1. 1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
39500, TANJUNG MALIM, PERAK.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
( KPT6044 )
TUGASAN 1
ANALISIS JURNAL
The Effects of a Constructivist Approach in a Web Environment on
Students’ Language Learning
NAMA : SYAKHIRA HUSNA BINTI ILLIAS
NO. MATRIK : M20141000680
NAMA PENSYARAH :
PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
2. 2
1.0 PENGENALAN
Perubahan perkembangan Internet telah memberi impak yang besar kepada banyak bidang
khususnya bidang pendidikan dan latihan. World Wide Web ( atau lebih dikenali sebagai
laman web) telah menawarkan pelbagai bentuk aktiviti untuk pembelajaran dalam kelas.
Guru boleh menggunakan laman web untuk menyampaikan makumat dan pada masa yang
sama pelajar boleh mengakses sebarang maklumat, berkongsi idea dan berkomunikasi
dengan orang lain. Walaupun terdapat terlalu banyak laman web yang telah direka untuk
digunakan dalam proses instruksional, tetapi kebanyakkan darinya adalah berasaskan
kepada pendekatan tutorial. Kandungan yang dipaparkan pada amnya berbentuk linear dan
mengikut turutan, dan diikuti oleh beberapa siri aktiviti dan maklumbalas. Walaupun
banyak laman web berbentuk sedemikian, pereka instruksional perlu bijak dalam
mengembangkan program web based learning (WBL). Melalui jurnal ini, pengkaji akan cuba
mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme melalui WBL bagi menyediakan pelajar
dengan pembelajaran yang melibatkan aktiviti penerokaan, interaksi dan penyelesaian
masalah.
1.1 PENYATAAN MASALAH
Walaupun terdapat banyak bentuk pembelajaran Bahasa Melayu, namun kebanyakkannya
adalah dalam bentuk bahan cetakan. Pembelajaran berasaskan E-learning pelu diaplikasikan
kerana ia mempunyai kepelbagaian elemen seperti teks, audio, video, grafik, animasi dan
interaktif yang ditawarkan oleh teknologi multimedia. Tambahan pula, laman web telah
menyediakan platform bagi pelajar untuk berkomunikasi, menerokai ilmu dan berkongsi
pengetahuan. Tetapi pada masa yang sama, adalah menjadi persoalan mengenai
pembelajaran web ini adalah :
I. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa pembelajaran berada pada
peringkat paling optimum. Secara khususnya apakah pendekatan WBL yang
terbaik untuk digunapakai kepada pelajar subjek Bahasa Melayu?
II. Bolehkan persekitaran WBL yang menyediakan pembelajaran linear,
penyelesaian masalah, berpusatkan murid, pendekatan konstruktivis
merupakan pendekatan terbaik dalam membantu pelajar?
3. 3
III. Bolehkan WBL diaplikasi kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang
berbeza?
1.2 TUJUAN KAJIAN
Mengkaji keberkesanan kaedah WBL melalui dua pendekatan iaitu pendekatan tutorial dan
pendekatan konstruktivis terhadap pelajar yang mempunyai tahap pencapaian berbeza.
1.3 KERANGKA TEORI DAN MODEL.
ï‚· Pendekatan Konstruktivis
Merupakan pembelajaran di mana pelajar menyusun maklumat berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Pelajar tidak mampu untuk menyelesaikan masalah
melainkan jika mereka mempunyai pengetahuan asas atau kemahiran asas.
Pendekatan ini memerlukan pelajar untuk terlibat secara aktif melalui aktiviti
eksperimen dan penyelesaian masalah. Melalui pendekatan konstruktivis murid
belajar menggunakan WBL dan mengaplikasikan aspek seperti meneroka,
menjalankan eksperimen, menghasilkan hipotesis, berbincang dan menulis refleksi
terhadap pembelajaran yang telah mereka lalui. Ia berasaskan kepada Model Lima
Fasa Needham (1987).
4. 4
ï‚· Pendekatan tutorial
Pendekatan tutorial melalui WBL pada asasnya menyediakan maklumat bermula dari
peringkat pendahuluan di mana ia akan memberi maklumat mengenai tujuan
pembelajaran. Seterusnya ia akan memaparkan beberapa maklumat diikuti dengan
beberapa perkembangan idea. Soalan akan disoal dan pelajar pelu menjawab soalan.
