1. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
Definisi Fonologi
Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:
Bunyi Bahasa Melayu
Definisi Fonologi
Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:
Bibir
Rongga tekak
Gigi
Rongga mulut
Gusi Lelangit
keras Rongga hidung
Lelangit lembut Paru-paru
Anak tekak Peti suara dan pita
suara
Lidah
2. Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat
diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah
artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu
Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan
diftong.
Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.
Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.
Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.
Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan
sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang
dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.
Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.
Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula
daripada satu vioakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.
Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada
bunyi vokal depan sempit [i].
3. Vokal
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] anak, tanah, lada
[竪] ela, semak, sate
[i] iring, kita, seri
Tidak terdapat di hujung
[] emak, betul
perkataan
[o] obor, botak, moto
[u] ular, sultan, saku
Konsonan asli bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.
Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n,
/ng/, s, h, r dan l.
Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg,
koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh
salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara
dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.
[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [],
[x], [], [h], [r], [l], [w], [y]
Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.
Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi,
misalnya kata palu.
Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.
Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.
Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
4. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud
ujaran.
Alofon
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam
luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.
Suku Kata
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai
oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan
vokal dipanggil suku kata terbuka.
Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis
suku kata:
1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata Contoh
KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek
2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata Contoh
V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
5. VK + KV anda, unta, angsa
VK + KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat
3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata Contoh
KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang
4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata Contoh
KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)
http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html
Fonem dan Alofon
1) Pemenggalan Bunyi
Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara
satu sama lain (tidak terpisah-pisah)
Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan
berakhir dengan kesenyapan.
2) Segmen
Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum
6. Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan
sebagai suatu urutan entiti yang terpisah
Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu.
Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang
yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan.
Bukti yang menyokong andaian berkenaan:
1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan
2)Ketersasulan
3)Rima
4)Bahasa rahsia
5)Perubahan bunyi
Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental
Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai suprasegmental-e.g
tekanan dan nada
3) Fonem
Unit bunyi terkecil yang membezakan makna
Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza)
Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun
dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/
dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
4) Kaedah penentuan fonem dan alofon
1. Kaedah Pasangan Minima
Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep
pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu
bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi
atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi
fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan
dari segi makna. Sebagai contohnya:
[tari] [dari]
[patah] [padah]
[tuli] [ duli]
[saku] [sagu]
[kari] [gari]
[pakar] [pagar]
7. Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan
hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama
iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen
[t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara
letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua
segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas,
jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen
berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.
2. Kaedah Pasangan minima terdekat.
Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini
diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini,
sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik)
hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-
dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu
fonem). Sebagai contohnya:
Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza.
Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-
perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang
terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam
perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-
perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai
perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu
pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan
[pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-
beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-
segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang
berbeza.
3. Kaedah Penyebaran saling melengkapi
Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon.
Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri
dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata
lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di
Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di
lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak
8. langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam
lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan
penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran
segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:
[kita] [suka] [to]
[kaju] [baki] [soro]
[kalau] [tSuka] [gaga]
Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh
dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh
hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir
kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.
4. Kaedah Variasi bebas
Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini
diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan.
Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam
satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan
[orang] dan [鐃rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [鐃] bukanlah dua
fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu,
segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding
dengan segmen [鐃] .
9. http://retibasa.blogspot.com/2010/09/normal-0-false-false-false-en-my-x-
none.html
HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA
MEMBUNYIKANNYA
JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG
SYUHADA BT HUSSAIN
PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat
pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan
kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang
digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat
dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan
pita suara.
Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik
dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan
(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala
mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition
(1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a
language or group of languages.
10. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut
kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters Collegaite
Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the
science of speech sounds including, especially the history and theory of
sound changes in a language or in two or more related languages.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51)
memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Huraian huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam
bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], []
dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal
tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai
vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat
dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga
tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau
geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti
bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa
sekatan atau geseran.
11. Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh
beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau
dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau
belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,
dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada
dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja (
menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat
sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga
hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan
glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara
bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal
rangkap.
Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari
peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila
tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala
konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari
peparu tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan
asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan
konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa
sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9
jenis konsonan iaitu :
a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
12. b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara (
s) dan geseran glotis bersuara ( h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )
j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua
bibir bersuara (w).
k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah
artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara,
glotis dan rongga hidung.
Cara membunyikan huruf vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis
huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan
peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah,
anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal
bahasa Melayu.
(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras
tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
13. (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-
paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada
perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Ikan Bila Tali
Ibu Tiba Padi
(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
揃 Keadaan bibir hampar
揃 Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
揃 Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
揃 hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
揃 paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti
pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Enak Teleng Tauge
Elok Leher Tempe
(b) Vokal depan separuh luas atau lapang [竜]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
14. (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [竜]
seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Esa Belek Tauge
Enak Belok Tempe
15. (c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti
pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama
(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi
tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
ubat bulat Batu
ular sudu Palu
16. (a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi
tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti
pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Tolong Pidato
Otak Bohong Koko
(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [ .]Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang
seperti [ ]seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Borong Soto
Oleh Bolot Teko
17. (f) Vokal tengah []. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme
Cara Membunyikan Konsonan
18. Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat
diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat
dalam jadual berikut:
Daerah sebutan
Cara bibir Gigi-gusi Lelangit Lelangit Glottis
sebutan keras lembut
Letupan Pb Td - Kg -
Letusan - - Cj - -
Sengau M N (ny) (ng) -
Geseran - S - - H
Getaran - R - - -
Sisian - L - - -
Separuh W - Y - -
vokal
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah
dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g,
c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah
terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam
perkataan- perkataan pinjaman seperti
Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan
alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita
suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini
disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap
konsonan tersebut dihasilkan.
