rumus, hokum atau teorem yang baru.
? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.
? Proses pembelajaran Matematik melalui kaedah Deduktif
Kelebihan Pendekatan Deduktif.
a) ianya memudahkan tugas guru yang mana guru mengemukakan prinsip asas manakala
murid menggunakan prinsip berkenaan.
b) pendekatan ini cara ini cepat dan menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus
disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu mengambil masa untuk
memikirkan atau mengesan rumus.
c) Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada
pelajar-pelajar dewasa.
d) ianya tiada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna.
Kelemahan Pendekatan Deduktif
a) pengajaran mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang
wajib dipatuhi.
Rumus, hukum
atau teori
matematik
yang diketahui
Rumus, hukum
atau teorem
matematik yang
baru
diperolehi
Kaedah deduksi
2. b) Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka kerana mereka terlalu terikat kepada
rumus.
c) Pemikiran murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-
rumus diberikan oleh guru.
d) Penglibatan murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan,
khususnya dalam hal menghuraikan rumus.
e) pendekatan ini tidak begitu menjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid
tentang rumus-rumus yang diajarkan itu.
SYED ABDUL RAHIM BIN SYED MOHAMMAD
780411-01-5099
PPG PENDIDIKAN PEMULIHAN KUMPULAN 1