Strategi instruksional yang digunakan dalam pendekatan tutorial adalah berasakan
kepada Alessi and Trollip’s Model and Gagne’s Nine Events of Instruction.
1.4 METHOD KAJIAN
Kajian ini mengunakan:
I. 2x2 eksperimen kuasi.
II. Independent variable
a. Kaedah WBL melalui 2 pendekatan iaitu pendekatan tutorial dan pendekatan
konstruktivis.
III. Dependent Variable
a. Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar melalui pretest dan post-test.
IV. Moderating Variable
a. Dua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah dan perdana.
1.5 HIPOTESIS KAJIAN
I. Hipotesis 1 – Tiada perbezaan signifikan dalampencapaian pembelajaran bahasa
melalui kaedah WBL di antara pendekatan tutorial dengan pendekatan konstruktivis.
II. Hipotesis 2 – Tiada perbezaan signifikan dalam pencapaian pembelajaran bahasa
melalui kaedah WBL di antara pelajar perdana dengan pelajar lemah.
III. Hipotesis 3 – Tiada perbezaan signifikan dalampencapaian pelajar perdana di antara
pelajar dalam kumpulan tutorial atau kumpulan konstruktivis.
IV. Hipotesis 4 – Tiada perbezaan signifikan dalampencapaian pelajar lemah di antara
pelajar dalam kumpulan tutorial atau kumpulan konstruktivis.
5. 5
V. Hipotesis 5 - Tiada perbezaan signifikan dalampencapaian pelajar perdana dan
pelajar lemah dalamkumpulan konstruktivis
2 INSTRUMEN KAJIAN
Dalam kajian ini, subjek bahasa melayu telah dipilih dan sub-topik pengajaran terdiri
daripada empat subtopik:
(a) Pengenalan kepada Kata Nama,
(b) Kata Nama Biasa,
(c) Kata Nama betul, dan
(d) kata ganti Nama.
Topik ini dipilih kerana ia merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran bahasa
Melayu.
PROSEDUR KAJIAN
Tiga kelas Tingkatan Empat telah dipilih dan jumlah pelajar keseluruhan dipilih secara
rawak. Kemudian, mereka dibahagi kepada dua iaitu kumpulan rawatan (kawalan) dan
kumpulan eksperimen. Pelajar kemudian diberi taklimat mengenai kajian ini. Seterusnya,
ujian pra selama 30 minit telah diedarkan kepada mereka. Ini diikuti dengan sesi orientasi
untuk membiasakan pelajar dengan persekitaran WBL. Satu portal web pendidikan
(www.tutor.com.my) yang dibangunkan oleh salah satu syarikat akhbar harian telah
digunakan untuk tujuan ini. Sesi ini telah dijalankan di makmal komputer sekolah, di mana
setiap pelajar telah diberi kepada satu komputer. Kemudian, sesi rawatan selama 90 minit
dijalankan dimana kumpulan kawalan menerima pendekatan tutorial WBL manakala
kumpulan eksperimen menerima pendekatan konstruktivis WBL. Ujian pasca selama 30
minit telah dijalankan dengan serta-merta selepas sesi rawatan.
6. 6
3.0 DAPATAN KAJIAN
I. Hipotesis 1 – Tiada perbezaan signifikan dalam pencapaian pembelajaran bahasa
melalui kaedah WBL di antara pendekatan tutorial dengan pendekatan konstruktivis
– Hipotesis ini ditolak di mana terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian
pembelajaran bahasa melalui kaedah WBL di antara pendekatan tutorial dengan
pendekatan konstruktivis. Ini membawa maksud kumpulan konstruktivis
membenarkan pembelajaran aktif melalui aktiviti eksplorasi dan penyelesaian
masalah.
II. Hipotesis 2 – Tiada perbezaan signifikan dalam pencapaian pembelajaran bahasa
melalui kaedah WBL di antara pelajar perdana dengan pelajar lemah.
- Hipotesis ini ditolak di mana terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian
pembelajaran bahasa melalui kaedah WBL di antara pelajar perdana dengan
pelajar lemah. Ini membawa maksud pelajar lemah dapat belajar dengan
lebih baik menggunakan kaedah WBL berbanding pelajar perdana.
III. Hipotesis 3 – Tiada perbezaan signifikan dalam pencapaian pelajar perdana di antara
pelajar dalam kumpulan tutorial atau kumpulan konstruktivis.
