際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Disediakan Oleh:
ROSDI BIN RAMLI (DB100316)
SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321)
SAADAH BT MASRANI (DB100031)
NORAZURA BT MOHD. JOHAR (DB100309)
SALWA BT BACHOK (DB100020)
(SAINS / SEKSYEN 1)
UNTUK PERHATIAN :
EN ZULKEFLI BIN DAUD
TAJUK :
Sifat Fizikal Serangga
Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata,
kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di
habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding
dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran
jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali
oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan
kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara
dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu
juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum
diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan
banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan
kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang
dilakukan.
Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini,
malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat
dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam
rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada
secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan
manusia di bumi ini.
*Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh
toraks.
*Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala,
toraks dan abdomen.
*Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka
luar, merupakan kulit keras.
Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.
*Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly),
2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang
(grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu,
120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan
110,000 spesies lebah dan semut.
Berkaki
enam
Sesunggut
Abdomen
Toraks
Kepala
Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan
penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan
Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman
pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai
selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan
dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti
dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang
membentuk suatu pinggang langsing. Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada
beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar
berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan
individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina
tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus
lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu
atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala
digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti
berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order: Hymenoptera
Suborder: Apocrita
Superkeluarga: Vespoidea
Keluarga:
Formicidae
Latreille, 1809
Subfamili
 Aenictogitoninae
 Agroecomyrmecinae
 Amblyoponinae (termasuk
"Apomyrminae")
 Aneuretinae
 Brachymyrmex
 Cerapachyinae
 Dolichoderinae
 Ecitoninae (termasuk "Dorylinae"
dan "Aenictinae")
 Ectatomminae
 Formicinae
 Heteroponerinae
 Leptanillinae
 Leptanilloidinae
 Martialinae
 Myrmeciinae (termasuk
"Nothomyrmeciinae")
 Myrmicinae
 Paraponerinae
 Ponerinae
 Proceratiinae
 Pseudomyrmecinae
Sesunggut
Kepak
Berkaki enam
Abdomen
Toraks
Kepala
Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam
susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana
serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks,
dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat.
Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat
kaki hadapan yang diubah suai.
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order:
Mantodea
Burmeister, 1838
Famili
Chaeteessidae
Metallyticidae
Mantoididae
Amorphoscelididae
Eremiaphilidae
Hymenopodidae
Liturgusidae
Mantidae
Empusidae
Sinonim
 Manteodea Burmeister,
1829
 Mantearia
 Mantoptera
Berkaki
enam
Kepak
Abdomen Toraks
Kepala
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order: Odonata
Suborder:
Zygoptera
Selys, 1854
Pepatung jarum atau belalang jarum (bahasa Inggeris:damselfly) (suborder
Zygoptera) ialah serangga dalam order Odonata. Pepatung jarum menyerupai
pepatung, tapi dewasanya dapat dibezakan dengan sayap bagi kebanyakan
pepatung jarum dilipat dan selari dengan badan apabila berehat. Selain itu, sayap
belakang pepatung jarum adalah sama dengan sayap depannya, manakala sayap
belakang pepatung melebar ke bawah. Pepatung jarum juga biasanya lebih kecil
dan penerbang yang lemah berbanding dengan pepatung, serta mata pepatung
jarum adalah terpisah.
Berkaki
enam
Kepak
Abdomen Toraks
Kepala
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order: Diptera
Section: Schizophora
Keluarga: Muscidae
Genus: Musca
Spesies: M. domestica
Nama binomial
Musca domestica
Linnaeus, 1758
Subspesies
 M. d. calleva Walker, 1849
M. d. domestica Linnaeus,
1758
Lalat rumah, Musca domestica, ialah sejenis lalat dalam
suborder Brachycera. Lalat rumah merupakan lalat yang
paling biasa ditemui di dalam rumah, meliputi kira-kira 90%
daripada semua lalat di tempat tinggal manusia, dan
merupakan salah satu daripada serangga yang paling luas
tersebar di seluruh dunia. Lalat rumah dianggap serangga
perosak yang membawa penyakit berbahaya.
