1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
(KPT6044)
TUGASAN 1
TAJUK JURNAL:
KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E- PEMBELAJARAN
DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN PENDIDIKAN
TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI (IPTA) NEGERI JOHOR
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA V. VEJAYAN A/L VARATHARAJAN
NO.MATRIK : M20111000124
NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF
HJ GAPOR
3. BIL. PERKARA
1.O PENGKAJIAN
2.0 TUJUAN PENGAJIAN
3.0 SOALAN/ HIPOTESIS
4.0 REKABENTUK PENYELIDIKAN YANG DIGUNAKAN
5.0 POPULASI, PROSEDUR PERSAMPELAN, PEMILIHAN
SAMPEL DAN SAIZ
6.0 PEMBOLEHUBAH UTAMA
7.0
SUMBER DATA / PROSEDUR MENGUMPUL
8.0
KAEDAH MENGANALISIS DATA
9.0
PENEMUAN
10.0
KESIMPULAN PENGARANG
4. Kajian Mengenai Penggunaan E- Pembelajaran ( E Learning ) Di Kalangan Pelajar
Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi ( IPTA )
Negeri Johor.
1. Pengkajian
Jurnal ini di tulis oleh Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, danTung Kung
Shiung tentang kajian mengenai E- pembelajaran ( E- Learning ) di kalangan pelajar Jurusan
Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi ( IPTA ) negeri Johor.Jurnal
ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri ( self efficacy ) siswazah terhadap e
pembelajaran , halangan-halangan yang di hadapi oleh siswazah dalam penggunaan e
pembelajaran. Selain itu jurnal ini menggunakan analisis deskriptif dan soal selidik telah di
gunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan.
2.Tujuan Pengkajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik.
Kaedah tinjauan di gunakan untuk mendapatkan maklumat.
3.Soalan/ Hipotesis
5. Soalan kajian dalam jurnal adalah untuk melihat hubungan antara kecekapan diri ( self efficacy)
dengan halangan-halangan dalam penggunaan e pembelajaran oleh siswazah kursus Pendidikan
Teknik dan Vokasional.
1. Apakah kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional terhadap e
Pembelajaran?
2. Apakah halangan-halanganyang di hadapi oleh siswazah?
3. Apakah hubungan antara kecekapan diri terhadap e- pembelajaran dengan halangan-halangan
dalam penggunaan e- pembelajaran oleh siswazah kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional?
4.Rekabentuk Penyelidikan Yang Di gunakan
Kajian ini berdasarkan kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kaedah
tinjauan di gunakan untuk mendapatkan maklumat.
5. Populasi, Prosedur Persampelan, Pemilihan Sampel dan Saiz.
Dalam penulisan ini juga ada di nyatakan populasi dengan jelas iaitu terdiri daripada siswazah
Institusi Tinggi Awam ( IPTA )di negeri Johor yang mengikuti kursus Pendidikan Teknikal dan
Vokasional yang terdiri daripada dua buah IPTA iaitu Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )
dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. ( KUITTHO). Pemilihan sampel ini di buat
melalui kaedah persampelan secara rawak iaitu seramai 306 sampel kajian di pilih.Instrumen
yang di gunakan ialah melalui soal selidik.
6. Pembolehubah
(A) Dependent
Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi negeri
Johor.
(B) Independent
E Pembelajaran
7. Sumber Data/ Prosedur Mengumpul
Pengkaji dalam kajian ini telah menggunakan dua aspek iaitu kecekapan diri terhadap komputer
dan kecekapan diri terhadap internet. Selain daripada itu pengkaji juga menggunakan soal selidik
untuk melihat halangan-halangan yang di hadapi oleh siswazah kursus Pendidikan Teknik dan
Vokasional dalam penggunaan e- pembelajaran.
8. Kaedah Menganalisis Data
6. Data-data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Statistik Deskriptif yang di gunakan seperti
min, median, julat dan varians. Statistik inferensi yang di gunakan adalah korelasi Pearson, ujian
t, dan cap anova sehala.Kaedah menganalisis data di buat dengan membuat perbandingan min
dengan kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet. Manakala yang
kedua pula adalah dengan membuat perbandingan min dengan halangan-halangan yang di hadapi
oleh siswazah yang termasuk halangan teknologikal,halangan personaliti, halangan situasi, dan
halangan Institusi.
