1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
(Electronic and Web-based Learning)
KPT6044
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : NORAZHAR BIN YUSOFF
NO KP : 880404086663
NO. MATRIK : M20121000534
2. KEKANGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PROSE PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH
TAPAK SEMENANG, PERAK.
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dewasa kini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Infomation and
Communication Technologt ICT begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi, menjadikan sumber
maklumat diuruskan dengan lebih sistematik dan pantas serta merupakan alat yang strategik
untuk mencapai sesuatu objektif. Ia merupakan automasi untuk pembangunan dan kemajuan
sesebuah organisasi dalam menggarap rangkaian dan perhubungan yang lebih meluas. ICT
merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan pada masa kini.
Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau transformasi
sesebuah organisasi, malah akan mempenganrhi halatuju pembangunan serta peningkatan
keberkesanan organisasi.
Perkembangan ICT mernbolehkan maklumat diperolehi dalam masa yang singkat dan
dalam jumlah yang banyak. Melalui capaian maklumat menerusi internel maklumat boleh
diperolehi dengan mudah dan cepat serta tanpa sempadan. Di akhir abad ke-20 dan di awal
abad ke-21, globalisasi berlaku dalam hampir semua bidang seperti perdagangotr,
pelancongan, perindustrian dan pendidikan. Perkembangan ICT merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan berlakunya globalisasi. Pengurusan yang diamalkan dalam sesebuah
organisasi turut mengalami perubahan.
3. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan taraf ekonomi hasil daripada aplikasi
peralatan moden yang menggunakan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa.
Pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan
pembangunan.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kekangan penggunaan ICT bagi guru-guru
Sekolah Rendah Tapak Semenang, Perak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seramai 10 orang guru daripada sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai jawatan telah
dipilih menjadi responden dalam kajian ini.
Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data bagi kajian ini
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS)
Version 17.0. Statistik deskriptif, peratus telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kekerapan guru-guru menggunakan kemudahan serta peralatan ICT yang telah disediakan
dalam proses P&P adalah rendah kerana peralatan ICT tidak berfungsi. Justeru itu, kajian ini
diharapkan dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk menyusun strategi latihan-latihan
atau kursus-kursus tertentu yang diperlukan oleh guru-guru, seterusnya meningkatkan
profesionalisme dan integriti guru-guru.
4. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Mengenal pasti kekangan terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif jenis tinjauan. Bentuk kajian ini membolehkan
data diukur secara objektif dan digeneralisasikan kepada dunia luar (Mohamad Najib, 1999).
Kajian tinjauan soal selidik dipilih kerana kaedah ini mudah ditadbir dan data juga senang
diproses dan dianalisis.
Data-data yang diperlukan untuk kajian ini dikumpul melalui borang soal selidik yang
ditadbir oleh pengkaji sendiri di tempat kajian. Ia mengambil masa dalam 1 masa tertentu
sahaja di aman selalunya menggunakan atau instrumen. Ia dapat menjimatkan masa dengan
pengumpulan data pada jangka masa yang singkat dan tindakan susulan terhadap rsponden
adalah tidak diperlukan.
5. 3.2 Tempat Kajian
Penyelidik menjalankan kajian di Sekolah Rendah Tapak Semenang sahaja iaitu tempat
bekerja penyelidik sendiri. Ia memudahkan pengkaji mendapatkan sampel kajian. 3.3
Populasi dan Sampel Kajian. Jumlah guru dalam sekolah adalah 14 orang guru, dan itu
merupakan populasi kajian ini. Pengkaji telah memilih seramai 10 orang guru.
4.0 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini berbentuk kuantitatif tinjauan, maka borang soal selidik telah digunakan sebagai
instrumen kajian utama kerana ia lebih mudah dan efektif (Mohamad Najib, 1999).
