1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2010/2011
KPR 5063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KUMPULAN E
TUGASAN 1 :
ULASAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN
MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK
SITI AMIATUNAIM BT ABD HAMID L20101006009
SIMAH BT SERAT L20101006014
PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF HAJI GAPOR
1
2. MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK DENGAN
MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA
OLEH
Julaila Selamat
Rosnah Embok Tang
Rashidah Punawan
SK Laksamana,
Kota Tinggi, Johor.
Kajian Tindakan yang ingin diulas ini bertajuk ‘Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Menjawab Soalan Tolak Dengan Mengumpul Semula Dari Ratus Ke Puluh Dan Puluh Ke
Sa’ yang telah dijalankan oleh Julaila Selamat, Rosnah Embok Tang dan Rashidah
Punawan dari Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi Johor. Kami memdapat jurnal
ini melalui laman web http://www.arjpnj.com/ktindak/files/tolak.pdf. Limitasi pengkaji
terhadap penyelidikan ini adalah pelajar kelas 3 Jaya dan 3 Maju iaitu seramai 11 orang
pelajar sebagai sampel kajian, sembilan orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar
perempuan.
Kami terpanggil untuk mengulas jurnal ini kerana kami merasakan teknik-teknik baru
yang dikemukan oleh pengkaji adalah sesuatu yang menarik dan perlu diberi perhatian
kerana teknik ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru dari sekolah lain yang berhadapan
dengan masalah yang hampir sama; di mana masih terdapat pelajar yang tidak menguasai
teknik asas mengira walaupun pelajar tersebut sudah berada di tahun 3 persekolahan;
sedangkan antara matlamat kerajaan untuk memastikan pelajar dapat menguasai 3 M
(membaca, menulis dan mengira) di peringkat sekolah rendah.
Hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas pengkaji mendapati
pelajar kelas tiga Jaya dan 3 Maju tidak menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul
semula. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyemakan buku latihan dan merujuk kepada
keputusan ujian bulan pertama. Kemudian pengkaji melakukan pemerhatian dan hasil
pemerhatian pengkaji mendapati pelajar tidak memahami konsep pinjam sebelah dan
kemudian kumpul semula. Malahan pelajar ini juga malas mengira, tidak berkeyakinan dan
tiada motivasi dalaman.
2
3. Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
asas Matematik menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan
puluh ke sa. Manakala objektif utama kajian tindakan ini pula adalah untuk membantu
pelajar menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan
puluh ke sa melibatkan tiga digit dengan tepat menggunakan teknik pembilang EQ (Easy
Quantifiers). Selain itu, objektif pengkaji juga adalah untuk meningkatkan penguasaan dan
kepantasan pelajat dalam pengiraan yang melibatkan konsep ‘pinjam sebelah’ dan
menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan penolakan, serta dapat
menambahbaikan dan mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran matematik.
Kami mendapati pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
maklumat yang diperlukan untuk membantu pengkaji menganalisa data yang diperlukan
seperti menggunakan kaedah pemerhatian, yang mana pengkaji mendapati sikap malas
yang ada pada pelajar ini yang menyebabkan mereka tidak menguasai asas Matematik.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah Ujian Pra dan Soal Selidik untuk
mengumpul maklumat, yang mana daripada dua kaedah berkenaan, pengkaji mendapati 0%
pelajar yang mendapat skor penuh, 36% pelajar mendapat skor kosong dalam ujian
tersebut, dan 37% daripada pelajar tersebut menyatakan mereka tidak berminat dengan
mata pelajaran Matematik.
Selepas menganalisa data tersebut, pengkaji berpendapat bahawa pelajar tersebut
perlu diberi rawatan klinikal, yang mana kelas klinikal tersebut telah dijalankan selama dua
minggu. Semasa proses rawatan klinikal tersebut, pengkaji telah menjalankan tiga jenis
aktiviti pembelajaran, iaitu Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latihtubi berterusan.
