1. REDZUANAH BINTI ROUJIP
TUGASAN INDIVIDU:
Soalan 1B:a
Menurut Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No. 5 (1) menyatakan semua
pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan
dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa pada masa itu. Menurut Perintah
Am Bab A Bahagian II Pelantikan No. 6 (1) pula menyatakan bahawa semua calon bagi
pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia. Menurut
Perintah Am Bab A Bahagian II Pelantikan No.10 menyatakan seseorang pegawai yang
sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain
jika pegawai itu mematuhi syarat yang dikehendaki oleh skim perkhidmatan yang lain
itu.
Berdasarkan Perintah Am Bab A Bahagian VIII No. 37 (1) menyatakan bahawa
kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Selain itu, No. 37 (2)
pula menyatakan dalam mempertimbangkan seseorang pegawai bagi kenaikan
pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah mengambil kira;
(a) Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu
(b) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu.
(c) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan
pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; dan
(d) Kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat.
Selain itu, dalam No. 37 (3) juga menyatakan sebagai tambahan kepada perkara
yang dinyatakan dalam subperaturan (2), Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengambil
kira aspek lain yang difikirkannya relevan. Sebagai tambahan, No. 37 (4) pula
menyatakan bahawa walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau lebih pegawai
diputuskan sama dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang
berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai itu
hendaklah juga dijadikan asas bagi pemilihan dan diberikan pertimbangan.
Walau bagaimanapun, dalam peraturan 38 pula menyatakan walau apa pun
peruntukan peraturan 37, seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangan bagi
kenaikan pangkat jika pegawai itu telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam
skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan dalam jawatan kenaikan pangkat
itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.
2. REDZUANAH BINTI ROUJIP
Soalan 1B : b
Sebagai penghuni rumah tersebut, Guru K mempunyai tanggungjawab untuk
melaporkan segala kerosakan yang berlaku pada rumah tersebut, membuat laporan
ketika hendak memasuki rumah, melaporkan apabila rumah dikosongkan, menjelaskan
semua bil air dan elektrik, membersihkan kawasan rumah seperti memotong rumput,
menyerahkan kunci rumah apabila sijil keluar diterima, dan membayar atas kerosakan
yang disengajakan.
Selain itu, Guru K juga dilarang untuk menjadikan rumah tersebut sebagai
premis perniagaan, meminda rumah tanpa kebenaran JKR, menyewakan mana-mana
bahagian rumah tersebut, memelihara binatang-binatang ternakan dan membenarkan
orang lain menumpang.
Soalan 2B:
Guru Besar tersebut boleh menerapkan tiga elemen dalam Tonggak 12 dalam
memperbaiki amalan negatif guru-guru sekolah tersebut iaitu keutamaan kesabaran,
peningkatan bakat dan nikmat mencipta.
Keutamaan kesabaran menerapkan amalan-amalan positif seperti tenang
menghadapi masalah rumit, mempunyai perhitungan jauh, tahan menerima cabaran,
tidak putus asa, pemaaf dan berhemah tinggi, dan cermat dalam tutur kata.
Selain itu, peningkatan bakat juga menerapkan amalan-amalan positif seperti
memberi dorongan kepada kreativiti, memberi pengiktitafan kepada usaha-usaha
orginal, menggalakkan percambahan fikiran, memberi galakkan kepada pemikiran baru,
berani mencuba idea-idea baru, mengenal dan memupuk bakat yang ada, dan
menyediakan persekitaran yang membolehkan percambahan idea-idea baru.
Seterusnya, Guru Besar itu boleh menerapkan eleman nikmat mencipta dalam
kalangan guru-gurunya kerana elemen ini menonjolkan elemen-elemen positif seperti
berani mencuba, sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah, gembira
melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran, sentiasa dalam cabaran
intelektual, dan berpuas hati kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan
dan dimanfaatkan.