1. AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana sekali lagi Majlis Pengetua Sekolah Malaysia
dapat menganjurkan persidangan professional tahunannya. Persidang kali ke 54 ini diadakan pada
di Negeri Sembilan Darul Khusus. Saya cukup berbangga dan berbesar hati dan berbangga kerana
Negeri Sembilan terpilih menjadi tuan rumah pada tahun ini. Saya mengalu-alukan kehadiran dan
mengucapkan selamat datang ke Negeri Sembilan kepada semua ahli persidangan iaitu Pengetua-
pengetua dan perwakilan negeri-negeri di Malaysia ke persidangan ilmu ini.
Sebagai tuan rumah, saya mewakili Majlis Pengetua Sekolah Malaysia cawangan Negeri
Sembilan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Pengetua Sekolah Malaysia kerana memberi
kepercayaan kepada majlis pengetua negeri ini merealisasikan persidangan pada kali ini. Kami akan
berusaha sedaya upaya untuk untuk menguruskan persidangan ini dengan sebaik-baiknya
Dalam usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, segala usaha
memartabatkan sistem pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi perlu diselaraskan dengan
terancang dan teliti oleh pemimpin di sesebuah sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
telah menggariskan bahawa guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak utama paling
penting di peringkat sekolah bagi menghasilkan keberhasilan murid.
Ini selaras dengan tema Persidangan pada tahun ini iaitu ¡®¡¯ Kepimpinan Sekolah Tonggak
Keberhasilan Pendidikan di Malaysia¡¯¡¯ dalam melahirkan generasi yang kompeten,
bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini.
Bagi pihak MPSM negeri Sembilan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan dan semua pihak atas segala bantuan dan sokongan sehingga
persidangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
¡¡¡¡¡¡¡¡¡¡¡¡