Azfa Hanani adalah watak utama novel ini. Dia berusia 19 tahun dan dibesarkan oleh pak longnya setelah kematian ibu bapanya. Dia menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu Datin Maziah yang kehilangan anaknya. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, Azfa Hanani tetap tabah, rajin belajar, dan prihatin terhadap orang lain.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI
1. WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI
A) AZFA HANANI
Azfa Hanani berumur 19 tahun. Ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya ketika dia masih kecil. Sejak dari kecil dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya
yang hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri
Dian bermula dari tingkatan empat. Semasa di tingkatan lima dia telah bertukar ke Sekolah
Menengah Taman Sari setelah dia bersetuju dengan tawaran Tengku Mazran untuk
menyamar sebagai Tengku Murni. Dai mempunyai empat orang adik sepupu termasuk
seorang yang lumpuh iaitu Zuraini. Di Sekolah Menengah Taman Sari dia telah bekawan
dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku Elliana. Dia diminta menyemar sebagai tengku
Murni, anak kepada Datin Maziah yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya. Setelah
identitinya diketahui oleh Datin Maziah, dia dihalau dari rumah. Namun demikian dia
diterima semula setelah dia mengetahui bahawa ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam
kemalangan jalan raya akibat daripada kelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri. Manakala
Azfa Hanani pernah disusui seketika selepas kematian ibu bapanya.
Antara perwatakan Amira ialah seorang yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Dalam peperiksaan SRP dia hanya pendapat keputusan P7 bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Taman Sari, Azfa Hanani tidak dapat
membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan
yang lain dapat bertutur dengan lancar. Namun semasa mata pelajaran Fizik pula Azfa
Hanani dapat menjawab dengan lancar dan yakin. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa
belajar Bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa berada di rumah Datin Maziah.
Azfa Hanani juga merupakan seorang yang prihatin terhadap tekanan hidup orang lain.
Keprihatinannya dapat diperhatikan daripada tindakan Azfa Hanani apabila dia memahami
keadaan pak longnya yang dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak longnya sebagai
penoreh getah tidak dapat menampung belanja persekolahannya. Oleh yang demikian dia
bersedia untuk diberhentikan daripada persekolahannya. Azfa Hanani juga prihatin terhadap
tekanan perasaan yang dialami oleh Datin Maziah setelah diceritakan oleh Tengku Mazran.
Oleh yang demikian dia telah menerima permintaan Tengku Mazran untuk menolong ibunya
dengan menyamar sebagai anak kesayangan Datin Maziah iaitu Tengku Murni.
Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang tabah dalam
menempuh cabaran hidup. Sikap ini terserlah sejak dari awal cerita. Azfa Hanani yang
memahami keadaan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari
dengan menggunakan bas. Jarak antara rumahnya ke sekolah ialah lima belas kilometer. Dia
tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan. Wang biasiswanya digunakan
untuk membayar yuran dan langganan bulanan bas sekolah. Semasa tiba di rumah Datin
Maziah, dia tabah menerima ejekan dan penghinaan daripada Tengku Muzaffar.
Pengarang novel ini juga menggambarkan Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap
keluarga. Apabila Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi ke rumah
Datin Maziah, dia sayang untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan
hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah Datin Maziah, dia terasa rindu
kepada pak longnya sekeluarga. Dia telah menulis surat kepada mereka untuk bertanya
khabar. Azfa Hanani juga menyatakan perasaan rindu tersebut kepada Tengku Mazran dan
Syafinaz. Dia diberikan telefon untuk menghubungi pak longnya di kampung. Semasa pak
2. longnya bersama Zuraini pulang dari Jakarta, Azfa Hanani terlelu ingin ke lapangan terbang
untuk menemui mereka.
Selain daripada itu Azfa Hanani merupakan seorang remaja yang pasrah dan reda dalam
menerima ketentuan atau takdir terhadap dirinya. Semasa hidup di kampung bersama
pak longnya, Azfa Hanani sudah membayangkan bahawa dia akan diberhentikan daripada
persekolahan akibat daripada kesempitan hidup. Dia dapat menerima kenyataan itu kerana
sifat prihatin dan faham akan keadaan pak longnya yang hanya bekerja sebagai penoreh
getah. Semasa di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani juga telah bersedia menerima apa sahaja
kemungkinan yang akan terjadi sekiranya Datin Maziah tahu bahawa dia menyamar sebagai
Tengku Murni.
Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang rajin berusaha untuk
menuntut ilmu. Dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Dia juga
tidak sanggup untuk meminta daripada bapa saudaranya pak long mengenangkan kehidupan
mereka yang dihimpit kemiskinan. Namun oleh kerana keinginannya untuk menimba ilmu
dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan semasa di Sekolah
Menengah Sri Dian. Dia berjanji akakn memulangkan buku-buku berkenaan setelah dia habis
menelaah. Ekoran daripada tindakannya, dia sanggup menanggung risiko tindakan disiplin ke
atasnya setelah kehilangan buku di perpustakaan disedari oleh guru.
Perwatakan lain yang ada pada diri Azfa Hanani ialah sentiasa merendah diri. Dia selalu
ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin. Walaupun dia berada di rumah Datin
Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang
yang miskin. Kikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz. Selain daripada itu,
ramai kawan-kawan sekelasnya memuji tentang suaranya yang lunak dan menggalakkan dia
menjadi seorang juruhebah. Namun dia tidak berasa megah dengan pujian tersebut. Dia telah
diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum remaja peringkat negeri.
Namun dia menganggap kejayaanitu adalah kejayaan kumpulannya.