Penggunaan borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data yang banyak digunakan
oleh pengkaji-pengkaji. Ini disebabkan soal selidik dapat mengumpulkan data secara
terperinci, tersusun dan piawai. Di samping itu, soal selidik mudah ditadbir, menjimatkan
tenaga, masa, minda dan wang pengkaji semasa menjalankan kajian.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A,
B, C, dan D. Bahagian A meliputi maklumat latar belakang responden dengan tujuan bagi
mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden dan perkaitannya dengan
penggunaan ICT. Bahagian ini memerlukan guru menandakan
( / ) pada kotak jawapan
pilihan serta mengisi ruang kosong yang disediakan. Item-item di dalam soal selidik bahagian
B, C, dan D menggunakan skala Likert 5 poin. Merujuk kepada jadual 1, skala 1 mewakili
¡®Amat Tidak Setuju¡¯, skala 2 mewakili ¡®Tidak Setuju¡¯, skala 3 mewakili ¡®Tidak Pasti¡¯, skala
mewakili ¡®Setuju¡¯, dan skala 5 mewakili¡¯ Amat Setuju¡¯.
6. Jadual 1 : Skala Likert
Skala Pengelasan
1
Amat Tidak Setuju (ATS)
2
Tidak Setuju (TS)
3
Tidak Pasti (TP)
4
Setuju (S)
5
Amat Setuju (AS)
7. 5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 Latar Belakang Responden
Jadual 2 : Taburan kekerapan responden mengikut jantina
Pernyataan Kekerapan Peratus (%)
Perempuan 4
40
Lelaki
6
60
Jumlah
10
100.0
Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. Hasil
kajian menunjukkan perempuan mempunyai kekerapan yang paling rendah iaitu sebanyak 4
orang atau 40% berbanding lelaki iaitu sebanyak 6 orang atau 60%.
8. Jadual 3 : Taburan kekerapan responden mengikut masalah-masalah yang mungkin dihadapi
Pernyataan
ATS1
1. Sambungan internet mengalami gangguan
-
TS2
KS3
S4
AS5
70%
30%
2.Masalah teknikal seperti peralatan komputer
tidak dapat berfungsi dengan baik penyebab
100%
utama saya tidak menggunakan ICT
3.Peralatan komputer yang disediakan tidak
100%
mencukupi dan sudah agak lama
4.Kemudahan ICT yang disediakan tidak
100%
boleh digunakan atau rosak
5.Program/ perisian dalam komputer di
20%
80%
sekolah adalah kurang disediakan
6.Bahan pembelajaran tidak boleh di gunakan
dalam penyampaian kerana spesifikasi
100%
komputer yang tidak mencukup
Berdasarkan jadual 5 yang menunjukkan taburan peratusan responden mengikut masalahmasalah yang mungkin dihadapi, peratus penyataan pertama ¡°Sambungan internet mengalami
gangguan ¡° di mana 10 orang atau 70% setuju dan 30 % amat setuju. Bagi penyataan
kedua,100% amat setuju. Manakala penyataan ketiga, 100% amat setuju. Penyataan kelima,
20% setuju manakala 80% amat setuju. Penyataan keenam, 100% amat setuju. Kesimpulan,
Kekangan yang dihadapi oleh guru-guru SK Tapak Semenang dalam penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah disebabkan peralatan ICT tidak berfungsi.
9. 7.0 PERBINCANGAN
7.1 Mengenai Sebab Tidak Menggunakan ICT
Guru-guru SK Tapak Semenang tidak menggunakan ICT kerana peralatan-peralatan ICT
yang sudah lama dan tidak berfungsi. Guru-guru tersebut mempunyai kemahiran ICT yang
baik dan ingin mengajar berbantukan alat ICT. Walaubagaimanapun, peralatan-peralatan ICT
yang tidak berfungsi menjadi kekangan dan halangan kepada mereka.
Diharapkan pihak KPM akan lebih cakna dalam penyediaan dan penyelenggaraan peralatanperalatan ICT disekolah rendah terutamanya sekolah kurang murid (SKM) seperti Sekolah
Kebangsaan Tapak Semenang.
10. Bibliografi
Azwan bin Abidin & Rozita bt. Nawi,(2002). E-learning: penerokaan media pembelajaran
terkini atas talian. Diperoleh pada 3 November 2012 daripada
http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan.Edisi keempat.Johor;
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Rosli Abd. Rahim, Zamalia Mahmud & Shafiee Ahmad (2001). ICT in Teaching and
Learning Among UiTM Lecturers. International Conference on Challenges and Prospects In
Teachers Education: Shah Alam.