2. AMALAN TERBAIK
• Amalan ialah sesuatu perkara yang sering dilakukan dan terbaik ialah
sesuatu perkara yang dianggap sebagai paling bagus
• Amalan terbaik ialah amalan baik yang kerap dilakukan oleh individu
dan memberi kelebihan dan impak yang positif kepada diri sendiri
dan orang sekelilingnya.
3. Freiburg, Jerman
Freiburg merupakan sebuah bandar Jerman yang dikenali sebagai
Bandar Bunga. Ia merupakan salah satu bandar yang paling hijau di
dunia. Bandar ini dipenuhi dengan pokok-pokok dan bukit bukau.
Perumahan yang mesra alam, jalan raya tanpa kereta dan penduduk
yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar menjadikan Freiburg
contoh kemampanan sebuah bandar.
4. Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi merupakan bandar perindustrian yang pesat
membangun. Bandar ini merupakan bandar satelit kedua terbesar
selepas Shah Alam yang menyediakan aktiviti komersil, institusi latihan,
rekreasi dan pendidikan. Bandar ini semakin pesat membangun dan
penduduknya semakin bertambah. Kemudahan awam dan peluang
pekerjaan disediakan dengan baik untuk penduduk di bandar ini.
5. RUMUSAN
• Setiap bandar mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri
• Setiap pihak perlulah berganding bahu dalam membangunkan dan
mewujudkan bandar yang mempunyai amalan terbaik