Berkaki
enam
Kepak Sesunggut
Abdomen Toraks
Kepala
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Subfilum: Hexapoda
Kelas: Insecta
Order: Orthoptera
Suborder:
Caelifera
Ander, 1939
Belalang adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam susunan Orthoptera. Bagi
membezakannya dengan katidid, ia kadang kala dirujuk sebagai belalang sesungut
pendek. Spesies yang bertukar warna dan tabiat pada populasi tingga digelar belalang
juta.
Ciri-ciri
Sejenis serangga berwarna hijau, berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di
celahan pokok ataupun rumput. Terdapat beberapa jenis belalang, antaranya belalang
kacung, mentadak-mentadu, cengkadak, belalang kunyit, belalang hijau dan lain-lain.
Ada juga jenisan belalang yang dimakan oleh suku kaum tertentu.
Berkaki enam
Kepak
Sesunggut
Abdomen Toraks
Kepala
Rama-rama (bahasa Inggeris: moth)
merupakan sejenis serangga dalam
pengkelasan dikelompokkan kepada
order Lepidoptera, sama seperti kupu-
kupu. Pembahagian susunan
Lepidoptera kepada rama-rama dan
kupu-kupu merupakan pembahagian
popular, namun bukan merupakan
pembahagian taksonomi saintifik.
Beza antara kupu-kupu dan rama-rama
Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan
rama-rama. Perbezaan fizikal utama
ialah pada sesungutnya. Kebanyakan
kupu-kupu mempunyai sesungut
berfilamen yang langsing dan berbentuk
belantan di hujungnya. Sesungut rama-
rama pula lebih berbulu. Perbezaan lain
ialah rama-rama akan merentangkan
sayapnya apabila berehat, sementara
kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas
tubuh pada waktu berehat.Kebanyakan
kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh
itu berwarna-warni, manakala rama-rama
aktif pada malam hari dan tertarik
kepada cahaya lampu.
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Betsy The Lay Hong (2012). Longman Esensi Biologi SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson (M)
SDN. BHD.
WIKIPEDIA ( November 16, 2011). Pepatung jarum. Dicapai pada Oktober 03, 2012,
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepatung_jarum
WIKIPEDIA ( September 08, 2012). Lalat rumah. Dicapai pada Oktober 03, 2012,
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat_rumah
WIKIPEDIA (September 12, 2012). Belalang. Dicapai pada Oktober 03, 2012,
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Belalang
Firefly Encyclopedia of Insects and Spiders, edited by Christopher O'Toole, ISBN 1-55297-612-2, 2002
WIKIPEDIA (September 12, 2012). Rama - rama. Dicapai pada Oktober 03, 2012,
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Rama-rama
WIKIPEDIA (September 18, 2012). Semut. Dicapai pada Oktober 03, 2012,
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Semut
WIKIPEDIA (September 26, 2012). Mentadak. Dicapai pada Oktober 03, 2012,
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Mentadak
WIKIPEDIA (Oktober 03, 2012). Serangga. Dicapai pada Oktober 03, 2012,
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Serangga
Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga

More Related Content

Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga

  • 1. Disediakan Oleh: ROSDI BIN RAMLI (DB100316) SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321) SAADAH BT MASRANI (DB100031) NORAZURA BT MOHD. JOHAR (DB100309) SALWA BT BACHOK (DB100020) (SAINS / SEKSYEN 1) UNTUK PERHATIAN : EN ZULKEFLI BIN DAUD TAJUK : Sifat Fizikal Serangga
  • 2. Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.
  • 3. *Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks. *Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen. *Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi. *Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.