Kami mendapati semasa proses rawatan klinikal ini dijalankan, pengkaji
menyediakan beberapa senarai semak untuk membantu pengkaji melihat keberkesanan
program yang dijalankan senarai semak pencapaian pelajar, senarai semak perubahan
tingkah laku pelajar, graf pencapaian pelajar dan borang soal selidik.
Aktiviti Suluh merupakan aktiviti permulaan sesi rawatan, yang mana melalui aktiviti
ini pelajar diberikan penerangan mengenai konsep pengiraan yang melibatkan operasi tolak
dengan ‘pinjam sebelah’. Penerangan konsep ini ditunjukkan secara tayangan slaid
powerpoint. Penerangan powerpoint ini telah menyebabkan pelajar terpegun dan memberi
sepenuh perhatian mereka kerana apabila berlaku sesuatu inovasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan tertarik dengan perubahan tersebut.
Minat dan perhatian yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut telah memberi implikasi
positif dalam pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan dalam
penguasaan pengiraan penolakan dengan konsep ‘pinjam sebelah’. Melalui aktiviti ini juga
3
4. pelajar-pelajar ini dilihat mula melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka mula menunjukkan minat untuk mencuba dan tampil ke
hadapan untuk menjawab soalan yang diberikan.
Apabila pengkaji mendapati peningkatan penguasaan kemahiran pengiraan pelajar
semakin baik, pengkaji melaksanakan aktiviti yang kedua iaitu Aktiviti Litar EQ. Semasa
Aktiviti Litar EQ ini dijalankan, pengkaji mendapati pelajar mengaplikasikan kemahiran
‘pinjam sebelah’ (yang digunakan semasa Aktiviti Suluh) sebelum menggunakan Pembilang
EQ untuk menyelesaikan soalan yang diberi.
Pengkaji mendapati Aktiviti Litar EQ ini juga berjaya menarik minat pelajar kerana
semasa proses ini berjalan, pelajar semakin aktif untuk bertanyakan soalan kepada pengkaji
berkaitan dengan Pembilang EQ. Aktiviti Litar EQ ini juga telah berjaya membantu pelajar
untuk lebih menguasai teknik pengiraan tolak kerana pelajar ini dapat menyelesaikan setiap
soalan yang diberikan.
Setelah pengkaji memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Aktiviti Suluh dan
Aktiviti Litar EQ, pengkaji menggunakan pendekatan behaviorisma untuk lebih
memantapkan penguasaan pengiraan tolak pelajar. Pendekatan behaviorisma yang
digunakan ialah kaedah Latih Tubi. Kaedah Latih Tubi ini digunakan sebagai pelengkap dan
kesinambungan daripada dua aktiviti yang telah dijalankan.
Pengkaji telah menggunakan Ujian Pos untuk melihat keberkesanan program yang
telah dijalankan. Hasil yang telah ditunjukkan oleh pelajar tersebut adalah seperti di bawah:
UJIAN PRA UJIAN POS
SKALA BIL % SKALA BIL %
Betul Semua 0 0 Betul Semua 4 37
Betul 7 – 9 0 0 Betul 7 – 9 4 37
Betul 3 – 6 0 0 Betul 3 – 6 1 9
Betul 1 – 2 7 64 Betul 1 – 2 2 17
Salah Salah
4 36 0 0
Semua Semua
JUMLAH 11 100 JUMLAH 11 100
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa pelajar tersebut telah berjaya untuk
meningkatkan penguasaan mereka dalam teknik asas penolakan. Hal ini kerana semasa
Ujian Pra dijalankan, sebanyak 36% pelajar yang mendapat skor kosong, dan 0% pelajar
4
5. yang mendapat skor penuh, tetapi setelah sesi rawatan klinikal dijalankan, pencapaian
pelajar telah meningkat, di mana sebanayk 37% pelajar telah mendapat skor penuh dan 0%
pelajar yang mendapat skor kosong.
