ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423)   2012


Tajuk Jurnal : Perisian Matematik Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas
Sumber : Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1(ms 39-47), Nombor 2, Jun 2011
Penulis : Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt Abu Samah
Ulasan Oleh : Mardhiyatul Huda bt Hamdan ( M20112001423)

RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL

Tajuk jurnal adalah ‘Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan
Khas’. Jurnal ini merupakan hasil kajian Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt
Abu Samah. Tajuk yang dinyatakan adalah ringkas, padat, serta mudah difahami. Tujuan
penyelidikan dijalankan berdasarkan tajuk yang diberi ialah untuk menilai keberkesanan
perisian matematik di bawah tajuk Pecahan bagi pelajar berkeperluan khas dari aspek
pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pre-experimental yang mana responden
diberikan ujian pra, rawatan dan ujian pasca untuk melihat keberkesanan perisian matematik
terhadap tahap pencapaian pelajar.
       Hasil kajian menunjukkan pencapaian       kesemua 9 responden meningkat setelah
menggunakan perisian yang dibangunkan. Melalui sokongan data skor pencapaian pelajar,
penyelidik dapat membuktikan bahawa perisian Matematik bertajuk Pecahan yang
dibangunkan ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas seterusnya
berkesan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian ini menyokong
dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan
Ahmad Khairi (2011), di mana teknologi terutama perisian dalam pendidikan mampu
meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik.
       Penyataan masalah berkaitan pelajar bekeperluan khas digarap secara mendalam oleh
penyelidik. Namun masalah berkaitan dengan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian
multimedia yang sedia ada tidak dinyatakan. Penyelidik juga tidak menyentuh tentang
pernyataan masalah berkaitan subjek Matematik terutama berkaitan tajuk Pecahan yang ingin
dikaji. Penyelidik tidak menyatakan kenapa topik Pecahan dipilih untuk dijadikan bahan
kajian. Fokus pernyataan masalah seharusnya tertumpu kepada subjek Matematik yang
seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar difahami menggunakan
kaedah tradisonal. Justeru pendekatan pembelajaran berbantu komputer menggunakan
perisian multimedia seumpama ini adalah sangat memberangsangkan.
MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423)    2012


       Kajian literatur adalah rumusan literatur yang ditulis bertujuan menerangkan
maklumat dan penyelidikan semasa dan lampau. Antara tinjauan literatur yang dibentangkan
oleh penyelidik ialah kajian Rahayu dan Maria (2010), berkaitan dengan elemen multimedia
dan elemen visual yang merupakan kaedah penyaluran maklumat yang sangat menarik dalam
menyampaikan sesuatu input pembelajaran. Malangnya, penyelidik gagal menggarap sorotan
kajian-kajian lepas terutamanya mengenai pelajar berkeperluan khas dan perisian multimedia
secara lebih terperinci dalam laporan kajian ini.
       Sampel dalam kajian ini telah dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik. Kajian ini
telah memilih 2 orang guru dan 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden
kajian. Namun penyelidik tidak menjelaskan kaedah persampelan yang dipilih serta jumlah
populasi sebenar kajian beliau. Instrumen yang digunakan adalah ujian penilaian yang terdiri
daripada Ujian Pencapaian 1 (ujian pra) dan Ujian Pencapaian 2 (ujian pasca). Penyelidik
tidak menyatakan sumber dan proses pembinaan instrumen serta prosedur pembinaan ujian
yang digunakan untuk penyelidikan. Kriteria asas pembinaan ujian seperti kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahtafsiran juga tidak dibentangkan. Selain itu,
tempoh masa yang diambil diantara ujian pra dan pasca tidak dinyatakan sama sekali.

       Berdasarkan analisis data, penyelidik telah membentangkan hasil kajian secara teratur
menggunakan jadual yang diselitkan di dalam aspek perbincangan. Jadual yang dipaparkan
berinformasi dan diterangkan dengan baik oleh penyelidik. Penyelidik seharusnya
memasukkan cadangan penambahbaikkan di dalam pembangunan perisian yang dibangunkan
untuk tujuan rujukan kajian akan datang. Selain itu, penyelidik juga tidak menerangkan
tentang sumbangan hasil kajian yang dijalankan kepada bidang ilmu Matematik yang dikaji
khususnya dalam penambahbaikan kaedah pengajaran bagi pelajar bekeperluan khas.
Cadangan penambahbaikan ini penting untuk rujukan pihak-pihak tertentu seperti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pentadbiran sekolah, guru-guru dan para penyelidik.
Namun begitu, kesimpulan yang dinyatakan oleh penyelidik ringkas dan tepat serta disokong
oleh hasil kajian yang diperolehi sepanjang penyelidikan dijalankan. Secara keseluruhannya,
gaya penulisan penyelidik dalam memberi hujah dan menginterpretasi hasil kajian adalah
baik dan berkesan.