  • 4. Berkaki enam Sesunggut Abdomen Toraks Kepala Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing. Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni. Pengelasan saintifik Alam: Animalia Filum: Artropoda Kelas: Insecta Order: Hymenoptera Suborder: Apocrita Superkeluarga: Vespoidea Keluarga: Formicidae Latreille, 1809 Subfamili Aenictogitoninae Agroecomyrmecinae Amblyoponinae (termasuk "Apomyrminae") Aneuretinae Brachymyrmex Cerapachyinae Dolichoderinae Ecitoninae (termasuk "Dorylinae" dan "Aenictinae") Ectatomminae Formicinae Heteroponerinae Leptanillinae Leptanilloidinae Martialinae Myrmeciinae (termasuk "Nothomyrmeciinae") Myrmicinae Paraponerinae Ponerinae Proceratiinae Pseudomyrmecinae
  • 5. Sesunggut Kepak Berkaki enam Abdomen Toraks Kepala Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai. Pengelasan saintifik Alam: Animalia Filum: Artropoda Kelas: Insecta Order: Mantodea Burmeister, 1838 Famili Chaeteessidae Metallyticidae Mantoididae Amorphoscelididae Eremiaphilidae Hymenopodidae Liturgusidae Mantidae Empusidae Sinonim Manteodea Burmeister, 1829 Mantearia Mantoptera
  • 6. Berkaki enam Kepak Abdomen Toraks Kepala Pengelasan saintifik Alam: Animalia Filum: Artropoda Kelas: Insecta Order: Odonata Suborder: Zygoptera Selys, 1854 Pepatung jarum atau belalang jarum (bahasa Inggeris:damselfly) (suborder Zygoptera) ialah serangga dalam order Odonata. Pepatung jarum menyerupai pepatung, tapi dewasanya dapat dibezakan dengan sayap bagi kebanyakan pepatung jarum dilipat dan selari dengan badan apabila berehat. Selain itu, sayap belakang pepatung jarum adalah sama dengan sayap depannya, manakala sayap belakang pepatung melebar ke bawah. Pepatung jarum juga biasanya lebih kecil dan penerbang yang lemah berbanding dengan pepatung, serta mata pepatung jarum adalah terpisah.
  • 7. Berkaki enam Kepak Abdomen Toraks Kepala Pengelasan saintifik Alam: Animalia Filum: Artropoda Kelas: Insecta Order: Diptera Section: Schizophora Keluarga: Muscidae Genus: Musca Spesies: M. domestica Nama binomial Musca domestica Linnaeus, 1758 Subspesies M. d. calleva Walker, 1849 M. d. domestica Linnaeus, 1758 Lalat rumah, Musca domestica, ialah sejenis lalat dalam suborder Brachycera. Lalat rumah merupakan lalat yang paling biasa ditemui di dalam rumah, meliputi kira-kira 90% daripada semua lalat di tempat tinggal manusia, dan merupakan salah satu daripada serangga yang paling luas tersebar di seluruh dunia. Lalat rumah dianggap serangga perosak yang membawa penyakit berbahaya.
  • 8. Berkaki enam Kepak Sesunggut Abdomen Toraks Kepala Pengelasan saintifik Alam: Animalia Filum: Artropoda Subfilum: Hexapoda Kelas: Insecta Order: Orthoptera Suborder: Caelifera Ander, 1939 Belalang adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam susunan Orthoptera. Bagi membezakannya dengan katidid, ia kadang kala dirujuk sebagai belalang sesungut pendek. Spesies yang bertukar warna dan tabiat pada populasi tingga digelar belalang juta. Ciri-ciri Sejenis serangga berwarna hijau, berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan pokok ataupun rumput. Terdapat beberapa jenis belalang, antaranya belalang kacung, mentadak-mentadu, cengkadak, belalang kunyit, belalang hijau dan lain-lain. Ada juga jenisan belalang yang dimakan oleh suku kaum tertentu.
  • 9. Berkaki enam Kepak Sesunggut Abdomen Toraks Kepala Rama-rama (bahasa Inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu- kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik. Beza antara kupu-kupu dan rama-rama Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama- rama pula lebih berbulu. Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu. Pengelasan saintifik Alam: Animalia Filum: Artropoda Kelas: Insecta Order: Lepidoptera
  • 10. Betsy The Lay Hong (2012). Longman Esensi Biologi SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson (M) SDN. BHD. WIKIPEDIA ( November 16, 2011). Pepatung jarum. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepatung_jarum WIKIPEDIA ( September 08, 2012). Lalat rumah. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat_rumah WIKIPEDIA (September 12, 2012). Belalang. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Belalang Firefly Encyclopedia of Insects and Spiders, edited by Christopher O'Toole, ISBN 1-55297-612-2, 2002 WIKIPEDIA (September 12, 2012). Rama - rama. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Rama-rama WIKIPEDIA (September 18, 2012). Semut. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Semut WIKIPEDIA (September 26, 2012). Mentadak. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Mentadak WIKIPEDIA (Oktober 03, 2012). Serangga. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Serangga