Hasil daripada ulasan di atas, kami mendapati rekabentuk kajian yang digunakan
oleh pengkaji adalah ‘Model Kemmis & McTaggart (1988)’, yang hanya menggunakan satu
lingkaran sahaja seperti rajah di bawah ini:-
Berdasarkan Model rekabentuk Kemmis & McTaggart (1988), setiap kajian yang
dilakukan oleh pengkaji menggunakan prosedur seperti rajah 2 di bawah:-
5
6. Mengenalpasti
Masalah
Merancang
Melakukan
Tindakan
Refleksi
Melaksanakan Tindakan
dan Pemerhatian
Prosedur pertama yang digunakan oleh pengkaji adalah mengenalpasti masalah
kajian. Pengkaji mendapati pelajar tidak dapat menguasai kemahiran tolak dengan
mengumpul semula nilai sebelah. Pengkaji mengenalpasti masalah ini melalui penyemakan
buku latihan Matematik dan kemerosotan ujian bulanan pelajar untuk subjek ini. Setelah
mengenalpasti masalah ini, pengkaji menjalankan beberapa kaedah untuk mengenalpasti
pelajar sasaran dan faktor yang menyebabkan mereka lemah dalam penguasaan kemahiran
tolak menggunakan teknik pinjam dan kumpul semula.
Dalam prosedur kedua, pengkaji merancang kaedah yang sesuai untuk diguna pakai
dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pengkaji menggunakan tiga jenis kaedah, iaitu
Aktiviti Suluh, Aktiviti Litar EQ dan Latih Tubi. Pengkaji menjalankan ketiga-tiga aktiviti ini
melalui ‘rawatan klinikal’ yang dilaksanakan selama dua minggu.
Prosedur berikutnya adalah melaksanakan tindakan dan pemerhatian ketiga-tiga
aktiviti yang telah dirancang. Pengkaji menggunakan tayangan slaid powerpoint untuk
menunjukkan cara menggunakan kaedah pinjam sebelah. Tayangan slaid ini merupakan
satu inovasi kepada pelajar tersebut kerana kebiasaannya guru mengajar dengan
menggunakan papan hitam, tidak menggunakan tayangan slaid. Hasil pemerhatian aktiviti
ini murid terpegun dengan slaid yang ditunjukkan dan memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap slaid sehingga selesai penerangan. Aktiviti kedua menyusul selepas aktiviti
pertama selesai dilaksanakan. Melalui Aktiviti Litar EQ, pelajar diberikan pembilang EQ
setiap seorang. Pengkaji menggunakan gambar kartun pada pembilang tersebut untuk
menarik perhatian pelajar. Pelajar mengaplikasikan kaedah pinjam sebelah yang telah diajar
dalam aktiviti pertama tadi. Hasil pemerhatian aktiviti ini pula, murid pada mulanya agak
6
7. sukar memahami kaedah ini namun murid boleh memperolehi hasil tolak selepas
menggunakan pendekatan mesra murid. Aktiviti ketiga, iaitu Latih Tubi digunakan untuk
memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep tolak
menggunakan kaedah pinjam dan kumpul semula.
Prosedur terakhir yang diguanakan oleh pengkaji ialah melakukan refleksi atau
penilaian kajian iaitu menilai keberkesanan aktiviti Suluh dan aktiviti Litar EQ dan membuat
senarai semak data setiap murid sasaran untuk mengetahui perubahan semasa sama ada
mengalami peningkatan atau tidak. Tiga penilaian yang dilakukan oleh pengkaji iaitu jadual
pencapaian setiap murid sasaran dalam rawatan kritikal, jadual perbandingan Ujian Pra dan
Ujian Pos dan graf pencapaian individu murid sasaran.
Secara konklusinya pengkaji berpuas hati dengan pencapaian yang telah ditunjukkan
oleh pelajar sasaran tersebut. Selain itu, pengkaji juga berharap agar guru yang mengajar
pelajar yang lemah dalam Matematik untuk mengajar pelajar berkenaan dengan
menggunapakai konsep ‘learning is fun’ dan ‘mathematic is fun’ untuk menarik minat pelajar
tersebut terhadap Matematik.
7