More Related Content

Ulasan jurnal

  • 1. MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423) 2012 Tajuk Jurnal : Perisian Matematik Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Sumber : Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1(ms 39-47), Nombor 2, Jun 2011 Penulis : Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt Abu Samah Ulasan Oleh : Mardhiyatul Huda bt Hamdan ( M20112001423) RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL Tajuk jurnal adalah ‘Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas’. Jurnal ini merupakan hasil kajian Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt Abu Samah. Tajuk yang dinyatakan adalah ringkas, padat, serta mudah difahami. Tujuan penyelidikan dijalankan berdasarkan tajuk yang diberi ialah untuk menilai keberkesanan perisian matematik di bawah tajuk Pecahan bagi pelajar berkeperluan khas dari aspek pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pre-experimental yang mana responden diberikan ujian pra, rawatan dan ujian pasca untuk melihat keberkesanan perisian matematik terhadap tahap pencapaian pelajar. Hasil kajian menunjukkan pencapaian kesemua 9 responden meningkat setelah menggunakan perisian yang dibangunkan. Melalui sokongan data skor pencapaian pelajar, penyelidik dapat membuktikan bahawa perisian Matematik bertajuk Pecahan yang dibangunkan ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas seterusnya berkesan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian ini menyokong dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011), di mana teknologi terutama perisian dalam pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Penyataan masalah berkaitan pelajar bekeperluan khas digarap secara mendalam oleh penyelidik. Namun masalah berkaitan dengan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian multimedia yang sedia ada tidak dinyatakan. Penyelidik juga tidak menyentuh tentang pernyataan masalah berkaitan subjek Matematik terutama berkaitan tajuk Pecahan yang ingin dikaji. Penyelidik tidak menyatakan kenapa topik Pecahan dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Fokus pernyataan masalah seharusnya tertumpu kepada subjek Matematik yang seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar difahami menggunakan kaedah tradisonal. Justeru pendekatan pembelajaran berbantu komputer menggunakan perisian multimedia seumpama ini adalah sangat memberangsangkan.
  • 2. MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423) 2012 Kajian literatur adalah rumusan literatur yang ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan penyelidikan semasa dan lampau. Antara tinjauan literatur yang dibentangkan oleh penyelidik ialah kajian Rahayu dan Maria (2010), berkaitan dengan elemen multimedia dan elemen visual yang merupakan kaedah penyaluran maklumat yang sangat menarik dalam menyampaikan sesuatu input pembelajaran. Malangnya, penyelidik gagal menggarap sorotan kajian-kajian lepas terutamanya mengenai pelajar berkeperluan khas dan perisian multimedia secara lebih terperinci dalam laporan kajian ini. Sampel dalam kajian ini telah dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik. Kajian ini telah memilih 2 orang guru dan 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden kajian. Namun penyelidik tidak menjelaskan kaedah persampelan yang dipilih serta jumlah populasi sebenar kajian beliau. Instrumen yang digunakan adalah ujian penilaian yang terdiri daripada Ujian Pencapaian 1 (ujian pra) dan Ujian Pencapaian 2 (ujian pasca). Penyelidik tidak menyatakan sumber dan proses pembinaan instrumen serta prosedur pembinaan ujian yang digunakan untuk penyelidikan. Kriteria asas pembinaan ujian seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahtafsiran juga tidak dibentangkan. Selain itu, tempoh masa yang diambil diantara ujian pra dan pasca tidak dinyatakan sama sekali. Berdasarkan analisis data, penyelidik telah membentangkan hasil kajian secara teratur menggunakan jadual yang diselitkan di dalam aspek perbincangan. Jadual yang dipaparkan berinformasi dan diterangkan dengan baik oleh penyelidik. Penyelidik seharusnya memasukkan cadangan penambahbaikkan di dalam pembangunan perisian yang dibangunkan untuk tujuan rujukan kajian akan datang. Selain itu, penyelidik juga tidak menerangkan tentang sumbangan hasil kajian yang dijalankan kepada bidang ilmu Matematik yang dikaji khususnya dalam penambahbaikan kaedah pengajaran bagi pelajar bekeperluan khas. Cadangan penambahbaikan ini penting untuk rujukan pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pentadbiran sekolah, guru-guru dan para penyelidik. Namun begitu, kesimpulan yang dinyatakan oleh penyelidik ringkas dan tepat serta disokong oleh hasil kajian yang diperolehi sepanjang penyelidikan dijalankan. Secara keseluruhannya, gaya penulisan penyelidik dalam memberi hujah dan menginterpretasi hasil kajian adalah baik dan berkesan.