Dokumen tersebut membahas tentang pemanasan global, penyebabnya seperti aktiviti perindustrian, penjanaan tenaga dan pengangkutan, kesannya seperti peningkatan paras laut, ancaman hidupan laut, perubahan habitat dan gangguan cuaca, serta langkah-langkah mengatasinya seperti adaptasi dan mitigasi.
1 of 9
Download to read offline
More Related Content
Tugasan 6
1. TUGASAN 6: PEMANASAN
GLOBAL
NAMA: MUHAMMAD REDZUAN BIN RAHIM
NO MATRIKS: A157758
NAMA PENSYARAH: PROF DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN
O.K RAHMAT
2. APAKAH ITU PEMANASAN GLOBAL?
• Pemanasan global adalah meningkatnya suhu rata-rata
permukaan bumi sebagai akibat meningkatnya jumlah
emisi Gas Rumah Kaca di atmosfer.
3. APAKAH PUNCA PUNCA PEMANASAN
GLOBAL?
• Perindustrian
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran
bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah
mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida
• Penjanaan tenaga elektrik
Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil
juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia
termasuk Malaysia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.
Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan
20% melalui penjanaan hidro elektrik.
4. • Pengangkutan
Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan
untuk menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida.
5. KESAN PEMANASAN GLOBAL
• Peningkatan paras laut
Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat
Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.
*Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan
kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan
air bersih.
6. • Ancaman hidupan laut
Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan
kepada ekosistem laut seperti terumbu karang.
• Perubahan habitat
Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan
hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.
• Gangguan cuaca
Keadaan suhu yang tidak konsisten akan membawa kemusnahan pada muka bumi.
Perubahan suhuini menyebabkan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada
menyebabkan banjir atau kemarau.
• Tersebar penyakit
Penyakit yang mengancam kesihatan manusia seperti malaria dan denggi.Selain itu,
katarak mata dan kanser kulit akan mudah berlaku jika pendedahan terlalu lama pada
suhu yang tinggi.
7. LANGKAH MENGATASI
• Adaptasi
Melakukan penambahbaikan sistem pengairan dan pengaliran
Struktur longkang dan pembentung dibesarkan
Memasang pengesan banjir dikawasan rendah
Menanam pokok di muara sungai sebagai banteng
Membina benteng pemecah ombak di laut agar ombak tidak terlalu besar
9. • Mitigasi
Menggalakkan penjimatan bekalan elektrik
Mengurangkan pelepasan asap kenderaan yang menyebabkan pencemaran udara
Meningkatkan teknologi penapisan asap agar asar yang dilepaskan tidak
membahayakan