- Hipotesis ini ditolak di mana terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian
pelajar perdana di antara pelajar dalam kumpulan tutorial atau kumpulan
konstruktivis. Ini membuktikan bahawa pelajar dalam kumpulan konstruktivis
belajar dengan lebih baik berbanding pelajar dalam kumpulan tutorial.
IV. Hipotesis 4 – Tiada perbezaan signifikan dalam pencapaian pelajar lemah di antara
pelajar dalam kumpulan tutorial atau kumpulan konstruktivis.
- Hipotesis diterima di mana tiada perbezaan signifikan signifikan dalam
pencapaian pelajar lemah di antara pelajar dalam kumpulan tutorial atau
kumpulan konstruktivis. Ini membuktikan bahawa perbezaan pendekatan
tidak memberi impak yan
V. Hipotesis 5 - Tiada perbezaan signifikan dalam pencapaian pelajar perdana dan
pelajar lemah dalam kumpulan konstruktivis.
7. 7
- Hipotesis ini ditolak di mana terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian
pelajar perdana dan pelajar lemah dalam kumpulan konstruktivis. Ini
membuktikan bahawa prestasi pelajar lemah adalah lebih baik berbanding
pelajar perdana dalam kumpulan konstruktivis. Pelajar lemah belajar dengan
lebih baik menggunakan kelengkapan WBL dan ia mampu mengalakkan
pelajar lemah membina pembelajaran bermakna dalam diri mereka.
4.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
WBL melalui pendekatan konstruktivis telah memberi kesan yang positif dalam
pembelajaran bahasa pelajar. Walaupun pengkaji menyatakan bahawa untuk menghasilkan
program instruksional berasaskan pendekatan konstruktivis adalah sukar tetapi ia amat
membantu murid menyelesaikan masalah melalui penerokaan dan interaksi dengan rakan
yang lain. Pada masa yang sama, pengkaji telah membuktikan bahawa pelajar yang lemah
mempunyai potensi yang baik dalam subjek bahasa melalui WBL. Pengkaji berpendapat
bahawa pelajar yang lemah berupaya mempamerkan potensi mereka melalui platform yang
berbeza.
Pengkaji juga menyarankan agar lebih banyak WBL berasaskan pendekatan konstruktivisme
dibina bagi membantu pelajar untuk memahami isi kandungan, mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar.
8. 8
RUJUKAN
Alessi, S.M. & Trollip, S. R. (2001). Multimedia for Learning: Methods and Development (3rd
Ed.) Boston: Allyn and Bacon.
Ashfahani Zakaria (2001). The Use of Web-based Learning to Improve Students’ Achievement
and Motivation on the Topic of Nuclear Energy. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, & Manimegalai, S. (2002). Multimedia
Courseware Design. Skudai, Johor: Penerbit UTM.
Cheong, K. M. (2003). The Effectiveness of Web-based Learning in the Topic of Chemical
Bond on Students’ Learning. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Duffy, T.M., Lowyck, J. & Jonassen, D.H. (1993). Introduction. In T.M. Duffy, J. Lowyck, &
D.H. Jonassen, (Eds), Designing Environments for Constructive Learning (pp. 1 – 5) Berlin:
Springer-Verlag.
Gagne, R.M., Briggs, L.J., & Wager, W.W. (1992). Principles of Instructional Design.
Harwurt Brace Jovanovich College Pub., New York.
Irfan Naufal Umar & Mustapa Abidin. (2009). The Effects Of A Constructivist Approach
In A Web Environment On Students’ Language Learning. Internet Journal of e-Language
Learning & Teaching, 4(2), 2007, pp. 26-37. [Retrived February 28, 2015].
http://www.eltrec.ukm.my/iJeLLT
Jonassen, D.H., Peck, K.L. & Wilson, B.G. (1999). Learning With Technology: A
Constructivist Perspective. Columbus, Ohio : Prentice Hall.
Thirteen Ed Online (2004). Constructivism as a Paradigm for Teaching and Learning.
[Retrieved January 7, 2006]. http://www.thirteen.org/edonline/
concept2class/constructivism/index.html.
Wong K.C. & Toh S. C. (2003). The Effects of Constructivist Strategies in Learning
Electromagnet in a Multimedia Environment. Proceedings of the 16th National Educational
Technology Convention.