(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua
bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
19. 1. Dua bibir dirapatkan untuk Cara membunyikan sama seperti
membuat sekatan penuh pada arus membunyikan konsonan [p]. yang
udara dari paru-paru ke rongga berbeza ialah:
mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan 1.
ke Pita suara dirapatkan.
2.
belakang atau ke dinding rongga Arus udara dari paru-paru keluar
tekak untuk membuat sekatan melalui rongga mulut dengan
udara dari paru-paru ke rongga mengetarkan pita suara.
hidung. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
3. Pita suara direnggangkan. dua bibir bersuara [b].
4. Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara.
5. Sekatan pada dua bibir
dilepaskan serta- merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
dua bibir tidak bersuara [p].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab
(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi
bersuara [d]
Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]
1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke Cara membunyikan konsonan sama
20. gusi untuk membuat sekatan penuh seperti membunyikan konsonan [t].
pada arus udara. yang berbeza ialah:
2. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang atau 1.
ke Pita suara dirapatkan.
2.
dinding rongga tekak untuk menutup Arus udara dari paru-paru keluar
arus udara ke rongga hidung. melalui rongga mulut dengan
3. Pita suara direnggangkan . menggetarkan pita suara.
4. 3.
Arus udara dari paru-paru keluar Bunyi yang dihasilkan ialah letusan
melalui rongga mulut tanpa gusi bersuara [d].
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung
lidah dan gusi dilepaskan serta-
merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
gusi tidak bersuara [t].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad
(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan
langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]
1. Belakang lidah dirapatkan ke Cara membunyikan konsonan sama
lelangit lembut untuk membuat seperti membunyikan konsonan [k].
sekatan penuh pada arus udara . yang berbeza ialah:
2. Lelangit lembut dan anak tekak
1. Pita suara dirapatkan .
dirapatkan ke rongga tekak bagi
2. Arus udara dari paru-paru yang
21. menyekat arus udara dari paru- keluar melalui rongga mulut
paru ke rongga hidung. mengetarkan pita suara.
3. Pita suara di renggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
4. Arus udara keluar dari paru-paru lelangit lembut bersuara [g].
melaui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5. Sekatan udara yang dibuat oleh
belakang lidah dilepaskan serta
merta.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah
letupan lelangit lembut tidak
bersuara [k].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog
(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga
hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang
rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
22. Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak
(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan
lelangit keras bersuara [調]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [] Bunyi konsonan [調]
1. Hadapan lidah rapat ke lelengit Cara membunyikan konsonan sama
keras untuk membuat sekatan pada seperti membunyikan konsonan [調].
arus udara. yang berbeza ialah:
2. Lelangit lembut dan anak tekak
1. Pita suara dirapatkan.
dinaikkan ke belakang atau ke
2. Arus udara dari paru-paru keluar
dinding rongga tekak untuk melalui rongga mulut dengan
membuat sekatan terhadap arus menggetarkan pita suara.
udara dari paru-paru ke rongga
3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan
hidung. lelangit keras gusi bersuara [調]
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui
rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara.
5. Udara yang tersekat oleh hadapan
lidah di lelangit keras dilepaskan
pelahan-lahan.
6. Bunyi yang dihasilkan ialah
23. letusan lelangit keras gusi tidak
bersuara [].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [] Cara Laci Koc
Konsonan [調] Jala Kanji Kolej
(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk
menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan
bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Silap Lasak Pedas
Satu Lesu Lemas
(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk
membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan
pita suara
24. (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada
perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar
(f) Konsonan gusi bersuara [I]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung
untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan
pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal
(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus
udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
25. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga
hidung.
(i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti
pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam
(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan
arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada
perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman
(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:
26. (a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus
udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut
dilepaskan pelahan-pelahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara
[] seperti yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Ngilu Bingka Lalang
Ngeri Rangkap Tulang
(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ .] 鎰Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga
hidung
(e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan
pelahan-lahan
27. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (
)鎰seperti perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Nyaris Banyak -
Nyala Senyap -
(f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
udara udara dari paru-paru ke rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan
untuk membunyikan vokal tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]
seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -
(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
28. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal [j].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara
[j] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Yakin Tayang -
Yuran Payah -
29. KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara
lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak
alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi
yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat
unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi
mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur
tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam
menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan
bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada
yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat
dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup
rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada
pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita
suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka
getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang
tidak bersuara.
RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala
Lumpur: Penerbitan Sarjana.