9. Penemuan/ Dapatan
a.. Kecekapan diri akan mempengaruhi penggunaan e pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan
siswazah mempunyai keyakinan yang tinggi tentang kebolehan mereka menggunakan e
pembelajaran. Kecekapan diri siswazah secara keseluruhan mencatat nilai min 3.80.
b. Halangan pembelajaran di dapati membawa kesan yang negatif terhadap mereka dalam
menggunakan e pembelajaran. Halangan teknologial mencatat min yang tertinggi iaitu 3.0.
c. Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 3.57.
d. Dapatan kajian menunjukkan halangan situasi mencatat min 2.97. Halangan situasi merujuk
kepada terlalu sibuk dengan urusan yang lain.
e. Halangan Institusi pula mencatat min 2.80. Halangan institusi merujuk kepada pengajar dan
reka bentuk bahan pengajaran.
f. Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halangan-halangan
dalam penggunaan e pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e pembelajaran adalah rendah
memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak - 0.38. Nilai pekali korelasi yang negatif
memberitahu pengguna bahawa perkaitan atau perhubungan yang wujud antara kedua-dua
pembolehubah tersebut merupakan suatu hubungan yang negatif. Ini menunjukkan bahawa
sekiranya kecekapan diri pengguna terhadap e pembelajaran adalah tinggi maka halangan-
halangan yang akan di hadapi dalam penggunaan e pembelajaran adalah kurang.
Kesimpulan Pengarang
Pengkaji menyatakan bahawa halangan-halangan dalam penggunaan e pembelajaran adalah
halangan sementara sahaja dan boleh di atasi sekiranya siswazah mempunyai motivasi yang
tinggi untuk belajar. Di samping itu kerjasama daripada siswazah, dan pensyarah amat penting
untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran e learning agar menarik dan mampu memotivasi .
Semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk memajukan usaha murni ini.
RUJUKAN
7. ASTD. (1998). Learning Technology Research Report. Alexandria, VA:ASTD.
Berge, Z. L. (Ed.) (2001). Sustaining Distance Training: Integrating Learning
Technologies into the Fabric of The Fabric of the Enterprise. San Francisco: Jossey-
Bases.
Bishoff, A. (2000). The Elements of Effective Online Teaching: Overcoming Barriers
To Success. In K. W. White & B. H. Weight (Eds). The online teaching guide: A
Campeau, D. R. & Higgins, C. A. (1995 June). Computer Self-efficacy: Development of
a measure and Initial Test. MIS Quaterly, 189-211.
Eastin, M. S. & LaRose, R. (2000). Internet Self-efficacy and the psychology of the
digital divide. Journal of Computer-Mediated Communication, 6(1). Retrieved from
http://www.ascusc.org/jcmc/vol6/issue1/eastin.html. [ 2004, January, 9]
Garland, M. (1993). Student Perceptions of The Situational, Institutional, Dispositional,
And Epistemological Barriers to Persistence. Distance Education, 14(2), 181-198.
Gorard, S. & Selwyn, N. (2000). Researching The Role of Digital Technology in
Widening Participation. (ERIC Document Reproduction Service No. ED45442)
Kaplan-Leiserson, E. (2000). E-learning glossary. Retrieved June 17, 2004 from
http://www.learningcircuits.org/glossary.html.
Kramarae, C. (2001). The third shift: Women learning online. Wishington, DC: AAUW
Educational Foundation.
Masie, E. (2000). Blending Learning: The Magic is in The Mix. In A. Rosselt (Ed.).
The ASTD E-learning handbook: Best practices, strategies, and case studies for an
emerging field, (pp.58-63). New York: McGraw-Hill.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar
University Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat Pembelajaran.
Satu kajian kes di Unisversiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai.
Mohd Yusof Othman (2000). Globalisasi: Imperialisme Baru Abad Ini, Muhadharah
Pemikiran Islam, siri 1, Percetakan Yayasan Islam, Terengganu.
Oblinger, D.G., Barone, C.A.,& Hawkins, B.L.(2001). Distributed Education:
Challenges, choices, and a new environment. Washington, DC: American Coucil on
1128 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Education.
OConnor, C., Sceiford, E., Wang, g., Fourcar, Scocki, D., & Griffin, O. (2003).
Departure, abandonmment, and dropout of e-learning: Dilemma and Solutions.
Retrieved November 16, 2003, from www.masie.com
OMalley, J. & McCraw, H. (1999,winter). Student perceptions of distance learning.
Online learning and the traditional classroom. Online Journal of Distance Learning
Administration, II(IV),p1-11. Retrieved January 15, 2002, from
www.westga.edu/~distance/omalley 24.html.
Pollard, E., & Hillage, J. (Eds). (2001). Exploring e-learning. The Institute for
Emploment Studies. Report No. 376. Brighton: UK.
Rader, M., & Wilhelm,W. (2001). Needed research in business education (6th ed.).
Little Rock, AR: Deltha Pi Epsilon.
Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults:
Updating Garlands model of barriers to persistence in distance educational.
(Doctoral dissertation, Northem Illinois University.
Urdan, T.A., & Weggen, C.C. (2000). Corporate e-learning: Exploring a new frontier.
Retrieved from
http://www.wrhambrecht.com/research/coverage/elearning/ir/ir_explore.pdf.
Yahya Bin Emat. (2000). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Petaling
Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.