1. Teks Ucapan Pengetua
Kejohanan Merentas Desa Virtual Run SMK(P) Pudu Tahun 2021
Selamat Sejahtera dan Selamat Pagi,
Yang Dihormati, Puan Valerie YDP PIBG,
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Nor Azlinda bt. Hasmunih
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zalelah bt. Salleh
Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Mardiana bt Md Nor
Penolong Kanan Petang, Puan Rohana bt. Abdullah
Guru-guru SMK (P) Pudu dan anak-anak SMK (P) Pudu yang disayangi
sekalian.
Hadirin sekalian.
Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur, walaupun kita masih
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB, kita
dapat menjalankan Majlis Pelancaran Kejohanan Merentas Desa Virtual Run
SMK (P) PuduTahun 2021 secara atas talian,
Para hadirin,
Pada ketika ini larian fizikal secara besar-besaran dan bersemuka
tidak dapat dianjurkan akibat pandemik Covid-19, namun kami memikirkan
cara lain bagi memastikan warga SMK (P) Pudu mempunyai aktiviti dan gaya
hidup sihat, maka lahirlah idea larian maya ini
Penularan wabak COVID-19 telah mengakibatkan bukan sahaja krisis
kesihatan sedunia tetapi juga krisis ekonomi pada skala yang tidak pernah
dialami di peringkat global sejak tahun 1930-an. Negara kita tidak terkecuali
daripada menerima kesan wabak COVID-19, dengan lebih 300 ribu orang
telah dijangkiti virus ini dan ekonomi negara menguncup sebanyak 5.6
peratus untuk tahun 2020. Kesannya kebanyakan aktiviti berkumpulan tidak
dapat dijalankan.
Berdasarkan statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia
telah menjadi sebuah negara obes. Berat badan berlebihan atau obesiti ini
adalah punca utama timbulnya penyakit kronik yang lain seperti diabetes dan
tekanan darah tinggi.
Oleh itu, pihak sekolah telah menganjurkan Kejohanan Merentas
Desa Virtual Run. Aktiviti fizikal sebegini sangat digalakkan untuk
2. meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga SMK (P) Pudu untuk
menjalani gaya hidup sihat.
Murid- murid sekalian,
Anda boleh manjalankan Virtual Run ini di kawasan kediaman atau
mana-mana kawasan yang sesuai. Saya juga difahamkan bahawa penganjur
sekolah turut mengadakan acara larian bagi kategori guru, ahli PIBG dan
AKP. Murid boleh membuat virtual run bersama ibu bapa atau penjaga. Anda
boleh menjalankan virtual run ini di kawasan rumah kediaman. Namun
keselamatan harus diutamakan.
Anak-anak sekalian.
Sudah menjadi suatu kemestian kepada kita sebagai warganegara
Malaysia untuk mengutamakan aktiviti-aktiviti berlandaskan kesihatan
dengan semangat yang tinggi. Kejohanan merentas desa ini dapat memupuk
semangat bersaing dalam suasana yang sihat terutamanya dalam kalangan
murid, menanamkan sikap bekerjasama dan bertolak ansur sesama guru, ibu
bapa dan murid serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga
sekolah.
Hadirin sekalian.
Merentas desa virtual run adalah satu sukan yang melibatkan murid-
murid berlari mengikut jarak yang telah ditentukan. Acara ini menguji
ketahanan mental dan fizikal anak-anak. Diharapkan semua murid dan guru
menganggap program ini sebagai satu peluang untuk melepaskan tekanan
beban tugas.
Hadirin yang dihormati.
Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan
Merentas Desa Virtual Run SMK (P) Pudu bagi Tahun 2021.