1. GULING HADAPAN
Regangan.
Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap individu yang ingin membuat aktiviti
kecergasan bermula dengan regangan. Begitu juga dengan aktiviti gimnastik.
Regangan boleh dibuat dalam bentuk regangan statik mahupun regangan dinamik.
Guru pendidikan jasmani memainkan peranan penting dalam membentuk regangan,
dengan membimbing murid-murid membuat aktiviti. Bagi murid yang baru
diperkenalkan dengan sukan ini, guru perlu menunjukkan cara dan teknik yang
betul membuat regangan. Tanpa regangan yang cukup murid sukar membuat aktiviti
yang dikehendaki dan boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada murid. Faktor
keselamatan perlu diambil berat oleh guru agar murid rasa selamat semasa
melakukan aktiviti.
Hayunan merupakan proses awal bagi seseorang murid yang ingin membuat gulingan.
Hayunan secara mendakap tubuh ( tuck ) boleh memberi momentum apabila murid
berguling sama ada ke hadapan atau pun ke belakang. Keadaan ini memberi
keyakinan kepada murid untuk meneruskan gulingan.
Apabila murid telah menguasai kemahiran ini guru boleh memulakan proses ansur
maju guling depan.
Bagaimana kita hendak membuat gulingan hadapan?
Guling hadapan adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh murid. Namun begitu
kita perlu mengambil kira pengalaman murid dan kebersediaan murid. Bagi murid
yang berasa takut atau teragak-agak, guru perlu menunjukkan cara dan teknik
yang betul menggunakan konsep ansur maju. Pastikan murid berguling di tempat
yang selamat dan sesuai .
Posisi Berdiri.
Posisi ini merupakan aktiviti rutin dalam sukan gimnastik. Ia menunjukkan murid
telah bersedia membuat gerakan. Justeru itu guru perlu memberikan perhatian agar
keselamatan murid terkawal.
Pandangan Tepi
Pandangan Depan
Mencangkung
Bagi memulakan proses gulingan murid perlu mencangkung . Tapak kaki berada
sepenuhnya di atas permukaan bagi mengawal keseimbangan.
2. Letakkan kedua-dua belah tangan di atas permukaan. Pastikan kedua-dua tangan
mempunyai kekuat yang seimbang. Kegagalan mengawal keseimbangan boleh
menyebabkan gulingan menjadi tidak lurus.
Setelah murid bersedia, rapatkan dagu ke arah dada.Bulatkan belakang badan bagi
memudahkan proses gulingan. Jengketkan kaki bagi menambah ketinggian sebelum
gulingan.
Angkat punggung lebih tinggi daripada aras bahu. Pastikan dagu kekal rapat
dibahagian dada. Guru boleh membantu murid dengan memegang belakang punggung dan
bahagian belakang leher. Guru boleh menolak ke hadapan bagi memberi momentum
kepada murid semasa gulingan.
Semasa berguling pastikan kekuatan adalah seimbang. Kegagalan murid mengimbang
tangan menyebabkan gulingan menjadi tidak lurus.
Posisi selepas gulingan. Murid perlu mengekalkan kedudukan tangan dihadapan bagi
mengekalkan momentum untuk memudahkan berdiri semula.
Kedudukan tangan yang seimbang
Kedudukan tangan yang betul
Murid berguling dari aras yang lebih tinggi dari permukaan.
Bagi melancarkan pergerakan guling depan, murid boleh memulakan gulingan dari
tempat yang tinggi ke tempat yang lebih rendah.